Followers

Thursday 13 October 2011

tips berumah sewa

salam n hi

bagi rakan-rakan yang berencana untuk menyewa rumah bersama beberapa rakan yang anda rasa sekepala, di sini saya senaraikan tips yang mungkin berguna.if tak berguna, just ignore it. okay? :)

1)Selamat berkenalan kembali dengan bakal housemates anda!
Sejauh mana anda kenal rakan-rakan anda, seberapa tahun pun anda dah bersahabat dengan sahabat satu course anda, ini belum bermakna anda dah mengenalinya 100 percent. Ini kerana pasangan sahabat anda yang anda jumpa sewaktu di kuliah, di kelas dan yang selalu anda lepak sana, masih menyembunyikan beberapa sifatnya yang sebenar. tak perlu kata sahabat la. anda pun sama. hehe. :)

2)Sediakan Mental dan Physical.
Anda harus menyiapkan mental anda untuk mengalami pengeluaran wang yang banyak untuk biaya segala jenis bil. sewa rumah, bil internet, bil api, bil air, perkakas rumah, bahan mentah dan sebagainya. Jangan nanti menunding jari, "eh kau bayar la bil api lebih, sebab kau pakai laptop tak tutup langsung seminggu ni!" a big JANGAN. kalau nak nasihat, nasihat elok-lok k buddy! :)

3)Bila ada masalah, jangan dicerita kepada pihak luar.
Jangan sesekali bercerita kepada jiran sebelah rumah,rakan-rakan sekelas anda dan sesiapa pun yang bukan ahli rumah anda. Ini bakal mengakibatkan orang yang tak ada kaitan dengan masalah rumah tangga anda, bersikap bias. Its normal sekiranya anda berselisih faham dengan housemates anda. Biasalah. Waktu ini lah sebenarnya waktu untuk anda mengenali lebih housemates anda. Sebolehnya, jangan cepat-cepat buat andaian. terutamanya perempuan. suka buat assumption sendiri. saya pun tak terkecuali. pernah mengalaminya. jadi, kan lebih baik sekiranya settle one to one. kalau malu nak bersemuka, sms pun boleh. zaman teknologi ni. nak BBM pun tak ada masalah. Kalau nak minta pendapat, tanyalah kepada mereka yang boleh bersifat adil..dan sewaktu anda meng-curhat ( meluahkan perasaan) ceritakan masalah yang berlaku. jangan menambahkan perasa dengan memburuk-burukkan pasangan rakan anda. :)

4)Bantu membantu sesama ahli rumah anda.
Hem..yang ini, ringan-ringankan tulang untuk bersama-sama membuat kerja rumah. cam mop lantai ke, sapu sampah ke, buang sampah ke, cuci pinggan ke, masak ke, cuci toilet ke. Janganlah asyik biarkan kawan kita sorang tu je yang buat. duduk rumah sama-sama, apa kata jaga rumah pun sama-sama. kan labih bahagia tu. barulah boleh dikatakan rumahku syurgaku. :)

5)Lepak Bersama dan buat aktiviti bersama.
Siapa kata kalau dah tinggal serumah, tak perlu nak hang out atau lepak bersama? "ye lah. hari-hari balik kelas tengok muka dia.nak keluar lagi ke?" haha. eh mestilah kena keluar bersama. lagi-lagi kalau sebelum ni anda ada masalah ke, inilah masanya untuk berbaik semula. bila buat aktiviti bersama, insyaAllah hubungan anda dan pasangan  sahabat akan bertambah lebih erat. :) kalau kat rumah pun, masih boleh buat aktiviti bersama, macam masak bersama. atau solat berjemaah. solat berjemaah ni banyak kelebihan tau, kalau boleh solat jemaah untuk tiga waktu solat yang biasanya semua orang ada kat rumah. subuh, maghrib dan isyak. ^_^

Ha..buat masa ni, ini je yang saya terfikir. lagipun nak gerak pi kelas ni. kalau ada yang rasa nak tambah, silakan tambah di ruangan komen. saya pun teringin nak baca tips daripada orang lain.supaya boleh sama-sama kita aplikasikan dalam hidup berumahtangga sewa ni. ok la.sampai di sini. jumpa lagi, Assalamualaikum. :)


*tetibe feeling nak menulis datang balik.hu.maaf la ye wahai blog sudah lama dikau ku tinggalkan.