Hari isnin, semua orang sibuk sedang bekerja. Saya juga tidak terkecuali disibukkan dengan tugas dari pagi hari. Visit patients, ward round dan sepatutnya ada discussion dengan supervisor, dan ternyata tak jadi. Mungkin Dr specialist tersebut ada pekerjaan yang lebih memerlukan waktunya. Dan saya sendiri hari ni mata berat semacam, susah betul nak focus. Habis meeting tadi malam lambat, sampai rumah jam 12 lebih. ha..hambik..huhu..Gara-gara tak tahan sangat, saya nak short nap dalam 5-10 menit ke? Boleh kot..Langsung saya menuju ke kamko (baca: bilik yang disediakan buat doktor muda berehat). Nampak katil, terus baring sambil bukak buku. Ting. Tau-tau terlelap. Bila bangun, ada sorang doktor PPDS (baca:MO yg sedang ambil program specialist) perempuan duduk di hujung katil. Dia pun kata nak lelap sekejap. Kalau saya penat, mereka pasti double penat. Bukan hanya dia, waktu ward round tadi pun ada doktor lelaki ni jalan terhuyung hayang. Post oncall tadi malam. Ngantuk sangat katanya.
Nah, ini sedikit sebanyak cebisan kisah kehidupan saya di sini. Penat tu dah macam aur dengan tebing dan hampir kebanyakan orang menunjukkan pola habis oncall, rasa mengantuk tak terhingga dan balik dari kerja sekitar jam 3 petang langsung collapse. Ada yang collapse sampai esok pagi, ada yang collapse sampai solat pun collapse. Parah sangat kah kerja sang doktor?
Ada yang pernah mengadu ke saya, "saya penat.penat sangat...tolong bagi saya kekuatan". Allah.. Bukan saya yang dapat berikan kekuatan. Kekuatan tu dari Allah, mohonlah kepadaNya. Saya akui, hampir seluruh waktu kita, dihabiskan di hospital membuat kita berasa sangat penat..jasad kita serius penat. Tapi bila kita tido insyaAllah jasad kita akan kembali segar. Tapi, yang jarang orang perhatikan adalah jiwa yang kepenatan. Tiap hari dibebankan dengan stress, gangguan emosi di tempat kerja dan sebagainya, tapi jarang yang cuba untuk memulihkan jiwa atau ruh kita. Malah dibebankan pula dengan maksiat yang kita anggap santai, menghiburkan hati dan menenangkan jiwa. Semakin lama ruh kita makin melarat. Semua kerja yang kita buat ada saja yang tak kena. Kena marah dengan orang atasan, mintak bantuan daripada rakan-rakan tiada yang peduli. Tertekan. Depresi. Murung. Cepat marah. Berdendam.
"Akak kenal tak Yoyoh Yusroh?", murabbi saya yang lebih muda dari saya bertanya kepada saya. "Aktivis dakwah di Indonesia kan? Akak pernah nampak kak alia baca buku tentang dia, kenapa?"
"Haaa..betul la tu..hihi..akak tau tak dia ada 13 orang anak yang Alhamdulillah berjaya semuanya, dia jugak seorang dosen dan dia adalah orang yang saaaangat aktif dalam masyarakat DAN dia ada waktu untuk mengaji satu hari 3 juzuk.", murabbi saya yang comel tersenyum kambing? :p
"Seriously?"
"A ah..dan orang-orang ramai yang tanya, macammana dia ada waktu untuk mengaji 3 juz tiap hari bilamana kehidupan dia kalau dibayangkan oleh sekitar adalah super sibuk. "Senyum lagi.
Saya diam.tunggu jawapan.
"Dia cakap, bukan macammana dia cari waktu untuk ngaji, tapi dia kata kalau dia tak ngaji sehari 3 juz, dia rasa dia tak dapat melalui hari-hari dia yang super sibuk"senyum sang murabbi bertambah lebar denga mata sepet.
Zuupp.tajam.tertusuk dalam hati.
Kita sering mahukan kekuatan, tapi begitu sombong mahu meminta dari Allah. Ada jugak kisah yang saya dengar, seorang hamba Allah ni,dia suka pasang ayat orang mengaji tiap kali membawa kenderaan. Baginya alunan ayat-ayat tersebut sangat menenangkan hati. Sangat memberikan dia kesegaran meskipun waktu itu, dia sangat tak berminat untuk membaca Alquran. Tapi tiada siapa yang tahu perancangan Allah. Dimana pada suatu masa yang telah ditetapkan, Allah telahpun bukak hati dia untuk membaca dan menghayati Alquran sendiri. Subhanallah kan? ^^
Pernah satu hari, sedang saya bekerja di ward, saya terlihat sorg akh asli indonesia yang merupakan kakak bimbingan waktu tahun pertama, kami bertegur bertanya khabar. Maklumlah senior saya yang seangkatan dengan beliau semuanya sedang houseman (HO).
"dik qilah, gimana? Masih ikut usrah?"
Terkejut. Rasanya terakhir berhubung waktu orientasi student baru empat tahun yang lalu dimana beliau adalah fasilitator kelompok kami. Tahun 2008. Rasanya tak pernah saya ceritakan tentang bulatan gembira yang saya hadiri kepada beliau. Dan tahun 2008 bukanlah tahun saya disapa oleh tarbiyah.
"Alhamdulillah mas, insyaAllah masih"
"Alhamdulillah. Biasanya yang sering saya lihat, kalo pas koas banyak yang udah ga ikut usrah"
"Semoga ga ya mas." Saya minta diri untuk meneruskan pekerjaan saya yang masih belum selesai.
Saya akui, awal saya menerima tarbiyah sangat sulit. Saya bekas budak sekolah agama yang rebel. Banyak perkara tak matang sering saya rebelkan. Orang memperkenalkan sesuatu yang kita dah tau, jarang kita berminat. Tapi saya bersyukur, Allah menghantar orang-orang yang tak pernah putus asa untuk mendekati saya. Orang-orang yang berlumba untuk menjadi asbab saya mendapat hidayah. Alhamdulillah summalhamdulillah. Berlinang air mata. Meskipun awal penglibatan saya dalam usrah sering bekejar dengan waktu. Isnin nak exam, tak boleh usrah. Saya nak study. Haikkatnya, bukanlah hujung minggu tersebut saya habiskan untuk study. Ada juga waktu untuk main game, tido.alasan. Yep. Hanya sekadar mencipta alasan. Tapi syukur, mak (panggilan buat murabbi kami yang pertama) tak pernah putus asa. Sedangkan beliau lebih sibuk dengan urusan di hospital (beliau adalah student tahun akhir dan kami tahun ketiga). Meskipun awalnya terasa terpaksa, saya cuba untuk bertahan menghadiri tiap bulatan gembira jugak, dan Alhamdulillah, melalui bulatan gembira, Allah beri saya kekuatan. Dari situ juga Allah berikan saya kasih sayang, ukhuwwah, kefahaman dan kematangan. alhamdulillah.Alhamdulillah.
Seringkali saya ingatkan diri sendiri terutamanya, kekuatan tu semuanya dari Allah. Bila rasa something wrong somewhere, check balik HDA, hubungan kita dengan Allah. Sering-sering untuk muhasabah diri. Sentiasa betulkan niat tiap kali bangun tido. Tiap kali nak buat kerja. InsyaAllah Allah akan beri kekuatan tu kepada kita. Allah tu arrahim, maha penyayang. Dia sayang kita. Dia sentiasa care kita. Tiap hari tengok kita. Dia jugak sentiasa pastikan apa yang kita lalui tiap hari adalah sesuatu yg kita mampu jalani. So, jangan pernah segan silu untuk memohon sesuatu kepada Allah.ok? ;)
Ilal liqa', ma 'assalamah, fi hifzillah wa fi amanillah, wassalam. ^^

186. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. |
Surah albaqarah ayat ke 186.
Ilal liqa', ma 'assalamah, fi hifzillah wa fi amanillah, wassalam. ^^
No comments:
Post a Comment