Followers

Tuesday 21 February 2012

kisah maghrib

salam n hi

Maghrib kemarin, saya dikunjungi tetamu kecil. dan mereka pastinya manusia. huu. Di luar, kedengaran suara kanak-kanak perempuan memanggil-manggil nama saya. "mbak qish! mbak qish!" Mulanya saya agak malas nak keluar kerana saya merasa sangat letih dan penat. Sudah seharian saya berada di luar rumah dari awal pagi. Menanti Doc di hospital berjam-jam dan kemudian menyelesaikan urusan di kampus. Tapi, saya gagahkan juga. Fikir saya, kalau kedatangan mereka hanya untuk bermain, saya sudah memikirkan alasan saya ada ujian / exam esoknya ( iaitu hari ini) untuk menolak kedatangan mereka.. 

capai kunci. pintu dibuka.

"Mbak qishhh..", sapa si kecil yang berambut panjang sambil tersenyum bersama dua temannya di depan pintu rumah saya. Beberapa buah buku terlihat di dakap ke dadanya.

"Haii..ada apa Fia? ", Senyum.

"Mbak, mau minta mbak bantu saya ngerjain PR bisa?", matanya tepat menatap ke arah saya. dengan muka yang penuh berharap.

Tergamam.

"ok bisa. tapi ntar kalo udah azan, kalian harus pulang ya dik. soalnya udah mau malam ni." *sila maafkan bahasa saya yang agak berantakan. hu*

Saya senyum. kemudian saya persilakan mereka masuk ke dalam. 

Kami menyelesaikan sekitar 40 soalan "pemahaman" *macam zaman sekolah rendah dahulu kala* dalam bahasa Indonesia. Walaupun saya rasa agak aneh, kenapa Fia ni minta tolong ke saya, padahal saya bukanlah master dalam bahasa Indonesia. cakap pun terpatah-patah, macam kanak-kanak. ehe. *melampau la tu.*.. Tapi Alhamdulillah kerana soalan pun tak lah susah mana. Lagi-lagi bahasa Indonesia dengan bahasa Malaysia taklah jauh beza mana. Jadi, saya tetap dapat membantu Fia mengerjakan PR (homework) yang diberikan daripada bu gurunya dengan jayanya.hu.

contoh soalan pemahaman UPSR

Sekitar 10 minit sebelum azan, kami selesai menjawab.

Fia kelihatan gembira sekali dapat menyelesaikan tugas sekolahnya. Katanya, "semoga kali ini nilai ku ga jelek lagi" . Saya terdiam. Saya akui, Fia agak kurang memahami tugas sekolahnya. Banyak kata-kata yang dia sendiri kurang tahu maknanya. Menurutnya, dia sering dimarahi oleh gurunya kerana markahnya yang kurang baik. 

Saya kenal Fia dari tahun 2010. Waktu itu kami sedang mengadakan program orientasi buat junior yang baru sampai ke Malang. Fia bersama kakak dan adiknya telah menyelinap masuk ke tempat acara kami dan menegur kami semua. Disebabkan saya suka melayan kanak-kanak dan mungkin saat itu saya juga kurang matang, *erk* kami telah bersahabat baik. Petang-petang, Fia bersama-sama kakak dan adiknya akan datang ke rumah saya untuk bermain. Pastinya bukanlah permainan tradisional kerana sekarang ni kan zaman IT. hu. Sampailah satu saat, saya sedar. Saya tak boleh nak bermain sangat, kerana saya ada tugas yang melambak. Lagipun, saya tahu bukan semua orang punya fikiran seperti saya. Ada orang yang mungkin rasa terganggu dengan kehadiran si kecil ini. Jadi, saya melarang mereka untuk datang bermain lagi di rumah saya.

Tiap kali mereka datang untuk bermain, saya beri alasan, saya mahu ujian/exam. Saya ada tugas banyak ataupun Saya tak ada dirumah. Saya kasihan pada mereka. tapi, saya perlu kasihankan kepada diri saya juga. Saya ada banyak komitmen lain yang perlu saya selesaikan.

Setelah beberapa kali kehadiran mereka ditolak. Rumah saya tidak lagi dikunjungi oleh anak-anak kecil itu. Awalnya, saya rasa lega. kerana tidak lagi di ganggu mereka. Tapi, lama-lama, saya berfikir, kenapa saya tidak memberikan mereka sesuatu yang bermanfaat? 

Kenapa tiap kali mereka datang, saya tak ajarkan mereka mengaji?

kenapa tiap kali mereka datang, saya tak menyuruh mereka membuat kerja sekolah?

Kenapa dan bermacam lagi kenapa.. 

Persoalan "kenapa" itu, akhirnya hilang begitu sahaja seiring dengan beredarnya waktu sampailah satu saat, iaitu semalam. Seolah-olah Allah mahu menuntut janji yang pernah saya katakan kepada diri saya. 

"Lepas ni, kalau diorang datang lagi, nak suruh dorang belajar sesuatu yang bermanfaat. tak boleh main-main dah. "

Dan kerana itulah saya tergamam saat melihat Fia memegang buku dan meminta saya membantunya menyiapkan homework. hu. Allah ni Maha Mendengar. Tak perlu nak cakap kuat- kuat, Dia dah dengar. :')

Sambung cerita semalam. Lepas selesai menjawab soalan dan berkemas-kemas, saya pesan kepada mereka, "besok, kalau mahu datang ke rumah kakak lagi, silakan. Tapi, kalian harus selesaikan dulu PR kalian. Ntar kakak tinggal lihat betul atau salah. ok? "

"Ok mbak qish! "

Saya rasa gembira dapat membantu mereka. Lebih gembira dari bermain game bersama. 

Dan doa saya buat Fia, Semoga Allah mempermudahkan Fia menerima Ilmu dan Semoga Allah memberinya kefahaman dalam menuntut ilmu. Semoga Fia berjaya bukan hanya di dunia, tetapi di akhirat juga. Amin. 

Wassalam. ^_^

3 comments:

faqhrule said...

amin.

nice one qish ;)

qishie said...

doakan buat adik Fia ye! :)

Iznie said...

Semoga dipermudahkan segala urusan... aamiin.. :D