Followers

Thursday 11 September 2014

sketsa kehidupan 1

"kau orang dah kenapa nak menangis kat sini?" tegas si ayah pada si bongsu yang teresak di sisi bonda yang mengalami penurunan tahap kesedaran. Aku berdiri di hujung lif, menemani pesakit yang mahu dijalankan pemeriksaan ct scan dari ward kami di tingkat 7. jam menunjukkan sekitar 2 pagi. diam. staff nurse ku juga berdiam.

"kalau nak nangis kau orang balik lah. "

"dulu, waktu mak kau sihat, kau tak hiraukan." sambung si bapa.

si bongsu semakin kuat bunyi tangisan. si abang di sisi, mengusap lembut bahu adiknya.

 sketsa kehidupan. yang turut menampar jiwa-jiwa lain yang berada di dalam lif di dinihari tersebut.

lumrah manusia.

bila ada, kadang sukar mahu hargai. bila tiada, merayu pada sang pencipta supaya diberikan peluang sekali lagi.

kerana itu, Allah mahukan kita sentiasa bersyukur.

walaupun berdepan dengan kesulitan, kena bersyukur.

kerana disitu Allah berikan kita pengalaman untuk berdepan dengan cabaran. Jalannya sentiasa ada selagi kita tak putus harapan pada Allah. tuhan yang maha esa.

nite. wassalam.

No comments: