Followers

Monday 30 December 2013

satu bulan dua minggu

apa tu?

jangka hayat kau di dunia tinggal cuman sekitar waktu itu?

tak. (nangis)

habis tu?

jangka hayat aku di bumi bernama malang cuma tinggal sekitar itu. (air mata deras)

kau sedih?

(diam)

semua orang gembira kot nak balik. at last we settled our study weh! happy dowh!

kau, waktu pertama kali jejak kaki kat sini, kau sedih tak berpisah dengan keluarga kau?

sedih la. apa punya soalan seh.

itu perasaan aku sekarang.

hekeleh. kau dah kenapa? keluarga kau kat malaysia kot.

iya benar. tapi aku punya keluarga di malang jugak.

(diam)

(diam)







Monday 4 November 2013

nikah

salam n hi

hah. tajuk tu memang buat kontroversi kan? lagi-lagi pada usia suku abad ni. peh.. memang sokmo tiap minggu dapat jemputan kenduri kawen rakan-rakan seangkatan waktu sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi termasuklah ada yang dah book diri ini untuk jadi pengapit pengantin. hamboi. musim orang nak menikah ni memang boleh diibaratkan seperti cendawan muncul setelah hujan. btw, tahniah la buat yang telah berjaya melangkah ke stage yang seterusnya. semoga bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar dan semoga rumahtangga yang dibina bakal membawa kita dekat kepada Allah, insyaAllah ke syurgaNya. afwan, sebab banyak undangan yang tidak dapat saya penuhi lantaran lokasi saya yang berada di perantauan. haha. perantauan la sangat kan. puii. 

cinta

ada sahabat yang pernah menghubungi saya mengadu tentang hal cinta. saya sebenarnya senang mengelak kalau orang mintak nasihat pasal cinta ni. Dulu saya percaya la jugak pasal cinta. sekarang, entah. no feeling. saya cuma boleh nasihatkan, kalau betul siap nak korbankan waktu, korbankan perasaan, nikahlah segera. korban waktu dan perasaan sekarang, bagi saya sia-sia. no offence! bagi yang punya pendapat lain, silakan berkongsi.  bagi saya itulah. 

cinta, insyaAllah boleh menjamin kita sampai ke jinjang pelamin. tapi untuk bertahan dalam sebuah perkahwinan, cinta bukanlah aset yang boleh bertahan. kita perlukan aset lain, which is tanggungjawab. Boleh jadi sampai satu saat, cinta itu akan pudar, lihat muka yang dulu dirindui siang dan malam jadi benci tak bertempat, perangai buruknya yang dulu tak pernah terlihat, makin jelas di depan mata. dan bermacam lagi. Jadi? untuk apa pertahankan lagi rumahtangga tersebut? dah takde chemistry lah. Naaahh..sebelumnya, cuba tanya diri kita, untuk apa sebenarnya berumahtangga? apa tujuan kita sebenarnya? sekadar melempiaskan nafsu yang tak terbendung atau kerana dipengaruhi cerita drama di tv yang endingnya happily ever after? pffft sudah-sudahlah berfantasi wahai anak bangsaku.

"ewah kau. cakap cam bagus. padahal diri sendiri baru putus"

senyum. positive. itu namanya bukan jodoh. Boleh jadi masih banyak urusan yang kau tak settle lagi, jadi belum tiba waktu untuk kau lagi. Allah knows better rite? 

topeng

"akak tak tau la kenapa, tapi perangai dia sangat laaaain dengan waktu sebelum nikah. Eh sumpah lain gila awak. akak stress betul la kadang-kadang" keluh seorang rakan yang lebih tua beberapa tahun dari saya. Menurutnya, sebelum menikah suaminya sangat care, kalau dia merajuk confirm dipujuk. pernah sekali dia sakit, sang lelaki langsung datang ke rumah keluarga sang perempuan dan memberikan bantuan. Sekarang? berbeza. indah khabar dari rupa. 
"sabar ye kak. akak slowly lah berbincang dengan dia. Akak pendam macam ni, masalah takkan settle. mungkin kalau akak takut akak teremosi bila bercakap, akak cuba sms ke? misalkan emosi akak terganggu waktu tu, akak jangan reply terus msg tu. nanti jadi perang dunia kedua. huhu"

aneh. tapi itu reality. orang yang kita kenal selama ini, bukanlah dirinya yang sebenar. penuh dengan kepura-puraan. yeah. and we also tend to be someone else rite? bagi saya, sangat penting mengenali seseorang melalui keluarganya, melalui rakan-rakannya. Kalau dia seorang yang pemalas, mak mintak tolong buang sampah pun berkira, kau rasa satgi dia menikah dengan kau dia boleh berubah 360 darjah? yeah. hidayah itu milik Allah. semoga dia berubah.

Nak cari pasangan yang baik or soleh or whatever-lah-criteria-yang-kamu-mahu, bermula dari diri kita sendiri. kita seorang berpura-pura?get ready to hv someone just like us. termasuklah kamu nak orang yang menjaga agamanya, lihatlah bagaimana kamu menjaga agamamu.

Learn. jangan malas. Ubah. bukan untuk kebaikan orang lain. tapi untuk diri kita sendiri. Bahagiakanlah orang sekeliling kita sebelum kita mengambil keputusan membahagiakan orang lain. paling simple. Mak Ayah kita? dah bahagiakah mereka punya anak seperti kita? Mak ayah bukan individu yang dihubungi bila kita memerlukan wang sahaja. tapi mereka memerlukan teman.

orang tua

"mak, happy birthday. semoga Allah kurniakan mak kesehatan tubuh badan. semoga Allah berkati mak usia yang panjang. semoga mak sentiasa awet muda!" kedengaran bunyi tawa di hujung talian.

"hem..takut mak doa umur panjang tu. doakanlah mak umur panjang tapi tak menyusahkan anak-anak. boleh berdikari sendiri"

"eh..mak ni..fikir camtu pulak..oklah..semoga Allah kurniakan mak umur panjang dan sehat tubuh badan dan mampu berdikari sendiri. semoga anak-anak mak sentiasa di samping mak jugak. ok tak mak?" diam. air mata mengalir. 

"aminnn" air mata tambah deras.

"sayang mak. kita jumpa jumaat nanti ye insyaAllah"

lelaki melayu

"aku benci gila lelaki melayu. pemalas. pinggan sendiri malas nak basuh. macam kurang ajar la kan cakap kat perempuan, kau belajar tinggi-tinggi akhirnya tempat kau kat dapur", emosi. kami terdiam. dalam hati, saya menafikan. lelaki melayu yang saya kenal, which is ayah, abang dan adik saya sangat penyayang. sangat mendukung saya. dan tak pernah putus asa di saat saya pernah sesat mencari jalan hidup. tapi saya tak boleh menafikan pengalaman trauma hidup yang dia lalui bersama lelaki-lelaki melayu yang (sila isi tempat kosong) menyebabkan fikirannya seperti itu. diam. suasana sepi. kami hanya mampu mengucapkan kata-kata supaya dia bersabar.

bagi saya, fungsi perempuan sangat besar. even nak suruh jadi surirumah tanggapun, seharusnya perempuan tersebut mempunyai degree. ya. quality for our children. you dont have to hire a teacher to teach ur children. she'll be the counsellor for your children n etc. fungsi perempuan bukan terbatas untuk cuci pinggan, jahit baju, kemas rumah, cuci baju. itu hanya bonus. bukan tanggungjawab dia. tanggungjawab isteri hanyalah melayani suami. jadi, para suamipun tak salah kalau nak tolong membantu mengemas rumah dan etc. Rasulullah sendiri membantu para isterinya melakukan tugas rumah. then, y u feel u r so special than Rasulullah?.saya nak puji la kat abang saya kan, kak ipaq saya pernah cerita, waktu pregnant dulu, abg saya ni rajin beno vaccum rumah,  cuci baju.. aiwah..semoga abg dan kak sekeluarga sentiasa dirahmati Allah. dan saya pernah dengar juga ramai isteri yang pernah menceritakan kebaikan suami mereka. Alhamdulillah. antunna sangat beruntung. semoga Allah rahmati keluarga antunna :)

konklusi

buat anda yang telah berniat untuk berumah tangga, teruskan niat murni anda. Jangan takut dengan sketsa hidup yang saya ceritakan. Jalan hidup kita tak semestinya sama. berfikiran positive lah. anda positive, sekeliling anda insyaAllah positive. tetapkan tujuan sebelum menikah. apa yang anda harapkan dengan sebuah pernikahan. sudahkah anda pertimbangkan seandainya anda mempunyai anak, bagaimana cara anda mendidik mereka? mahu mencorakkan mereka menjadi apa? sebaiknya coraklah anak anda menjadi orang yang bermanfaat, yang insyaAllah manfaatnya akan anda dapat di kemudian hari. InsyaAllah biiznillah.

Barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma filkhair.

semoga dikurniakan keluarga yang sakinah, mawaddah warahmah. 

Sunday 6 October 2013

The Ups and Down of life

salam n hi

Pernah tak dalam life kita, kita berhadapan dengan sesuatu yang membuatkan kita perlu memilih and at the end, pilihan satunya lagi, telah dipermudahkan oleh Allah yang mana dipenghujung hari tersebut membuatkan kita rasa nak menangis sebab Allah bagi surprise kat hambanya yang sorang ni. :')

I have my own story.

Jumaat, 4 october 2013

Lampu Blackberry(BB) berkelip tanda ada pesanan yang diterima. Tanganku lantas mencapai BB di poket jaket putihku dan kelihatan di layar BB tertulis pesanan daripada Hartadi. Teman indonesia saya yang pernah menjadi rakan sekerja saya sewaktu outstation di luar daerah.

"Bro, how about tomorrow? kamu jadi ikut ga?" . Bro. panggilan yang tak pernah mengenal jantina sebenar seseorang. main gasak je dia panggil semua orang bro. aduyai.

"I can't decide yet. ntar aku konfirmasi lagi ke kamu".

galau (baca: kusut). bingung sangat nak pilih yang mana satu patut aku pergi. Either ke tadika dr specialist psychiatry (di mana kami perlu mengobservasi sistem dan kelainan pada kanak-kanak di situ) OR ke seminar neurology yang menampilkan barisan neurologists unggul dari jakarta, bandung, surabaya dan malang sendiri yang dimaksudkan hartadi tadi.  yang pertama masuk for free. yang kedua yuran pendaftaran 400 ribu rupiah. Tapi dah lama dah daftar. dalam 2 bulan sebelum ini. 

Entah kenapa hati duk galau sangat. Tak pergi tadika tu, rasa sayang pulak. sebab sekarang kan tengah lab psychiatry. so nak tengok for real kelainan psychology pada kanak-kanak. Tak hadir seminar neuro, lagi rasa rugi. burn rp 400k. arghh, galau! 

Fikir punya fikir, aku kena cari pengganti. at least tak lah rasa rugi. at least ada orang lain yang dapat benefit dari seminar neuro tu. tapi siapa? rakan-rakan malaysia tak ramai berminat dengan acara seperti ini. entahlah. alasan kenapa saya pun tak tahu. tapi takdelah semua tak berminat. ada jugak tapi just a few. 
misi mencari pengganti sepertinya menghampiri jalan buntu. Broadcast pun no reply. so sad.

Nak taknak, sepertinya harus menerima hakikat duit akan burn rp400k. takpelah. redha je lah.

Sabtu, 5 oktober 2013

Pukul 6 pagi dah berkumpul di area hospital untuk berangkat ke tadika dr specialist tersebut. dan sekitar 630 dah kena ada kat sana. Kami berangkat ke sana dengan menumpang kenderaan pak ketua kami. Sampai je kat sana. observe environment sekolah dia, observe kanak-kanak riang tanpa ada sebarang communication dengan mereka. just observe. agak-agak dah jam 8 pagi tu, dah settle observe. masing-masing dah duduk-duduk. dalam hati terdetik la jugak. ni sempat lagi ni pergi seminar neurology. event start jam 7. paling lambat pun 730. Tengah duk galau sensorang, datang seorang teman indonesia saya, wanda. 
ini wanda. agnes wanda

Wanda berdiri di samping dan merangkul lengan kananku.

W: "ga ngapa-ngapain kita di sini. mending pulang aja"
Q: iya wan..aku juga mikir mau kabur aja nih. mending aku ke seminar neurologi daripada duduk-duduk aja ga ngapa-ngapain
W: oh. kamu ikut ta qish?
Q: iya.
W: ayo.tak hantar kamu ke sana.
Q: *muka pelik* eh?beneren ta?
W: Iyaa.. ayo. dari di sini mending kamu di sana aja qish. 
Q: *muka bercahaya* T_T 

Dalam hati serius speechless. Manusia apakah ini. nape baik sangat ni? tak macam yang diperlihatkan di tv pun. tipu ah tv ni. kenapa tv tipuuu? haha.saiko.

Aku tau Allah sengaja je suruh wanda berdiri sebelah aku, pastu borak-borak kat aku n offer hantarkan aku ke tempat program. Alhamdulillah summalhamdulillah. dengan izin Allah kami merempit ke sana dan sampai di tempat program sekitar jam 830. Walaupun sedih dah terlewat dua slot dari dr machlusil husna SpS (spesialis saraf) dan dr shahdevi SpS, tapi takpelah. Allah still bagi peluang untuk ikut 3 sesi which each session ada 2 slot. Alhamdulillah. Dan seeeeeepaaaaaaanjang program aritu, Alhamdulillah puas hati sangat. walaupun ramai yang menegur kenapa saya datang sendirian. dan ada juga yang berkata, "loh tumben koq anak malaysia ikut.". aku senyum. aku datang bukan dengan identiti anak malaysia. aku datang dengan identiti Noor Aqilah MT. kerana aku aqilah yang mahu mencedok ilmu dari guru-guru yang hebat. dan kerana Allah-lah yang telah menyebabkan aku di sini.

Dan sebenarnya tak sangka satu hal lagi yang terjadi waktu program tu. semenjak si tompok hilang aritu, rasa sedih. padahal baru first time hantar beg gi laundry. ngade-ngade sangat taknak basuh sendiri. padan muka. 
si tompok (bagpack)

Sedih dia takyah cakap la kan. Dah la tu hadiah birthday waktu umur 2* tahun. (maaf.di censored). Tak pepasal gi kelas tiap hari kena pakai beg sandang. senget bahu sebelah. Tapi ternyata Allah gantikan dengan beg lain waktu daftar nama kat program neuro tu.. *suke suke*
beg program pun..beg program lah..janji beg. ada duit lebih nanti baru beli beg baru. :D

At the end of the day, bila duk muhasabah balik, betapa banyak bantuan/surprise yang telah Allah berikan. Punya beriya aku broadcast mesej tanya siapa yang lapang dan mahu ke seminar, Allah tak gerakkan tangan mereka untuk balas ya/mahu. sebabnya Allah nak aku jugak yang pergi. walaupun event habis dah nak dekat maghrib, rasa gembira sangat. Semoga pada masa akan datang, masih ada peluang lagi untuk aku ikut. :) amin.

Thursday 19 September 2013

hati dan perasaan

salam n hi

update ringkas sebab esok nak exam.

Lately, disekitar saya banyak hal yang terkait dengan perasaan kedengaran di telinga saya. antara rakan, antara senior-junior, antara pasangan, antara family dan bermacam lagi. Kadang buat tak endah je, tapi kali ni bila melibatkan rakan terdekat saya, saya simpati dan dalam pada masa yang sama saya tak tahu nak buat apa. menyedihkan betul. 

Disaat umur hampir mecapai suku abad, dan masing-masing 'akhirnya' dah nak habis belajar, kebanyakan rakan-rakan berfikiran untuk menamatkan status bujang secepatnya. Ada yang berencana bertunang hujung tahun ini, ada yang berencana menikah awal tahun depan dan ada juga yang baru bertemu pasangan di saat sisa waktu kami (student malaysian) di sini berbaki 3 bulan lagi.

tak kurang juga ada yang dikecewakan, ada yang diam kemudian melamar sahabat baik seseorang, ada yang diganggu dengan seseorang, dan ada yang ditekan oleh keluarga untuk mencari pasangan yang sama-sama kerjaya seorang doktor dan seorang malaysian. kasihan. sudahlah jumlah lelaki malaysia di sini beberapa kerat saje. kalau indonesian ramailah. tapi orang tua awal-awal dah kasi warning. haih. macam-macam.

Cinta. itu fitrah. dan tak dapat dinafikan ianya adalah anugerah dari Allah. tapi sejauh mana kita mengawal cinta demi redha Allah?

Saya terfikir. kenapa, bila bercinta, perlu membonceng motor berdua? bila bercinta, kenapa perlu berpegangan tangan? bila bercinta, kenapa perlu bersentuhan dan perlu berdua-duaan? hanya dengan itukah dapat membuktikan tulusnya cinta kita terhadap seseorang? 

Ada seorang teman saya. Betapa dia cuba melindungi sahabatnya supaya tidak terjebak cinta yang "typical".
"ini haram." "tak boleh keluar berdua" "u have to tell your parents if you really like him. introduce him to them"
dan jawapan yang diterima tidak seperti yang si sahabat harapkan. "give me some more time to get to know him. i do want to take him as my future husband and i will tell my parents about him after they get back from haji. just pray for me." dan berlalu menuju ke sang jejaka yang sedang menanti.

saya faham perasaan si sahabat. niatnya baik. dan saya rasa bersalah. sebab agak blur tak tau nak cakap camna. rasa tak dapat membantu si sahabat tadi. kasihan melihat si sahabat tak henti-henti berfikir berkenaan sahabatnya tadi. tampak raut wajah yang begitu kecewa. Allah, berikanlah kekuatan buat sahabatku dan kau lindungilah sahabatnya dimanapun jua dia berada. amin.

saya kurang baca buku soal cinta. buku adik bagi aritu pun tak sempat nak bawak balik malang. insyaAllah nanti saya lebih banyakkan membaca.

Doakan saya dan rakan-rakan dapat menjawab exam forensik besok. :) wassalam

Monday 26 August 2013

si merah saya

salam n hi

Alkisahnya, jumaat lepas setelah habis outstation selama sebulan setengah di luar daerah, saya dan teman-teman, berencana untuk melakukan aktiviti lasak bagi melepaskan gian yang telah lama tersimpan dek terlalu lama terkurung di balik bangunan batu bernama rumah sakit (baca:hospital). Awalnya plan nak naik ranu pane, danau yang ditemukan on the way ke gunung semeru.

Jadi, Jumaat lepas, sekitar jam 9 malam, seramai 24 orang, kami menaiki 4 buah kereta menuju ke pantai sendang biru. Pantai sendang biru tu tak lah cantik mana pun. pantai dia tercemar. memang takdak sapa yang nak mandi manda situ aih..tempat perahu-perahu parking. Waktu kami sampai, bulan purnama terang baik punya. Makanya, takda seorang pun nelayan yang turun cari ikan malam tu. kata mereka kalau bulan purnama, susah dapat ikan. Jadi kami semua kempunan makan ikan bakar malam tu. Malam tu diisi dengan aktiviti masing-masing. Ada yang menyanyi, ada yang main buaian yang tergantung di pokok (macam dalam cerita conjuring), ada yg menikmati angin pantai dan bermacam lagi. so kami yang perasan bijak ni cepat2 cari port untuk tidur, which is front seat. mihihi. best gila. takdak sapa kacau. ^_^ . i chose the driver seat. heh. tidur aman damai tanpa gangguan melainkan si makhluk halus. which is encik nyamuk. tapi dengan izin Allah lepas pakai repellent, the dont even dare to get close to me. meh. (sleep like a bos)

Lepas Subuh, kawan-kawan pi cari ikan. Alhamdulillah, jam 1 pagi ada nelayan yang turun laut dan kembali ke pantai dengan membawa ikan-ikan yang sihat tubuh badan. Jadi barbecue kami dibuat pagi lepas subuh ja. layan. Sementara kaum adam menyiapkan barbecue, kami yang perempuan ada yang siapkan breakfast roti telur, ada yang layan angin pantai, ada yang sambung tidur, ada yang macam-macamlah aktivitinya. i didn't observe everyone. so i dont really know. hehe.

Jam 830, perahu-perahu yang akan membawa kami ke destinasi yang dituju telahpun bersiap sedia. masing-masing bersiap dan berkumpul untuk pengarahan selanjutnya. Setelah membacakan doa, tiga buah perahu yang kami naiki meluncur ke pulau sempu. perjalanan menaiki perahu hanya mengambil masa selama 15 menit. Setibanya kami di pinggir pulau sempu, kami harus mempersiapkan diri mengharungi perjalanan 2 jam setengah mendaki 3 buah bukit untuk sampai ke teluk pulau sempu yang saaaaaaaangat indah. subhanallah. macam swimming pool pun ada. ombak takde, pasir cantik, air crystal clear. subhanallah..maha suci Allah yang menciptakan sebaik-baik kejadian.
gambar waktu jungle trekking

pantai sempu

then siapa si merah?
ini si merah saya.

sepanjang jungle trekking tu memang saya duk remind diri yang satgi dah sampai laut, tolong la cabut. ternyata dek keasyikkan pemandangan laut buat saya terlupa yang si merah masih di telinga saya dan tanpa disedari saya terus terjun ke laut. tup tup, saya terasa, "eh tadi dengar suara hamza namira nyanyi. la ni awat dah hilang?" terus berdiri lari ke pantai. TIDAKKKKKKKKKKKK! si merah dah tak bernyawa. saya try la jemur kan. kut la nanti kering si merah boleh berfungsi balik. ternyata, si merah dah mati kelemasan kerana kecuaian saya. sedih. 

Jadi dikesempatan ini, saya ingin berkongsi lagu yang buat saya bersemangat sekali yang dimainkan si merah sepanjang jungle trekking.


lyrics dia serius OSEM! (awesome) Jangan lupa turn-on captions ok? :)


dua lagu ni la antara peneman sepanjang 2 jam setengah perjalan. ada la lagu lain. tapi 2 ni paling ngetop la. adore gila dengan lyrics dia. ok la. rest in peace si merah. terima kasih kerana telah banyak berjasa kepada saya. Mohon maaf atas kecuaian saya. :( 

okbai. take care all. wassalam.







Wednesday 24 July 2013

tarbiyah

Salam n hi!

pernah tak dalam seharian menjalani hidup, kita terasa berat sangat nak habiskan hari-hari kita. Kita berasa seperti...
"oh kenapa malang sangat hidup aku?" 
atau
"aku tak faham kenapa hidup aku ni sial sangat.". 
atau mungkin version yang lebih better,
"dalam quran Allah kata uji kita ikut kemampuan, tapi kenapa aku rasa lemah tak mampu??????" sambil hantok kepala kat dinding.
mahupun,
"kau senang cakap redha..aku dah berkurun asyik satu group dengan dia. kau tau tak aku stress gila? aku rasa nak berhenti belajar sebab dia (over sket)" but end up ada orang lain group dengan orang yang kita stress sangat tu, dan dia dapat menjalani hidup dia tanpa ter-efek sama sekali dengan orang yang kita rasakan burden gila tu. 
atau jugak,

 "I ingat dia jodoh yang Allah tulis dekat luh mahfudz, tapi ternyata kami putus juga di pertengahan jalan. I rasa hidup i dah tak bermakna bila dia tinggalkan i" kata minah(bukan nama sebenar) sambil duduk berteleku memikirkan nasib diri yang sudah meningkat usia tetapi belum menikah sedangkan teman-temannya banyak yang sudah ber-anak tiga.eh?
 tepuk dahi. geleng kepala.

Kadang, kita selalu berfikir negatif tentang diri kita. Kita selalu meletakkan atau menghukum diri kita sebagai orang yang bernasib tidak baik atau malang atau senang cerita bajet kita ni paling menyedihkan atau pathetic. heh? kemon man. (baca:come on) u are not such a loser. u are created because u are special. cuma mungkin kita yang tak nampak potensi hidup kita tang mana yang nak dipositivekan. kadang kita terlalu terbawa-bawa cerita drama melayu/ sinetron yang baru kita tengok dengan mak/kakak/kawan kita semalam dalam hidup kita. mula lah terfikir yang kita ni adalah watak heroin atau hero yang kena dump and then jumpa prince/pricess charming n then blablabla (merapu). Kalau nak islamik sket, perasan diri jadi watak macam cerita-cerita cinta islamik. dalam cinta bertasbih ka, n the list goes on.kemon. bosan. (eh haritu, bunda saya suruh tengok omar series. share sket)

Cuba bayangkan. orang yang kita stress sangat, pernah dia stress pasal kita? Orang yang kita bajet dok peqati (ni kak ipaq aku orang utara dia ,dia kalau mesej huruf R tu dia tukaq pi huruf q. bunyi cam keqas sket. ) kita, kunun cakap pasal kita tiap hari macam dia stalker kita, entah-entah dia tak pernah terlintas pun nak ngumpat kita. kita duk peqasan jadi diva. pengsan.

Kadang bila aku analyze, aku rasa semuanya balik ke hati kita. rasanyalah. ni dari pemerhatian aku la. kita yang suka duk pikiaq macam-macam ni, hati  kita kosong. paling terisi la kejap dengan benda-benda yang kita rasa boleh happykan kita. tapi biasanya jap je lah. tak lama mana. pastu mula down balik. 

Pernah tak kita fikir, setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah tarbiyah dari Allah. huh? tarbiyah? amende lak tu? tarbiyah tu adalah didikan. So setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita, itu adalah direct tarbiyah dari Allah. percaya?

I'll give you 1 example. 

sori noh contohnya sekitar hidup cheq, which is in hospital.

adalah rutinitas bagi koas(clinical student) di tempat cheq blajaq, tiap kali oncall, esok pagi mesti kena present salah satu case yang kita dapat malam tu . tapi disebabkan kita oncall hari sabtu dan ahad bukanlah waktu bekerja, jadi present case hari isnin. Kita punyalah bertungkus lumus siapkan power point pasal case yang kita dapat dan bersengkang mata study pasal case tu, tup tup, ada kawan kita kata, "weh, tak pakai case hang, pakai case yang aku dapat. nanti kau buat slide".

persoalannya. apa agaknya reaksi kita?

a)maki-maki sampai habis semua word makian .tapi dibelakang.
b)seperti a.tapi depan-depan.
c)istighfar. cuba bertenang dengan tidur & protest taknak buat. siapa yang tukar,dia kena buat.period.
d)istighfar. dan bertenang dan berfikir, ini peluang untuk kita belajar case yang lain. belajar kan tak merugikan. (tu dia positive bak hang)

misalkan ye..kita TERpilih A. maki maki maki. puas hati betul maki. maki sampai berasap kepala. maki sampai tertidur pun maki maki lagi. (LOL berapa banyak maki ni? -_-") then, esoknya, hari yang berdebar-debar pun muncul. sang suria mengetuk jendela dengan sinar paginya. kita bergegas menuju ke hospital dengan hati yang berkecamuk menaiki tangga hingga ke tingkat 4 dan tangan dengan longlai memulas tombol pintu masuk ruang pertemuan. Baru duduk situ 10 minit. Doc specialist baru ucap selamat pagi, tiba-tiba.... kita rasa pening. kerusi yang kita duduk bergoyang-goyang kiri kanan. Doc yang tadi di depan kita dah lari macam pelesit keluar dari ruangan. Case report pagi tu dibatalkan. semua bersurai secara automatic. and this is based on true story. (cuma ada la tambah efek cerita sket. yang mana rasa hiperbola sangat tu..kekeke.tapi pasal gempa tu betul la. minggu lepas gempa kat tanah jawa ni.)

back to al-baqarah 286. u got problem brother/sister?

Nak tak nak kena force diri kita belajar positive kan diri kita. kalau benda tu berlaku jugak means Allah tau kita siap nak menghadapi. kalau tak, nanti ada la caranya Allah halang benda tu dari berlaku. Kalau benda tu jadi jugak, means ada benda lain Allah nak tarbiyah kita. 

Contoh la..mungkin selama ni kita malas gila nak belajar, then tuptup esok kita kena present case yang kita tak familiar sangat. kita pun tetap tido dengan gembira tanpa usaha dan percaya semua berlaku mengikut kemampuan kita. dan esoknya, kita kena marah, dipermalukan, diruntuhkan ego dan di denda. kita rasa sedih. down. Namun, setelah pulang, kita berdiri depan cermin sambil menangis dan berjanji akan menjadi lebih rajin. dan akhirnya kita menjadi rajin dan taknak perkara yang memalukan dulu terulang kembali. see. ada sesuatu yang Allah nak didik kita.

Cheq pun banyak je masalah. plus outstation lak dapat kat tempat yang masyaAllah sibuknya boleh tahan. kalau masuk bilik memang boleh terus pengsan. tapi kadang bila fikir, Alhamdulillah Allah letak cheq kat tempat super sibuk.. Alhamdulillah cheq takde masa kosong buat pikiaq merapu lebih pasal masalah (sebab biasanya kalau ada masa kosong cheq akan recharge energy. hoho). insyaAllah takde la niat nak lari dari masalah tu..tapi insyaAllah time tengah uruskan patient tu Allah bagi je idea camna nak settle kan masalah tu. alhamdulillah.

Kalau selama ni kita rasa Allah jauh dari kita mungkin kerana kita yang menjauhkan diri dari Allah. why not kalau kita berangan kita ni adalah hamba Allah yang special. we have good connection with Allah. dan tiap hari ada je surprise yang Allah nak bagi kat kita. (peringatan khas buat diri sendiri)

kalau kita yakin memang ada orang duk ngutuk kita,  kita jumpa ja, tanya apa yang kita salah, suruh depa habaq, paling kita boleh baiki diri jadi lebih baik.  takpun kalau yang tak puas hati dengan kita hal-hal yang tak berfaedah (contoh: kenapa kita comey sangat), tu depa jeles lettew. buat donno (baca: don't know) je. nanti lama-lama penat dia diam la..kita toksei sibuk pusing kepala. yang penting kita yakin apa yang kita buat tak melanggar larangan Allah. ok?

papepun.keep calm and read qur'an.
habis program, ajak nenek ni ambik gambar. tetiba dia cium pipi.
siapa tak terharu kan. nenek ni umur 90 tahun. MasyaAllah, sihat lagi tau. 
^_^

wassalam.

Wednesday 5 June 2013

Happy anniversary!

salam n hi


4 JUN 2012

Perasaan nak masuk bekerja di rumah sakit tu, serius menggerunkan. Am i ready enough to face the situation in hospital? Cukup bertanggungjawab tak? Cukup ilmu di kepala ke? Cukup berani ke nak melakukan tindakan medis yang selama ni dilakukan pada mannequin dan sekarang dilakukan pada manusia?ketaq ketaq lutut kaki...peluh besar..

Sarung baju putih, بسم الله توكلت على الله . Dengan yakinnya melangkah ke hospital. Ecee..takdelah penuh keyakinan manapun. First day tu kalut gila bak hang. Cuakness level 100. 

Tapi papepun, Alhamdulillah. Banyak pengajaran hidup yang tak dipelajari di kampus dulu dan ternyata saya dapatkan hospital. ;')

Alhamdulillah summalhamdulillah , sepanjang setahun ni, so far dahpun melewati department neurology, surgery, internal medicine, dermatology, obstetric n gynecology, radiology, pediatric, opthalmology dan terkini saya berada di anesthesiology. Weeho! Alhamdulillah. praise to Allah. Tak dapat nak digambarkan betapa saya sangat terhutang budi dengan guru-guru saya yaitu pesakit-pesakit saya. Yup, di hospital, kami diajarkan guru kami yang pertama adalah pesakit kami. Dan kami wajib menghormati mereka dengan melayani mereka dengan baik. Meskipun mereka adalah golongan yang susah, kami tak berhak melayan mereka seolah mereka kebal dari sakit dan berbuat sesuka hati kami. Jazakumullahu khair kathira.

Papepun, congatulation to koas batch 08! Tup tap dah setahun kita bersengkang mata kat hospital. Tau tau dah jadi koas geriatric. Koas tua. Sobs!
seusai majlis angkat sumpah sebelum menjadi koas. :)

Kenangan bersama resident di neurology

kenangan sewaktu di surgery.
kenangan bersama specialist orthopedic yang sangat sempoi habis and friends. (yang tak pakai white coat tu doc specialist.)


Kenangan di internal medicine with the residents and my team at ward 28


Kenangan di internal medicine with colleagues 

 

(2 gambar di atas)Kenangan di Rumah Sakit (Hospital) Dr Iskak, Tulungagung. sebulan saya duduk sana. waktu ni saya di department dermatology.

outstation di hospital daerah. RS Ngudi Waluyo, Wlingi. Seminggu kat sini beri saya ilmu yang saaaangat berharga. :')

department yang saya paling senang dengan pesakitnya. pediatric. gambar di atas sewaktu saya di perinatology.

perkenalkan. anak angkat saya. adam haiqal. haha. sukahati taruk nama kat anak orang

ini gambar di department opthalmology. ni kononnya nak pura-pura tengah check visual acuity. tapi terlupa pasang occluder. hahah. agak kantoi di situ. :p

tiap tahun sekitar bulan mei akan ada karnival yang menghimpunkan seluruh mahasiswa di medical faculty. karnival dekan cup/ dean cup. dan di atas, foto terakhir saya mengikuti karnival di FKUB. tahun depan kita tak bertemu lagi. :')

ward round malam-malam, baca ECG. yang tudung gelap tu ada gaya consultant. :p


sekian dari saya dr (insyaAllah) Noor Aqilah yang bertugas pada hari ini. di kesempatan ini ingin saya mengucapkan happy anniversary kepada semua koas batch 2008 atas kejayaan kita semua bekerja dengan penuh dedikasi di RSSA satu tahun ini dan berbaki sekitar 6 bulan lagi. Segala penat lelah, tidur malam yang tidak pernah cukup, masuk pagi dan pulang malam akan menjadikan kita seorang bakal doktor yang mantap di sisi Allah, berguna di tengah masyarakat dan menjadi kebanggan buat ayah ibu dan keluarga kita. insyaAllah. amin.

Sunday 19 May 2013

solat

bismillahirrahmanirrahim.

hi! Assalamualaikum. hopefully semua yang sudi singgah di sini sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah. ;)

Alhamdulillah summalhamdulillah berkesempatan juga mencoret sedikit cerita di blog saya. sekarang saya dah move on ke department ophthalmology dari pediatric. Rasanya kalau kat malaysia takde department ni. eh, ke ada? wallahua'lam. hehe.

Kat department ophthalmology ni, tiap hari kena masuk poliklinik dari jam 8 sampai jam 1 atau boleh jadi sampai jam 2 petang. Sekarang ni tengah krisis KOAS (baca: clinical student) menyebabkan ada yang bersendirian di poli, biasanya bertiga sampai berempat. tapi, takdir saya berdua di poli. Alhamdulillah ada teman belajar sama-sama. Teman yang akan bersama saya selama sebulan kedepan di ophthalmology ni merupakan seorang pelajar perempuan penganut kristian yang kuat. Kadang-kadang kami bercerita tentang agama. Saya sampaikan ke dia keindahan islam, dan dia menceritakan tentang budaya agamanya. Saya tertarik untuk mengetahui. Bagi saya perlu untuk saya tahu tentang agama dia macammana, dan ternyata dia jugak berminat untuk mengetahui tentang islam. 

Ada satu scene antara saya dengan dia yang memang saya akan ingat sampai bila-bila insyaAllah. pengajaran sangat buat saya.

scene dua orang koas sedang berjalan...

Z: Q, kalian solat satu hari berapa kali ya?
Q: 5 kali mbak.
Z:yang pertama jam 5 pagi ya?
Q:kalau disini, azan sekitar jam 430 mbak, habis itu yang kedua jam 12 siang itu zohor, yang ketiga jam 3 sore itu asar, yang keempat sekitar jam 530 malem itu maghrib, jam 7 malem itu isya'.
Z:eh, sekarang jam berapa? jam 1 qil, koq kamu ga solat jam 12 tadi?
zupp.sumpah tembus habis tepat kena jantung. rasa malu macam nak jadi ostrich terus tanam muka dalam tanah.
Q:ini aku mau ke kamar koas, mau solat mbak, cuman tadi kan lagi kerja di poli, pasiennya masih banyak.
Z:oh koq bisa?
Q:mbak bener. Aku harusnya solat pas masuk waktu solat. tapi tadi ga bisa tinggalkan poli, jadi habis poli harus segera solat.
Z:maksudnya selagi belum jam 3, kamu masih bisa solat?

Angguk perlahan. kami tiba di depan kamar koas dan langsung masuk ke dalam kamar perempuan.

malu. saya admit tadi memang ter-stuck kat poli, dekat area poli tu ada je tempat solat, tapi saya tak berkenan dengan tempat wudhu nya. terbuka. laki perempuan semua boleh wudhu disitu. jadi, tu sebab saya lebih prefer untuk solat di kamar koas. toilet semua asing-asing. tapi malu jugak. as a muslim, sepatutmya bagi teladan yang baik untuk dia. Ini kes solat lambat, belum lagi ada muslim yang tak solat, yang tak puasa, dan bermacam lagi. macam mana orang bukan islam nak tertarik kepada islam andai muslim itu sendiri yang mencemarkannya. Allah, maafkan hambamu ini. Terasa, sebenarnya teguran itu dari Allah melalui seorang manusia. Allah lah yang  sebenarnya dah menggerakkan hatinya untuk mengatakan kata-kata tersebut kepada saya.

Islam itu indah, tapi orang-orang yang mengaku islam yang sering mencemarkan nama baik islam itu sendiri. Bahkan Muslim itu sendiri yang membawa fitnah terhadap islam. Semoga kita tak tergolong dalam golongan tersebut, nauzubillah. wassalam.

p/s:jaga solat anda. solatlah di awal waktu. :)

Monday 8 April 2013

Kekuatan? Ask Allah.

Hari isnin, semua orang sibuk sedang bekerja. Saya juga tidak terkecuali disibukkan dengan tugas dari pagi hari. Visit patients, ward round dan sepatutnya ada discussion dengan supervisor, dan ternyata tak jadi. Mungkin Dr specialist tersebut ada pekerjaan yang lebih memerlukan waktunya. Dan saya sendiri hari ni mata berat semacam, susah betul nak focus. Habis meeting tadi malam lambat, sampai rumah jam 12 lebih. ha..hambik..huhu..Gara-gara tak tahan sangat, saya nak short nap dalam 5-10 menit ke? Boleh kot..Langsung saya menuju ke kamko (baca: bilik yang disediakan buat doktor muda berehat). Nampak katil, terus baring sambil bukak buku. Ting. Tau-tau terlelap. Bila bangun, ada sorang doktor PPDS (baca:MO yg sedang ambil program specialist) perempuan duduk di hujung katil. Dia pun kata nak lelap sekejap. Kalau saya penat, mereka pasti double penat. Bukan hanya dia, waktu ward round tadi pun ada doktor lelaki ni jalan terhuyung hayang. Post oncall tadi malam. Ngantuk sangat katanya.

Nah, ini sedikit sebanyak cebisan kisah kehidupan saya di sini. Penat tu dah macam aur dengan tebing dan hampir kebanyakan orang menunjukkan pola habis oncall, rasa mengantuk tak terhingga dan balik dari kerja sekitar jam 3 petang langsung collapse. Ada yang collapse sampai esok pagi, ada yang collapse sampai solat pun collapse. Parah sangat kah kerja sang doktor?

Ada yang pernah mengadu ke saya, "saya penat.penat sangat...tolong bagi saya kekuatan". Allah..  Bukan saya yang dapat berikan kekuatan. Kekuatan tu dari Allah, mohonlah kepadaNya. Saya akui, hampir seluruh waktu kita, dihabiskan di hospital membuat kita berasa sangat penat..jasad kita serius penat. Tapi bila kita tido insyaAllah jasad kita akan kembali segar. Tapi, yang jarang orang perhatikan adalah jiwa yang kepenatan. Tiap hari dibebankan dengan stress, gangguan emosi di tempat kerja dan sebagainya, tapi jarang yang cuba untuk memulihkan jiwa atau ruh kita. Malah dibebankan pula dengan maksiat yang kita anggap santai, menghiburkan hati dan menenangkan jiwa. Semakin lama ruh kita makin melarat. Semua kerja yang kita buat ada saja yang tak kena. Kena marah dengan orang atasan, mintak bantuan daripada rakan-rakan tiada yang peduli. Tertekan. Depresi. Murung. Cepat marah. Berdendam.

"Akak kenal tak Yoyoh Yusroh?", murabbi saya yang lebih muda dari saya bertanya kepada saya. "Aktivis dakwah di Indonesia kan? Akak pernah nampak kak alia baca buku tentang dia, kenapa?"
"Haaa..betul la tu..hihi..akak tau tak dia ada 13 orang anak yang Alhamdulillah berjaya semuanya, dia jugak seorang dosen dan dia adalah orang yang saaaangat aktif dalam masyarakat DAN dia ada waktu untuk mengaji satu hari 3 juzuk.", murabbi saya yang comel tersenyum kambing? :p
"Seriously?"
"A ah..dan orang-orang ramai yang tanya, macammana dia ada waktu untuk mengaji 3 juz tiap hari bilamana kehidupan dia kalau dibayangkan oleh sekitar adalah super sibuk. "Senyum lagi.
Saya diam.tunggu jawapan.
"Dia cakap, bukan macammana dia cari waktu untuk ngaji, tapi dia kata kalau dia tak ngaji sehari 3 juz, dia rasa dia tak dapat melalui hari-hari dia yang super sibuk"senyum sang murabbi bertambah lebar denga mata sepet.
Zuupp.tajam.tertusuk dalam hati.

Kita sering mahukan kekuatan, tapi begitu sombong mahu meminta dari Allah. Ada jugak kisah yang saya dengar, seorang hamba Allah ni,dia suka pasang ayat orang mengaji tiap kali membawa kenderaan. Baginya alunan ayat-ayat tersebut sangat menenangkan hati. Sangat memberikan dia kesegaran meskipun waktu itu, dia sangat tak berminat untuk membaca Alquran. Tapi tiada siapa yang tahu perancangan Allah. Dimana pada suatu masa yang telah ditetapkan, Allah telahpun bukak hati dia untuk membaca dan menghayati Alquran sendiri. Subhanallah kan? ^^



Pernah satu hari, sedang saya bekerja di ward, saya terlihat sorg akh asli indonesia yang merupakan kakak bimbingan waktu tahun pertama, kami bertegur bertanya khabar. Maklumlah senior saya yang seangkatan dengan beliau semuanya sedang houseman (HO).
 "dik qilah, gimana? Masih ikut usrah?"
 Terkejut. Rasanya terakhir berhubung waktu orientasi student baru empat tahun yang lalu dimana beliau adalah fasilitator kelompok kami. Tahun 2008. Rasanya tak pernah saya ceritakan tentang bulatan gembira yang saya hadiri kepada beliau. Dan tahun 2008 bukanlah tahun saya disapa oleh tarbiyah.
"Alhamdulillah mas, insyaAllah masih"
"Alhamdulillah. Biasanya yang sering saya lihat, kalo pas koas banyak yang udah ga ikut usrah"
"Semoga ga ya mas." Saya minta diri untuk meneruskan pekerjaan saya yang masih belum selesai.

Saya akui, awal saya menerima tarbiyah sangat sulit. Saya bekas budak sekolah agama yang rebel. Banyak perkara tak matang sering saya rebelkan. Orang memperkenalkan sesuatu yang kita dah tau, jarang kita berminat. Tapi saya bersyukur, Allah menghantar orang-orang yang tak pernah putus asa untuk mendekati saya. Orang-orang yang berlumba untuk menjadi asbab saya mendapat hidayah. Alhamdulillah summalhamdulillah. Berlinang air mata. Meskipun awal penglibatan saya dalam usrah sering bekejar dengan waktu. Isnin nak exam, tak boleh usrah. Saya nak study. Haikkatnya, bukanlah hujung minggu tersebut saya habiskan untuk study. Ada juga waktu untuk main game, tido.alasan. Yep. Hanya sekadar mencipta alasan. Tapi syukur, mak (panggilan buat murabbi kami yang pertama) tak pernah putus asa. Sedangkan beliau lebih sibuk dengan urusan di hospital (beliau adalah student tahun akhir dan kami tahun ketiga). Meskipun awalnya terasa terpaksa, saya cuba untuk bertahan menghadiri tiap bulatan gembira jugak, dan Alhamdulillah, melalui bulatan gembira, Allah beri saya kekuatan. Dari situ juga Allah berikan saya kasih sayang, ukhuwwah, kefahaman dan kematangan. alhamdulillah.Alhamdulillah.

Seringkali saya ingatkan diri sendiri terutamanya, kekuatan tu semuanya dari Allah. Bila rasa something wrong somewhere, check balik HDA, hubungan kita dengan Allah. Sering-sering untuk muhasabah diri. Sentiasa betulkan niat tiap kali bangun tido. Tiap kali nak buat kerja. InsyaAllah Allah akan beri kekuatan tu kepada kita. Allah tu arrahim, maha penyayang. Dia sayang kita. Dia sentiasa care kita. Tiap hari tengok kita. Dia jugak sentiasa pastikan apa yang kita lalui tiap hari adalah sesuatu yg kita mampu jalani. So, jangan pernah segan silu untuk memohon sesuatu kepada Allah.ok? ;)

186. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Surah albaqarah ayat ke 186.

Ilal liqa', ma 'assalamah, fi hifzillah wa fi amanillah, wassalam. ^^





Friday 15 February 2013

amanah

bismillahirrahmanirrahim...

pertama-tamanya, afwan sebab lama tak mencoret di halaman blog ni. sibuk? er...sebenarnya tak boleh nak kata tiap waktu sibuk, ada masa luangnya juga..tapi mungkin tak sesenggang waktu di kampus dulu. Cuma mungkin pengurusan waktu yang kurang baik, jadi kelihatan seolah-olah sibuk banget... -_-"

Alhamdulillah summalhamdulillah, sedar tak sedar Allah beri saya peluang untuk melalui fase klinikal selama 6 bulan. banyak..sumpah baaaaanyak perkara yang telah saya pelajari. dari sisi ilmiah hinggalah sisi kehidupan. semoga banyak yang telah saya pelajari dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian. ye lah, ilmu tanpa amal kan ibarat pokok tidak berbuah. hemph. perumpamaan lama. mungkin boleh tukar baru. versi saya sendiri. ibarat lampu jalan yang banyak, tetapi tiada sumber elektriknya. err. nyambung tak? krik krik.....

Bercerita tentang pengalaman, err..pengalaman takde lah banyak mana pun. tapi ada suatu ketika, Allah cuba uji saya dengan amanah. ya. walaupun saya belum menjadi seorang doktor, tapi ada amanah besar yang terpikul di bahu saya..*izinkan saya berhiperbola sedikit* . kisahnya terjadi saat saya lagi stase luar (baca: out station)..waktu itu di poliklinik hanya ada saya, dan beberapa orang nurse di situ. sebenarnya ada je doktor, tapi waktu tu doktor sedang melakukan tindakan di ruang usg. jadi, saya standby. sedang lagi senggang (tiada pesakit yang masuk ke poliklinik tut tut tut), saya ditarik masuk ke ruang pemeriksaan oleh salah seorang petugas wanita. terkejut juga saya waktu tu, rasa cam tak buat salah. tapi awatnya tarik saya pastu cakap slowly nih?

perbualan telah di-translatekan dalam bahasa malaysia. harap maklum.
saya: kenapa ni puan?
mrs X: awak ni berani tak?
saya: err..berani pasai pa puan?
mrs X: saya nak mintak tolong ni, awak berani tak?
saya: err...mintak tolong apa puan? kalau saya boleh tolong insyaAllah saya tolong.
mrs X: macam ni, suami saya dia bangun lambat hari ni. jadi dia tak masuk kerja. so, (eceh..omputih la pulak tetiba. haha) saya nak mintak tolong awak signkan surat mc boleh?
saya: *tarik nafas panjang*
mrs X: macam mana? boleh tak? tolonglah cik, tolong tandatangan surat tu satu jee..
saya: maaf puan, saya tak berani kalau hal ni. maaf sangat-sangat. kalau saya boleh tolong, memang saya tolong, tapi yang ini saya mintak maaf sangat-sangat puan.
mrs X: ya udah. takpe la kalau tak boleh. nanti saya mintak doktor je lah sign kan.
saya cuma mengangguk.

fuh..Alhamdulillah..Allah bantu buat keputusan. mungkin surat mc nampak macam hal sepele (baca:kecil) tapi besar tanggungjawab saya seandainya saya memberikan tandatangan untuk surat mc tersebut. mungkin ada beberapa pihak siap menjual lagi surat2 mc. seriyes senang kot nak buat surat mc tu. tinggal tandatangan doktor, ada head letter atau cop klinik/hospital. dan anda boleh menipu segala jenis majikan. tapi jangan lupa. ada satu majikan kita tak boleh nak tipu. ada satu majikan yang memang dah tau kita nak tipu orang lain. ada satu majikan yang bila-bila masa nak kantoikan kita pun boleh..bukan setakat kantoikan penipu, kantoikan orang yang bersyubahat dengan penipu pun boleh. haa. takut kan? memang perlu takut pun.

dan tak rasa ke, once bila kita mula menipu, lepas tu kita akan bertambah-tambah keinginan untuk menipu. cuba bayangkan kalau diri sendiri kena tipu macammana. yang kena tipu kad kredit, tengok hangin macam mana...kena tipu beli rumah pada pengusaha yang tak siapkan rumah, hangin dia tengok tahap taufan mana.. atau yang dah ada anak, kena tipu dengan anak, kunun pergi sekolah tapi rupanya lepak kat shopping mall. atau yang belum ada anak, kena tipu dangan course-mate, janji nak siapkan sama-sama assignment, dia duk kata tengah buat, tengah buat, end up kita yang buat semua sebab rupanya dia tak buat-buat...kan rasa tak best tu kena tipu. sama lah. jangan kita buat ke orang lain sesuatu yang kita tak suka orang buat kat kita.

Kesimpulan hari ini adalah. sebenarnya tiap kita ada amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas diri kita. termasuklah amanah yang besar sepanjang kita hidup di atas muka bumi ini dan sejauh mana kita melaksanakan amanah yang diberikan. Jangan sampai kita lupa suatu hari nanti kita akan dipersoalkan tentang apa yang telah kita kerjakan terhadap amanah yang diberikan.

xoxo. ilal liqa'..

wassalam...