Followers

Tuesday 17 April 2012

Short Update

salam n hi

Alhamdulillah setelah setahun lebih saya berkecimpung dalam persatuan, akhirnya kami bersama-sama meletakkan jawatan secara rasmi. Bebanan dan tanggungjawab yang berat terasa menjadi ringan terutamanya pada bahu yang memikul selama ini, sebaik sahaja ungkapan "dengan ini, organisasi P**** CM sesi 2010/2011 dibubarkan" disebut oleh cik pengerusi majlis, hanya kesyukuran saya panjatkan kepada Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allahu Akbar!

Saya akui, sepanjang keterlibatan saya dalam organisasi, tekanan buat diri saya teramatlah tinggi. mungkin kerana saya terlalu kurang pengalaman, dan saya sangat naif dalam hal-hal berkenaan pentadbiran. Dan belum campur lagi politik-politik yang dimainkan dalam persatuan serta dugaan hidup yang timbul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Pernah sekali, saya cadangkan kepada salah seorang pimpinan tertinggi, "saya mahu meletakkan jawatan. saya tak boleh bekerja dengan persekitaran dan orang sebegini. ". Namun, rakan saya puas memujuk, "kita dah mula, kita kena habiskan.bertahan..tinggal sikit je lagi. " Sampai satu saat, saya menangis kerana tidak tahan dengan tekanan yang menimpa. Apa yang boleh saya buat untuk memujuk cik hati yang kesedihan ini dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Pernah juga, saya mengaji dengan air mata laju turun di pipi. Saya kena kuat. saya kuat. Tiap masa, saya bisikkan ayat-ayat cinta dari Allah kepada cik hati supaya lebih tabah. 

"Allah tak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" QS 2:286
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya mampu bertahan sehingga akhir. Dia beri kekuatan kepada saya untuk menghadapi pelbagai ujian yang diberikan kepada saya. Alhamdulillah, Allah is so sweet. :')

Kalau nak kata pengalaman, mungkin tidaklah sebanyak yang orang lain dapatkan. tapi Alhamdulillah pengalaman tersebut cukup banyak terselindung hikmah buat diri saya. Dan pengalaman tersebut bukan hanya perkara yang saya lalui ketika dalam persatuan, tetapi juga sepanjang cuti yang lalu dan senang kata, sepanjang hari. Banyak sangat perkara yang Allah cuba tunjukkan kepada saya. yep. Dan saya sangat percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmah yang terselindung disebaliknya. Selagi kita meletakkan keyakinan yang tinggi dan harapan kepada Allah, kita tak mudah kecewa. apetah lagi merapu-rapu melayan tekanan sampai bunuh diri. nauzubillah.


p/s:sekadar update ringkas. lama tak menulis, rasa kaku. semoga rakan-rakan semua sentiasa berada dalam perlindungan Allah. amin.

bersama barisan MT organisasi lama.


Bersama teman-teman yang sangat mendukung saya selama ini. I'm touched. :')

bersama teman rapat saya, SU kumnoma n LA. :)