Followers

Tuesday 21 February 2012

kisah maghrib

salam n hi

Maghrib kemarin, saya dikunjungi tetamu kecil. dan mereka pastinya manusia. huu. Di luar, kedengaran suara kanak-kanak perempuan memanggil-manggil nama saya. "mbak qish! mbak qish!" Mulanya saya agak malas nak keluar kerana saya merasa sangat letih dan penat. Sudah seharian saya berada di luar rumah dari awal pagi. Menanti Doc di hospital berjam-jam dan kemudian menyelesaikan urusan di kampus. Tapi, saya gagahkan juga. Fikir saya, kalau kedatangan mereka hanya untuk bermain, saya sudah memikirkan alasan saya ada ujian / exam esoknya ( iaitu hari ini) untuk menolak kedatangan mereka.. 

capai kunci. pintu dibuka.

"Mbak qishhh..", sapa si kecil yang berambut panjang sambil tersenyum bersama dua temannya di depan pintu rumah saya. Beberapa buah buku terlihat di dakap ke dadanya.

"Haii..ada apa Fia? ", Senyum.

"Mbak, mau minta mbak bantu saya ngerjain PR bisa?", matanya tepat menatap ke arah saya. dengan muka yang penuh berharap.

Tergamam.

"ok bisa. tapi ntar kalo udah azan, kalian harus pulang ya dik. soalnya udah mau malam ni." *sila maafkan bahasa saya yang agak berantakan. hu*

Saya senyum. kemudian saya persilakan mereka masuk ke dalam. 

Kami menyelesaikan sekitar 40 soalan "pemahaman" *macam zaman sekolah rendah dahulu kala* dalam bahasa Indonesia. Walaupun saya rasa agak aneh, kenapa Fia ni minta tolong ke saya, padahal saya bukanlah master dalam bahasa Indonesia. cakap pun terpatah-patah, macam kanak-kanak. ehe. *melampau la tu.*.. Tapi Alhamdulillah kerana soalan pun tak lah susah mana. Lagi-lagi bahasa Indonesia dengan bahasa Malaysia taklah jauh beza mana. Jadi, saya tetap dapat membantu Fia mengerjakan PR (homework) yang diberikan daripada bu gurunya dengan jayanya.hu.

contoh soalan pemahaman UPSR

Sekitar 10 minit sebelum azan, kami selesai menjawab.

Fia kelihatan gembira sekali dapat menyelesaikan tugas sekolahnya. Katanya, "semoga kali ini nilai ku ga jelek lagi" . Saya terdiam. Saya akui, Fia agak kurang memahami tugas sekolahnya. Banyak kata-kata yang dia sendiri kurang tahu maknanya. Menurutnya, dia sering dimarahi oleh gurunya kerana markahnya yang kurang baik. 

Saya kenal Fia dari tahun 2010. Waktu itu kami sedang mengadakan program orientasi buat junior yang baru sampai ke Malang. Fia bersama kakak dan adiknya telah menyelinap masuk ke tempat acara kami dan menegur kami semua. Disebabkan saya suka melayan kanak-kanak dan mungkin saat itu saya juga kurang matang, *erk* kami telah bersahabat baik. Petang-petang, Fia bersama-sama kakak dan adiknya akan datang ke rumah saya untuk bermain. Pastinya bukanlah permainan tradisional kerana sekarang ni kan zaman IT. hu. Sampailah satu saat, saya sedar. Saya tak boleh nak bermain sangat, kerana saya ada tugas yang melambak. Lagipun, saya tahu bukan semua orang punya fikiran seperti saya. Ada orang yang mungkin rasa terganggu dengan kehadiran si kecil ini. Jadi, saya melarang mereka untuk datang bermain lagi di rumah saya.

Tiap kali mereka datang untuk bermain, saya beri alasan, saya mahu ujian/exam. Saya ada tugas banyak ataupun Saya tak ada dirumah. Saya kasihan pada mereka. tapi, saya perlu kasihankan kepada diri saya juga. Saya ada banyak komitmen lain yang perlu saya selesaikan.

Setelah beberapa kali kehadiran mereka ditolak. Rumah saya tidak lagi dikunjungi oleh anak-anak kecil itu. Awalnya, saya rasa lega. kerana tidak lagi di ganggu mereka. Tapi, lama-lama, saya berfikir, kenapa saya tidak memberikan mereka sesuatu yang bermanfaat? 

Kenapa tiap kali mereka datang, saya tak ajarkan mereka mengaji?

kenapa tiap kali mereka datang, saya tak menyuruh mereka membuat kerja sekolah?

Kenapa dan bermacam lagi kenapa.. 

Persoalan "kenapa" itu, akhirnya hilang begitu sahaja seiring dengan beredarnya waktu sampailah satu saat, iaitu semalam. Seolah-olah Allah mahu menuntut janji yang pernah saya katakan kepada diri saya. 

"Lepas ni, kalau diorang datang lagi, nak suruh dorang belajar sesuatu yang bermanfaat. tak boleh main-main dah. "

Dan kerana itulah saya tergamam saat melihat Fia memegang buku dan meminta saya membantunya menyiapkan homework. hu. Allah ni Maha Mendengar. Tak perlu nak cakap kuat- kuat, Dia dah dengar. :')

Sambung cerita semalam. Lepas selesai menjawab soalan dan berkemas-kemas, saya pesan kepada mereka, "besok, kalau mahu datang ke rumah kakak lagi, silakan. Tapi, kalian harus selesaikan dulu PR kalian. Ntar kakak tinggal lihat betul atau salah. ok? "

"Ok mbak qish! "

Saya rasa gembira dapat membantu mereka. Lebih gembira dari bermain game bersama. 

Dan doa saya buat Fia, Semoga Allah mempermudahkan Fia menerima Ilmu dan Semoga Allah memberinya kefahaman dalam menuntut ilmu. Semoga Fia berjaya bukan hanya di dunia, tetapi di akhirat juga. Amin. 

Wassalam. ^_^

Sunday 19 February 2012

all about my life

salam n hi

ini TA atau dikenali dengan thesis yang siap dijilid/dibukukan.

Alhamdulillah, hasil usaha keras selama ini, Allah telah mengizinkan saya menyelesaikannya juga pada akhirnya. Masih teringat lagi saat saya melihat senior-senior saya menyelesaikan thesis mereka, saya hampir sahaja melihat ianya seperti sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Sampaikan saya pernah merasakan saya tak mampu untuk memilih department yang sesuai untuk saya pilih dan mulakan projek thesis saya. Sebabnya, dulu saya sangat tak berminat nak buat penelitian/ research ni. huhu. Tapi Allah itu maha mengetahui. Dia tahu mana yang terbaik untuk saya. Dia bukakan jalan untuk saya melaksanakan tugas yang wajib dilakukan  bagi setiap mahasiswa sebagai salah satu syarat sebelum koas (clinical year student). Sepanjang saya mengerjakan thesis tersebut, banyak dugaan yang melanda diri saya. Tapi saya yakin saya mampu melaksanakan tugas ini dan saya sangat berpegang teguh dengan janji-janji yang Dia katakan dalam surah al-Baqarah ayat 286:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menganggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang bterdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya menikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir"
Alhamdulillah. Selesai.

Selesai satu urusan, Dia tambahkan kesenangan dalam hati saya lagi. InsyaAllah saya akan pulang ke semenanjung Malaysia dalam masa terdekat ini. Gembira tak terkata. Terasa sudah lama tak berjumpa keluarga yang tercinta. Walaupun kami sering berhubung di FB dan skype, tetap beza rasanya menatap wajah-wajah insan yang tersayang secara maya dan menatap secara langsung. Rindu ingin menyubit dan memeluk anak - anak sedara yang dah semakin membesar tu. dan yang pasti, cuti ni wajib pau adik main boling. lagi-lagi yang bekerja sementara tunggu results SPM tu..lama kita tak keluar dating kan? hihi ^_^ 


Dan mungkin saja, cuti kali ini merupakan cuti panjang terakhir buat saya. sebab lepas ni dah clinical, dah takde cuti semester dah. agak menyedihkan, tapi saya tahu Dia pasti ada rencana yang manis dan lebih menggembirakan buat saya. 

Last but not least, ingin saya kongsikan satu video yang telah menarik hati saya untuk melihatnya. cewah. hu. Yang saya attach di sini merupakan part 1, sila cari sambungannya di You Tube ok?. :)


1-Banyak yang dapat saya ambil dari bual bicara ini. dan bila fikir-fikir balik, baru saya faham kenapa mak dan ayah bersikap sebegitu dan sebegini. 
2- Terlalu banyak kekurangan dalam diri saya, dan insyaAllah saya cuba perbaiki secara berperingkat. doakan saya. :)
3- Silakan menonton dan semoga bermanfaat buat semua.

Thursday 16 February 2012

antara malang dan batu

salam n hi


selecta

       Sempena mengisi kekosongan di waktu senggang sepanjang 13 hingga 17 februari ini, saya dan beberapa orang teman telah menyusun rencana untuk berpiknik ke taman bunga selecta di Batu. Plan nak ajak ramai-ramai ikut serta, tapi, tidak diizinkan oleh Allah pula. takpa lah. mungkin next time. :) Tapi, siapa sangka, pagi-pagi hari, saya dapat mesej yang menyatakan beberapa orang teman saya yang lain mahu ikut serta. Saya pun, on je lah. Bak kata orang putih,  the more, the merrier. ^_^
teman-teman saya

Kami tiba di sana dengan menaiki angkot sahaja. Rencana kami untuk mengurangkan kos pengangkutan sebab angkot kan much more murah. Tapi rencana Allah ternyata lebih baik. ada seorang pakcik driver angkot ni menawarkan diri untuk membawa kami sehingga ke tempat yang dituju. Kiranya kami tak perlu menukar angkut. Alhamdulillah. Allah is soo sweet. Saya tahu, dia sengaja buat begini supaya saya tidak perlu bersusah payah menanti angkot. hihi *terharu* :')
bunga
bersiar-siar
rindu zaman kecil
pokok pun dah haji. kita bila lagi? :'(
mengkagumi ciptaan Allah.
jungle trekking time~
baru naik sikit dah penat. huh. takde stamina betul adik akak yang sorang ni.. :D
mungkinkah puteri gunung selecta bersembunyi di sebalik pohon itu? hee.
selesai ber-jungle trekking, layan playground satu dua dulu.
dah penat berjalan dan bermain, sekarang waktu untuk makan~~ :D
berehlah sambil mengeratkan ukhuwwah. 
yang bercermin mata ni merupakan adik junior saya. Saya sayang dia insyaAllah kerana Allah. Saya berharap ukhuwwah kami bukan hanya di dunia tetapi juga sampai ke syurga. amin. :')
nasi goreng kasih sayang. ini yang sebenar-benarnya secret recipe. Alhamdulillah sambutan memberangsangkan. licin! :D
meow pun nak join
lepas picnic, naik itik. orang lain berdua, kami bertiga. sebab kami special. he.
dari selecta, berpindah ke batu pula
batu secret zoo.
batu secret zoo lagi. :D
sangat cuak kerana burung ini mematuk-matuk kepala. terasa kepala berlubang. -_-
mara(nama anak rimau) yang pemarah. 

Begitulah sedikit sebanyak foto-foto yang dapat diambil sepanjang perjalanan kami. kalau nak letak semua foto ada lah dalam 700 keping. erk. huu. Apa-apapun insyaAllah perjalanan kami melihat alam banyak memberi pengajaran bagi kami semua. Betapa banyak sebenarnya perkara yang sedang berlaku disekeliling kita sebenarnya adalah cara Allah menyampaikan sesuatu kepada kita. hanya saja jika kita menggunakan akal untuk berfikir, insyaAllah kita akan memahaminya. jika tidak, seharian berjalan hanya duit habis dan kepenatan pada tubuh badan. 

Sampai di sini sahaja catatan perjalanan saya. sampai bertemu lagi. wassalam. :D


Tuesday 14 February 2012

Hari selasa bukan hari kasih sayang.

salam n hi

"happy valentine's day", sebuah mesej dari teman non-muslim saya yang merupakan seorang sahabat terdekat saya juga. Si gadis yang sangat periang dan penyayang. Meskipun berlainan agama, bukanlah penghalang antara kami untuk bersahabat. Islam kan agama yang menyebarkan kasih sayang. bukan hanya kasih sayang sesama muslim, tetapi juga kepada non muslim dan hidupan yang lainnya.

"I love U for everyday but I'm not celebrating Valentine's day ", balas saya ringkas.  Ikon smiley sambil mengenyit mata turut saya selitkan di akhir kalimah. mungkin sebagai pe-neutral kalimat saya yang kelihatan "agak" tegas. Saya tak menyalahkan dia. Jujur sahaja mungkin dia tidak tahu kenapa muslim tidak meraikannya, tapi niatnya hanya untuk meng-ekspresikan rasa cintanya kepada sahabat-sahabat yang lain. *terharu*

Bagi saya, sebenarnya banyak cara untuk meng-ekspresikan rasa cinta kita kepada seseorang. Bukan hanya menunggu hari-hari tertentu. Bukan hanya pada hari lahir, anniversary, dan sebagainya. Cinta itu perlu dipupuk dan dibajai setiap masa. Cinta perlukan 'maintainance'. Bukan hanya kerana hari itu hari istimewa, baru kita tunjukkan rasa cinta kepada seseorang. Tidak. sama sekali tidak. Cinta kita kepada Allah bilamana kita mengingatinya setiap saat tidak kira waktu sedih mahupun senang. Cinta kita kepada Rasulullah adalah bilamana kita sentiasa berselawat keatasnya dan mencontohi akhlak mulia baginda. Cinta kita kepada manusia adalah bila kita mendoakan kesejahteraan dan pengampunan dari Yang Maha Esa untuk ibu bapa kita, guru-guru kita dan saudara-saudara yang seagama dengan kita. Cinta itu juga, boleh jadi dalam bentuk kita menyayangi sahabat kita dengan mengemaskan biliknya setiap hari dan menerima kekurangannya serta saling berlapang dada dan menegur antara satu sama lain. Bermacam lagi cara untuk meraikan cinta di setiap waktu. Cinta itu luas. Tapi Awas, cinta itu bukan nafsu. 

Cinta anda bagaimana?

Monday 13 February 2012

Surat Buat Cik Beah

salam n hi

Kehadapan Cik Beah yang dikasihi, semoga Cik Beah sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t.

Cik Beah,
Pertama kali saya bertemu dengan Cik Beah adalah sewaktu Cik Beah menyertai sebuah pertandingan video. Waktu tu, saya sangat rambang mata nak tengok video yang mana satu dan tengah usha-usha, si Dia menyuruh saya menonton video Cik Beah. Lantas, saya segera menonton video yang terpapar wajah Cik Beah. Cik Beah bukanlah secantik retis-retis kat luar sana, Cik Beah pun bukanlah anggun jelita seperti puteri raja, tapi Cik Beah sangat comel di hati dan mata saya. Saya harap saya tak kelihatan berlebih-lebihan menyanjungi Cik Beah. ihi. :)

pengenalan pertama dengan Cik Beah

Cik Beah,
Saya menyukai Cik Beah bukanlah kerana paras rupa Cik Beah. tapi saya menyukai Cik Beah kerana Cik Beah banyak menegur saya secara comel. comel la cik Beah ni. :') Saya tau, Cik Beah sebenarnya bukan nak bantu saya seorang je, tapi beribu-ribu orang di luar sana juga. Kadang-kadang, saya kagum sangat tengok Cik Beah. kenapa saya kagum? Sebab Cik Beah punya usaha nak membantu orang tu, sampaikan ramai betul orang yang tersentuh dengan Cik Beah. Nak dibandingkan dengan saya? Hem..ibarat langit dengan bumi..Selalu je tersungkur dan kadang-kadang hampir putus asa.Tapi saya tau, Dia yang cik Beah cintai dan saya jugak cintakan, sengaja pertemukan kita. Dia mahu saya ambil semangat dari Cik Beah. Dia mahu saya jadi mungkin lebih baik dari Cik Beah dan saya harap Cik Beah tak jeles kalau saya nak merebut cintaNya juga. :')

Sayang Cik Beah 

Cik Beah,
Saya suka sangat kisah yang Cik Beah share tempoh hari, iaitu kisah Nabi Ibrahim yang ditangkap Raja Namrud. Di mana setelah Nabi Ibrahim ditangkap, baginda dibakar oleh Raja Namrud. Kemudian datang pula seekor burung kecil yang membawa air dalam paruhnya yang kecil, cuba untuk memadamkan api yang marak itu. Saya tersentuh sangat bilamana burung tu tetap melakukan tugasnya (percubaan memadamkan api) walaupun dia tahu jumlah air yang dibawanya tak boleh memadamkan api, hanya kerana dia takutkan Allah menyoal apakah usaha dia untuk memadam api tersebut. Bila saya cuba relatekan dengan situasi saya alami, saya rasa sangat persis. di sekeliling saya, ada kemungkaran yang berlaku. tapi apakah saya hanya mahu melihat, menambah kemungkaran ataupun mencegah kemungkaran. Saya sepatutnya tak boleh putus asa kerana berjaya atau tidak itu semua kuasa Allah. Yang Allah lihat adalah, apakah usaha saya untuk mencegahnya. sekali lagi, dengan izin si Dia, cik Beah buat saya tersedar. Terima kasih Cik Beah. :')

Cik Beah dan kisah si burung kecil

Akhir kalam, sebelum saya mengakhiri surat ini, Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat cik Beah kerana usaha cik Beah yang banyak mencelikkan mata saya. bak kata orang-orang arab, jazakillahu khairan kathiran. Saya tak mampu nak belikan Cik Beah kereta Porsche mahupun rumah banglo 10 tingkat untuk membalas jasa Cik Beah. Cuma, yang saya mampu lakukan adalah saya mendoakan Cik Beah dan sesiapa pun di sebalik tabir dikurniakan ganjaran pahala yang sebanyak-banyaknya. Semoga Cik Beah teruskan berdakwah dan jangan sedih kalau orang pertikaikan tentang jari Cik Beah. hihi. Saya sentiasa menyokong Cik Beah. go Cik Beah go! ^_^ Sampai jumpa lagi. Wassalam. :)


yang benar,
cik la. 

Sunday 12 February 2012

Puisi Kita Untuk Mereka.



Di sana hujannya adalah peluru dan bom,
hingga rumput yang ada berwarna merah,
dan tubuh-tubuh bergelimpangan,
mendapat pangkat syuhada',

Mu'min dengan mu'min ibarat bangunan,
memperkuatkan satu antara lain,
Orang beriman itu ibarat jasad,
peha kanan dicubit, seluruh badan terasa sakit,

Maka tatkala Syria menangis,
apakah yang dilakukan oleh kita?
Yang mengaku beriman kepadaNya?

"Mustahil hendak ke sana mengangkat senjata!"
Iya, tetapi apa yang kita lakukan terhada diri kita sekarang?
Apakah kita taat kepadaNya?
Apakah kita berusaha meninggalkan laranganNya?
Apakah telah kita bina keluarga atas syariatNya?
Apakah telah kita bentuk negara di bawah lembayung petunjukNya?

Di sana darah tersembur ke udara,
meleleh ke bumi ibarat tangisan,
tetapi sebahagian yang mengaku beriman di tempat lain,
mengibarkan kemaksiatan,
dibiarkan berleluasa,

Kita kata kita saudara mereka?
"Bukan aku mampu ke sana!"
Yang ada hanya alasan demi alasan semata.
Sedang mengangkat tangan melepaskan berdoa bukanlah sesukar mana.

Atau apakah,
bius jahiliyyah selama ini,
sudah berjaya menakhluk jiwa kita?

~ HilalAsyraf of LangitIlahi ~
1530
120212
Irbid,
Jordan.


Source: Langit Ilahi

#clerkship 2

salam n hi

Alhamdulillah clerkship di Rumah Sakit Saiful Anwar dahpun berakhir. selepas ini tiada lagi hiruk pikuk, berkejar-kejaran ke hospital tiap-tiap pagi dan balik lewat malam. hal seumpama ini hanya terjadi pada mereka yang duduk jauh dari lingkungan hospital. hu.

Sepanjang 4 minggu clerkship, kami semua berjaya menjalani 4 department besar iaitu surgery, pediatric, obstetric and gynecology dan terakhir internal medicine. last entry kan dah cerita pengalaman kat dep. surgery dengan pediatric. so arini kita sambung cerita menarik sepanjang keberadaan saya di department Obs&Gyn dan Interna.

Department Obstetric and Gynecology.


Awal-awal lagi, group sebelum-sebelumnya dah bagi peringatan. "Dr kat obgyn semua garang-garang. tak nak layan klerek (yang diibaratkan dengan cicak ni). "; "weh hati-hati dengan Dr X. dia ni suka marah-marah."  dan bermaaaacam lagi khabar-khabar angin yang dibawa. terserah kat kita je nak percaya dengan membutakan hati atau tak percaya dan mahu lihat sendiri. Bagi saya, attitude kena ubah. bila kita positive, persekitaran pun boleh jadi positive. Dr. takkan tiba-tiba nak marah orang kalau orang tak buat hal. ataupun, berbaik sangkalah. mungkin Dr. oncall dari semalam, dan kepenatan. penat dan tak cukup tidur boleh mengganggu emosi seseorang, tahu? 

ObsGyn ni adalah kependekan daripada Obstetric & Gynecology. Obstetric umumnya berkaitan kehamilan, 'preggy woman' manakala Gynecology pula berkaitan masalah pada organ wanita. Yang pasti, ObsGyn ini merupakan ilmu tentang wanita dan apa yang anehnya, di department ini, majority adalah Dr lelaki. huk? tak kisah lah samada dah menikah ataupun belum. mereka ramai lelaki. Sewaktu berada di department obsgyn, ada seorang kawan lelaki yang berkongsi pendapatnya. 
"bagi aku, tak salah Dr lelaki nak ambil specialist obsgyn, sebab ni ilmu. rugilah kalau dah jadi Dr tapi kita tak boleh nak kuasai semua bidang perubatan. paling tidak yang basic. tapi, aku pun tak sangguplah nak bagi lelaki lain yang periksa wife aku nanti. lagi-lagi kat bahagian tu"
dan saya juga. walaupun saya insyaAllah bakal menjadi Dr dan saya tahu persis procedure yang akan dijalankan, saya tetap akan mencari Dr. wanita yang beragama Islam. Kalau dah tak ada pilihan jugak, tu lain cerita. hu. *sedih*

Pengalaman saya sepanjang seminggu di ObsGyn ni sangat banyak. bermula dari mendengar complaint dan history taking, pemeriksaan fizikal pesakit, hinggalah proses menyambut kelahiran. Tapi agak mengecewakan bilamana saya hanya sempat melihat satu persalinan sahaja berbanding rakan-rakan saya yang lain. ada diantara mereka menyaksikan tiga hingga lime persalinan. Tapi takpa lah. yang penting dapat pengalaman. Lagipun, persalinan yang saya saksikan, bukan seperti persalinan biasa. Persalinan yang mengambil masa hampir sejam lebih untuk si Ibu bertarung nyawa melahirkan seorang manusia.

Awalnya, para Dr beranggapan makcik kiah (bukan nama sebenar) ini bakal melahirkan bayinya secara normal kerana sebelumnya makcik kiah dah pun mempunyai 3 orang anak. jadi pada multipara, jalan lahirnya biasa dah luas dan sepatutnya persalinan akan berlangsung lancar. TAPI. tidak bagi makcik kiah. Makcik kiah mula merasakan contraction sejak jam 12 tengahari. ditemani seorang nurse di samping yang mengurut-urut perut makcik kiah. bukaan cervix, baru 4cm. kami masih perlu menunggu sehingga bukaan cervix mencecah 9-10cm. Jadi, kami pun keluar untuk menunaikan solat zohor (jam 11.59WIB) dan lunch. sekitar jam satu setengah, kami masuk kembali ke ruang KABER (kamar bersalin / delivery room). Masuk-masuk je, tengok koas tengah siapkan partus set/ delivery instruments set. iaitu alat-alat yang bakal digunakan sepanjang proses kelahiran nanti. gloves, kapas, jarum dan benang, catheter, oxytocine, lidocaine, dan bermacam lagi.
credit to google

tunggu punya tunggu, tepat jam 2 petang, bukaan cervix dah mencecah 10cm. Time to delivery!. awalnya, ada 2 orang Dr. yang berada di situ. Tiap kali terjadi contraction, Dr akan meminta si ibu meneran dengan satu nafas yang panjang. Pada awalnya, kelihatan lancar. kamipun dapat melihat ubun-ubun bayi tadi. dan semua orang di situ menyemangati si ibu. "ayuh bu! ayuh!". Sedang semua orang bersedia menyambut si bayi, makcik kiah semakin lemah. dia tak sanggup untuk meneran lagi. Dr. panic. kepala bayi yang mula kelihatan tadi masuk kembali. Dalam beberapa saat, bilik itu dipenuhi sekitar 5 hingga 6 orang Dr Obgyn. Mereka cuba membantu si ibu. malangnya, si ibu benar-benar lemah. dia tidak boleh meneran dengan satu nafas. nafasnya pendek. Jam terus berjalan dan menunjukkan nombor 3. Kelihatan Dr Pediatric sudah tiba, siap sedia untuk menangani sebarang complication yang bakal terjadi kepada bayi itu nanti. Disebabkan condition sang ibu yang semakin lama menjadi lemah, dan episiotomy juga telah dilakukan tetapi bayi tetap tidak dapat dikeluarkan, para Dr. obgyn sepakat untuk melakukan vacuum. 
credit to google

Dua orang Dr. mengambil posisi masing-masing. sorang siap meng-vacuum kepala si bayi, seorang lagi siap menyambut bayi. Namun, percubaan pertama gagal. lalu diganti oleh Dr yang lain. dan Alhamdulillah pada percubaan kedua, bayi berjaya dikeluarkan dan langsung di sambut oleh Dr pediatric. Semua orang menarik nafas lega dan bersyukur. Namun, kelegaan tadi tak lama bilamana, bayi yang dilahirkan tidak menangis dan tidak boleh bernafas spontan. Dr dan nurse melakukan suction untuk mengeluarkan cairan yang terdapat di rongga pernafasan. Setelah melakukan suction, bayi tetap tidak bernafas.
credit to google

Dr segera memanggil sang bapa untuk memberitahu keadaan si anak yang sedang kritikal. Sang bapa kelihatan sedih dan bibirnya terus mengucap istighfar berulang kali. 

"Sabar ya pak, Dr akan cuba melakukan yang terbaik pada bayi bapak tapi bapak teruskan berdoa", hanya itu yang mampu dikatakan. 

Si bapa mengangguk perlahan. 

Kemudian, si bapa bertanya lagi, "Dr, kondisi ibunya gimana Dr? apakah ibunya selamat?"

"iya pak. ibunya selamat pak. tapi kondisinya agak lemah"

"iya, ga papa doc, yang penting ibunya selamat. Alhamdulillah"

kitorang kat tepi, rasa nak nangis je tengok bapak yang begitu redha dengan ketentuan Allah. takde dia nak meraung-raung atau marah-marah, malah yang dikhuatirkan adalah keselamatan si isteri yang tercinta. Dan yang lagi membuatkan kami kagum, si bapa tak putus-putus mengucapkan nama Allah dan mukanya tetap tenang.

Melihat proses persalinan yang panjang dan terseksa tadi, membuatkan saya teringat mak. teringat betapa nakalnya saya sebelum ini sehingga pernah membuat hati mak terluka. tega nya saya. walaupun nakal saya ketika zaman jahiliyah dahulu kala, tapi saya tetap terasa kalau boleh berpatah balik ke masa lalu, saya akan tampar muka saya yang dahulu. huhu. *over*

Pengorbanan si ibu sangat besar. Biar apapun kekurangan ibu kita, terimalah. kerana manusia tiada yang sempurna dan bersyukurlah kerana kita masih ada ibu. Kalau ibu minta tolong, ringankanlah tubuh badan untuk membantu. ibu semakin lama semakin tua. sudah tidak kuat melakukan semua perkara. Jadi apa salahnya kita pula yang meringankan bebanannya. Dan sekiranya ibu sudah tiada, pastinya dia mengharapkan doa dari anak-anaknya yang masih hidup untuk membantunya di sana. Kan sabda baginda, “Apabila matinya seorang anak Adam itu maka terputuslah segala amalan melainkan 3 perkara,ilmu yang bermanfaat,sedekah jariah dan doa daripada anak2 yg soleh.”



Pepatah melayu ada menyebut,melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Anak2 kita suatu hari nanti(insyaAllah..) ibarat kain putih. Terpulanglah kepada ibu bapa mereka yakni kita untuk mencoraknya. 
Tak kisahlah nak warna hijau ataupun biru tetapi jangan warna pink pulak kan. Bagi saya, saya lebih sukakan‘hijau’ warna syurga kerana hijau itu ‘indah’. Tetapi terpulanglah kepada sahabat2 sekalian untuk mendidik anak-anak kita suatu hari nanti.
Tetapi, jika kita mahukan anak yg soleh kita perlu mendapat pasangan yg soleh ataupun solehah kan? Sebab apabila genetik soleh bertemu dengan genetik solehah, insyaAllah akan lahirnya anak2 yg soleh yg akn mjadi kader2 ISLAM suatu masa nanti… pesanan baik muslim
Kita sekarang bukan proses menCARI yg soleh/hah tetapi proses menJADI soleh mahupun solehah. Oleh itu, sy menyeru sahabat2 sekalian men…bla23.(fikir2kan lah).. Setakat ini perkongsian untuk kali ini dan selamat beramal?

statement atas ni saya copy dari sini.(Ahsan Nas)


Jadi, Jom jadi anak yang soleh/solehah!

Sebenarnya ada lagi kes menarik yang lain. tapi malas nak panjang-panjang dalam entry ni. hehe. *spoil kan penutup ni. huhu. akan berusaha lagi di lain waktu. :P* 

Department Internal Medicine (Paru)
yang ini, sambung di entry yang berikutnya je la. haha. ok daa~ wassalam. :D

Saturday 11 February 2012

Sisters: Bidadari Dunia – Jangan Lembik. Binalah Kekuatan!

Satu perkara yang sering saya perolehi apabila membuka peluang kepada para wanita mengutarakan soalan adalah, permasalahan dalam percintaan. Pelbagai situasi, tetapi boleh dikatakan majoritinya mempunyai masalah yang sama.
Terlalu mudah membiarkan hati disentuhi.
Saya amat memahami bahawa perempuan biasanya mempunyai jiwa yang lebih lembut berbanding lelaki. Bukanlah penulisan kali ini adalah untuk kita menafikan itu semua. Tetapi adalah untuk mengajak kita membina sebuah kerangka prinsip, pemikiran untuk menggunakan kelembutan itu pada tempat yang sepatutnya.
Bukanlah semua tempat perlu kita lembutkan hati kita.
Dan semestinya, bukanlah di semua tempat perlu kita keraskan jiwa kita.
Merasa diri itu mahal.
Satu saya suka untuk saudari-saudari saya punyai adalah ‘merasakan diri mereka mahal’. Saya sentiasa percaya bahawa perempuan adalah mahal. Maka kerana mahalnya perempuan ini, saya sentiasa memandang bahawa mereka adalah makhluk yang terhormat. Kerana itulah saya yakin, Islam menjaga perempuan pada tahap yang tertinggi sekali.
Pada zaman perempuan banyak menjadi hamba dan simbol seks, Islam adalah yang menyelamatkan maruah wanita dan menjadikan mereka terhormat di sisi lelaki.
Maka semestinya, perempuan sendiri yang perlu memilih. Apakah mahu mengambil jalan kehormat ini, atau mahu kekal menjadi ‘murah’? Kerana jelas, Islam bukan satu agama paksaan. Islam adalah jalan hidup pilihan. Pilih Islam, begini dan beginilah yang perlu diikuti. Kita akan dapat kesannya, balasannya, ganjarannya. Pilih selain Islam, begitu dan begitulah yang akan terjadinya. Kita akan terkena kesannya, akibatnya, balasannya.
Sekiranya memilih untuk hidup dalam penghormatan, maka perlulah merasakan bahawa diri itu terhormat, mahal.
Jangan mudah-mudah sahaja membuka hati untuk semua orang.
Lebih-lebih lagi untuk yang tidak diketahui asal usulnya. Dari alam maya contohnya. Yang suka-suka sahaja mengorat kita di tengah jalan. Yang tidak pun melamar kita dari pintu hadapan(ibu bapa). Jangan.

Maka binalah prinsip yang jelas dalam berperasaan.
Saya menjumpai di dalam hidup ini dua jenis perempuan.
Satu yang terlalu mudah sangat menerima.
Kedua yang terlalu sukar sangat membuka hati.
Kedua-duanya tidak elok. Saya melihat permasalahan ini berpunca daripada tiadanya prinsip yang jelas dalam urusan perasaan. Di sinilah kita perlu melihat semula prinsip kita. Apakah prinsip kita?
Soalan pertama yang perlu ditanya adalah – Apakah kita punya prinsip?
Selepas itu baru kita melihat, bagaimanakah prinsip kita.
Sepatutnya di dalam diri kita, sudah ada penggarisan – lelaki yang bagaimana ingin kita jadikan suami?
Daripada penggarisan itulah kita hanya membuka jiwa kita kepada yang selayaknya. Untuk menjadikan perkara ini realistik, maka janganlah meletakkan level yang terlalu tinggi. Hendak seperti Nabi layaknya, Malaikat contohynya, nyata itu hanya menyukarkan keadaan. Perlu difahami bahawa perkahwinan, rumah tangga itu adalah mutualisme, yakni perlu lengkap melengkapi. Maka letakkanlah level yang sederhana, pada masa yang sama kita juga mempertingkatkan diri kita, akhlak kita, rohani kita, minda kita.
Ciri lelaki sahaja tidak mencukupi. Perlu letakkan di dalam diri kita penggarisan – Maruah Seorang Aku.
Yang ini, letakkanlah di level yang tinggi sedikit. Maruah, semestinya tidak patut diletak rendah.
Maka apakah anda ini bermaruah sekiranya dengan mudah menerima lamaran ‘lelaki soleh’ yang dikenali semata-mata di dalam ‘Facebook’? Tidak. Jangan letakkan level maruah anda sedemikian. Letakkan tinggi lagi. Yang melamar anda mestilah jelas identitinya, bertemu dengan kedua ibu bapa/penjaga anda. Yang jelas latar belakangnya.
Apakah anda ini bermaruah sekiranya membenarkan diri di’test’ terlebih dahulu? Dilayan sudah seperti isteri, kemudian baru berkira-kira hendak diambil sebagai isteri yang sah? Jangan. Sesekali jangan. Letakkanlah level itu tinggi lagi. Yang ingin menjadikan anda isteri mestilah yang ada maruah juga. Bukannya yang senang-senang sorong anak dara orang ke hulu-hilir. Yang ada peribadi. Walau tidak menghafal 30 juzu’ Al-Quran, tidak hari-hari qiamullail, tetapi punya adab dan kesopanan yang baik.
Dan apa yang paling penting, setkanlah juga di dalam diri itu perkara ini – Segala apa berkenaan urusan percintaan dan perkahwinan diri aku, mesti Ibu Bapa aku tahu.
Ya. Ini semua untuk menjaga diri kita dari membuat keputusan yang silap. Bukanlah saya mahu katakan yang ibu bapa 100% betul. Tetapi bila adanya pandangan daripada yang lebih tua, kita akan dapat satu pandangan lain untuk menimbang pandangan-pandangan kita. Kita tidak pernah tahu bila kita akan terlalu mengikut perasaan sangat.
Begitulah. Saya melihat, saudari-saudari saya perlu mempunyai perkara ini. Untuk menjaga diri anda juga agar tidak terjebak dengan sebarang penipuan, sebarang keburukan, dosa dan maksiat.
Memandangkan hati kita ini lembut, maka semestinya perlukan penjagaan yang rapi, bukan?
Maka inilah dia penjagaannya.
Perlu ada prinsip yang jelas.
Gariskan prinsip anda.
Jangan terlalu mudah menerima!

Tetapi jangan sampai terlalu ekstrem.
Biasa melihat perempuan yang meletakkan bakal suaminya mestilah yang rajin qiamullail, yang hafal 30 juzu’ Al-Quran, dan sebagainya?
Saya tidak mahulah kata ini nasihat saya, tetapi apa yang saya bakal nyatakan ini adalah nasihat daripada bapa saya. Dahulu, saya juga begitu. Mahu isteri yang hafal Al-Quran 30 juzu’, mahu yang mengaji agama dan sebagainya. Tetapi bapa saya menasihati saya:
“Jangan letak level tinggi sangat. Bersederhanalah.”
Ya. Bersederhanalah. Ketahuilah bahawa di dunia ini tiada yang sempurna sebenarnya. Saya sentiasa berfikir akan nasihat bapa saya itu, dan saya dapat menyelami kebenarannya.
Sekiranya kita mampu bersederhana dalam meletakkan level bakal pasangan kita, insyaAllah kita mampu bahagia. Kerana, bila level yang kita letakkan itu sederhana, maka apabila dia ‘lebih’ baik, itu sudah jadi bonus buat kita. Sekiranya dia nanti ‘ada’ kelemahan, maka kita nyata telah bersedia kerana kita letakkan level yang sederhana untuknya sebelum ini.
Tetapi, sekiranya kita letakkan level yang terlalu tinggi, hendak dapat pasangan pun belum tentu. Keduanya, manusia ini nyata akan ada cacatnya. Nanti bila kita nampak kecacatannya, kita akan rasa – ini bukan macam yang aku mahu! Dan seterusnya akan membawa kepada masalah dalam rumah tangga pula.
Maka, prinsip kita, janganlah sampai terlalu ekstrem.
Sederhana.
Biar sesuai dengan realitinya sebuah dunia.

Penutup: Biar keimanan memandu perasaan.
Sebab itu akhirnya, saya menyeru kepada saudari-saudari saya agar perkukuhkan kefahaman berkenaan agama Allah SWT. Sentiasalah bersama-sama dengan wanita solehah yang anda kenali. Duduklah di dalam suasana yang membawa hati dan diri itu lebih mendekati Allah SWT.
Dari situ, anda akan dapat menghayati kehidupan ini dan mempunyai prinsip yang jelas.
Hingga apabila sampai waktunya untuk anda membuat pilihan, sampai masanya ada yang melamar anda, sampai ketikanya ada yang ingin mendekati anda, menyentuh jiwa anda, maka anda punya prinsip itu untuk menjaga anda di atas jalan yang selamat.
Anda akan sentiasa pulang kepada Allah SWT, sebelum membuat keputusan. Cinta anda, perasaan anda, dipandu keimanan. Barulah ketika ini istikharah itu terasa berkesan, doa itu terasa berfungsi, dan rintihan anda kepada Ilahi itu terasa didengari.
Saya sentiasa melihat, perempuan itu mahal.
Tetapi apalah yang saya boleh lakukan?
Solusinya, perempuan sendirilah yang perlu merasa dirinya mahal. Perempuan sendirilah yang perlu menjaga diri mereka.
Saya, seorang lelaki ini, hanya mampu memberikan pandangan dan idea semata-mata.
Janganlah terlalu lembik. Binalah kekuatan.
Janganlah terlalu ekstrem. Binalah kesederhanaan.
Semoga saudari-saudari saya lebih terjaga, lebih bahagia.
InsyaAllah.
Mari Menjadi Hamba, wahai bidadari dunia!
Source: Langit Ilahi

hati 1: pesan murabbi, Allah akan sentiasa menguji kita sesuai kemampuan kita. bila kita sering tewas dalam hal berkaitan hati, Allah akan terus menguji kita hingga kita benar-benar mampu menangkis virus-virus hati yang tidak benar.

hati 2: hati-hati memberi hati, berilah hati kepada si jejaka yang berani. iaitu si dia yang tampil di depan sang wali.

hati 3: pesan seorang ibu, berdoalah. nescaya Allah mendengarkan. "Ya Allah kurniakanlah buatku seorang pasangan yang lebih baik agamanya  daripadaku agar dia mampu membimbing diriku dan bersama-sama menjalani jalan menuju ke syurgamu."