Followers

Wednesday, 20 June 2012

life in a new phase

salam n hi

Alhamdulillah wa syukrulillah..akhirnya waktu yang dinanti telah tiba. tugas dan tanggungjawab yang digalas juga semakin bertambah.. gelaran dokter muda terpahat di nametag yang tersemat di poket atas baju putih. Allahu Allah..

Sebelumnya, perancangan mahu bersenang lenang dirumah sambil membuat persiapan sebelum masuk hospital, terpaksa diubah. saya harus ke Medan untuk pertemuan wakil pelajar-pelajar Malaysia yang berada di seluruh Indonesia. dari hujung acheh hingga makassar, semuanya datang berkumpul di Medan. Berat hati juga mahu ke sana pada awalnya. Tapi, itulah, kita hanya merancang, namun Allah yang menentukan. 

Selama 3 hari di Medan (jumaat sampai ahad) buatkan saya tak tentu arah. persiapan belajar lagi, sebabnya isnin akan ada pretest. cuak jugak kalau-kalau flight delayed ke apa kan. naye. mau kena extend department. dan Alhamdulillah, akhirnya kami sampai kembali ke Malang, pagi isnin jam 1 pagi. penat. sumpah penat. Jam 6 dah nak gerak pergi hospital dengan mental dan physical yang tak terlalu bersedia. Saya, yakinkan pada diri, apa yang saya lalui adalah sesuatu yang saya mampu. semangat!

Alhamdulillah sampai hari ini sudah 3 minggu saya di neurologi. Banyak perkara yang dah saya lalui. Proses adaptasi buat diri saya juga ambil waktu yang agak lama. terkejut. atau bahasa omputih. culture shock. beza sungguh cara belajar dan hidup waktu di campus dan waktu di hospital. Tekanan tu, hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah disebalik dugaan yang diberikan, turut disertakan bantuan dari Allah juga. Allah mengutus orang-orang yang baik untuk membantu saya sepanjang berada di department neuro. mahu hidup bersendirian? haih..mau masuk department psychiatry agaknya. huhu. Tapi hari berganti hari, hidup semakin dipermudahkan. Semangat nak menuntut ilmu jangan pernah sekali-kali berasa malas. rugi sangat. apa yang kita belajar di hospital, bukan hanya untuk diri kita, tapi untuk masyarakat juga. Kita bukan hidup untuk diri sendiri.ingat. bak kata ustaz hasrizal, erti hidup dalam memberi. tapi nak beri apa kalau kita sendiri tak cukup bekal untuk memberi. ;)

Baki di department neuro tinggal seminggu lebih, semoga sisa hari yang tinggal dapat dimanfaatkan sepenuhnya. abaikan kata-kata physiol atau pathol yang sering ditujukan kepada dua jenis kelompok koas. Kita hidup bukan kerana mau pujian dari orang, mati kerana makian orang. hiduplah kerana Allah, dan bersemangatlah dalam usaha mengubati jiwa dan fizikal patients kita. Semoga Allah Redha! :)


Sunday, 13 May 2012

Malang.

Assalamualaikum n hi.

Kalau cakap pasal Indonesia, pastinya, ramai rakyat Malaysia akan menyebut nama-nama kota seperti Bandung dan Jakarta. Well, tak de la terkejut pun, since both cities were very synonym with shopping. Tapinya, tujuan utama saya menulis pada hari ini adalah bukan kerana mahu bercerita tentang bandung atau jakarta. tapi, kota lain. yakni malang. Kalau surabaya tu, saya percaya masih ramai yang mengetahui kewujudan kota tersebut. tapi bila sebut malang, mulalah semua nak repeat balik word 'malang' sambil mengangkat kening lalu menggerakkan kepala ke depan. hu. dan saya dah biasapun. 

Malang ni berdekatan dengan surabaya dan ianya tak de lah bermaksud malang atau nasib buruk. tapi mengikut kepercayaan masyarakat setempat, malang ni merupakan nama sebuah bangunan suci di jawa timur. Wallahu a'lam.

Jatuh hati

Saya jatuh hati dengan malang kerana cuacanya yang sejuk dan agak berbeza dengan cuaca di Malaysia. Walaupun saya sangat teringin merasakan suasana bersalji, tapi saya percaya, Allah mentakdirkan saya di Malang kerana ketidakmampuan saya untuk beradaptasi dengan cuaca yang extremely sejuk. *Alhamdulillah * Pernah satu ketika, disaat malang mengalami musim yang sueejuk (baca: sejuk teramat), saya hampir jatuh sakit. kaki dan tangan rasa beku.  belum lagi dapat salji.heh.

Bila ingat-ingat balik, saya merasa ada hikmah disebalik keberadaan saya di negara seberang ini. Dulu, saya akui, saya sangat bersikap racist? err..nationalist? Saya tak terkecuali dalam golongan yang pernah membayangkan seluruh rakyat negara mereka seperti mereka yang datang mencari rezeki di Malaysia. Belum lagi membayangkan gempa, gunung berapi dan sebagainya. Tapi, inilah yang dikatakan Allah lebih mengetahui dari apa yang saya tahu. tup tup, Saya dihantar untuk melanjutkan pelajaran di sini. atau dengan maksud lain, diberi peluang untuk mengenali rakyat Indonesia dengan sesungguhnya. MasyaAllah. ternyata, sangkaan saya selama ini meleset sama sekali. Banyak orang yang hebat telah saya temui di negara ini. Dan yang lagi saya respect sangat, betapa banyak orang-orang yang pandai dan tak lokek untuk berkongsi ilmu mereka dengan mereka yang kurang ilmu. eh? 

Sikap masyarakat sini yang bersopan sangat menawan hati saya. Kadang-kadang, pagi-pagi bila berjalan dan melewati makcik atau pakcik atau atuk atau nenek..er..senang cerita tiap kali terserempak golongan yang lebih tua, bila kita tegur, mereka tak pernah lokek memberi senyuman. Bukan setakat masyarakat setempat, tapi mereka yang bekerja di kedai makan, bank, mall, even pak satpam pun sangat mesra alam . Dorang pasti akan greet kita dengan senyuman yang manis bergula. Tipu la kalau nak kata semua orang baik. hu. tapi jika kita mahukan hidup yang positif, lebih baik kita fokus terhadap hal-hal yang positif. ye dak? huhu. bak kata nora danish, yang penting kita enjoy. err. tak jugak. yang penting kita bersyukur. haa. much more better. ;)

Isu

Tiap kali ada isu antara dua negara (Malaysia dan Indonesia) yang sangat berperanan penting adalah media. Kalau media menghidangkan hal-hal yang negatif, maka negatif la minda masyarakat tersebut berkenaan isu yang berkaitan. yang Malaysia kata camni camni camni, yang Indonesia kata camtu camtu camtu, Kadang, bila saya sebagai seorang-yang-rasanya-lebih-mengetahui-keadaan-di-sini-berbanding-rakan-rakan-di Malaysia-yang-hanya-berkitabkan-media cuba memperjelas atau ajak berbincang, ada yang mengatakan, 
"alah, kau tu sebab belajar sana, tu yang hipokrit lebih. nak defense dorang apehal?"
"kau ni tak bersikap patriotik. tarik biasiswa karang!", kata seseorang yang mungkin telah transform sebagai pegawai MARA secara tiba-tiba. hu.

dan bermacam-macam lagi lah kata-kata manis yang dikeluarkan dari mulut "comel" mereka. nak kata geram, ada sikit la. tapi rasanya lebih merasakan kasihan kepada mereka. Walaupun negara kita maju, bukan bermakna pemikiran rakyatnya semua maju. er. Saya cuma mendoakan semoga satu hari nanti, mereka-mereka yang terlalu bersikap prejudis ni diberi peluang untuk mengenali antara satu sama lain. Bagi saya, kita semua saudara selagi kita berpegang pada aqidah yang sama. tak kira lah dari negara manapun. kalau omputih atau orang korea atau jepun, cepat nau ye ngaku sedara. -_-"

Kehidupan saya di Malang, Alhamdulillah sudah mencecah 4 tahun dan terasa kejap pulak masa berlalu. hu. Jujur sekali, banyak hal yang telah saya pelajari dan di sini jugak permulaan diri saya ditarbiyah. Bila kira-kira balik, sisa tempoh saya belajar pun tinggal setahun setengah je dan baaaanyak lagi benda yang belum diexplore. So, haruslah optimalkan waktu yang tinggal ni dengan sebaiknya. ye dak? ^_^

ok la.sampai sini dahulu. jumpa lagi. Wassalam.

p/s: Malang? takdelah nak malang sangatlah~ ^_^
senja di malang

Monday, 7 May 2012

duhai pemuda dan pemudi

Salam n hai everybody! :)
tengah study checklist pediatric tadi, Allah gerakkan hati menonton video ni. pastu rasa sangat BEST pengisian video ni..so nak share dengan rakan-rakan yang lain. insyaAllah video ni sangat bermanfaat untuk kita semua ;)



rajin-rajin, silalah melawat ke laman web hilal asyraf ---> langit ilahi

p/s: jangan bazirkan masa muda kita dengan perkara-perkara yang tak berfaedah dan mari kita pecahkan kitaran kebodohan ini! ^_^

Saturday, 5 May 2012

Punk Bertaubat





DENGAN mengenakan pakaian seragam polis, 65 pemuda punk itu berjalan dalam tiga barisan lurus. Mereka bergerak menuju ke dataran Kompleks Sekolah Polisi Negara (SPN) Seulawah di Aceh Besar, Sumatera, Indonesia.
Melangkah penuh disiplin, mereka kemudian duduk bagi mengikuti sesi kaunseling membina jati diri yang dikelolakan oleh Majlis Permusyawaratan Ulama (MPU).
Di situ, mereka tidak dilayan sebagai pesalah sebaliknya digelar pelatih memandangkan mereka dikehendaki mengikuti sebuah modul pemulihan akhlak dan jati diri dalam tempoh tertentu.
Pada sesi itu, beberapa remaja kelihatan menundukkan kepala sambil mengesat air mata. Selama 10 hari mengikuti kem motivasi diri itu, mereka diajar menguruskan kehidupan dengan lebih baik yang semestinya berteraskan agama Islam.
Sama ada terpaksa atau atas kerelaan sendiri, rata-rata komuniti punk Aceh itu mengaku menyesal atas kealpaan mereka selama ini.
Pada 10 Disember lalu, 65 remaja dan belia punk itu ditahan ketika mereka menghadiri konsert punk di Banda Aceh.
Golongan punk umumnya tidak diterima oleh masyarakat Aceh.
Malah, lelaki tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang di wilayah yang melaksanakan undang-undang syariah itu apatah lagi membuat rambut tercacak.
Rantai anjing
Semasa ditahan, kesemua mereka didapati memiliki elemen budaya liar punk. Kebanyakan mereka mempunyai tatu di badan, bertindik, memakai gelang anjing, berbaju compang-camping, berseluar ketat dan berambut trojan.
Budaya sebegitu sememangnya tiada toleransi di Banda Aceh. Sejurus ditahan, mereka dikurung di dalam sebuah lokap. Pakaian, subang tindik dan rantai anjing mereka dibuang.
Selepas itu, kepala lelaki punk itu dicukur sehingga botak, manakala rambut perempuan dipotong pendek seperti polis wanita.
Pelatih lelaki juga diarahkan mandi beramai-ramai di dalam sungai.
Daripada 65 orang yang ditahan, 30 daripadanya berasal dari Aceh manakala selebihnya datang dari wilayah lain di Indonesia seperti Lampung, Palembang, Jambi, Batam, Riau, Sumatera Barat, Jakarta, Bali dan Jawa Barat.
Seorang remaja punk yang dikenali sebagai Riyan berkata, latihan membina jiwa yang dijalaninya di SPN sangat berguna.
“Banyak perkara yang diajar kepada kami terutamanya mengenai disiplin dan peranan kami sebagai anggota masyarakat.
PEMUDA punk yang telah dibotakkan kepala direndam di sebatang sungai di Banda Aceh bagi membersihkan diri mereka.


“Secara peribadi, kini saya merasakan saya mampu untuk mengatur hidup dengan lebih baik.
“Lebih penting lagi, kami dididik untuk mendirikan solat lima waktu,” katanya kepada portal berita tempatan.
Pendapat Riyan itu disokong rakannya, M. Fauzi.
“Selain disiplin, kami didedahkan dengan latihan fizikal untuk menjaga kecergasan tubuh.
“Saya juga menghargai usaha kumpulan ulama yang datang ke sini untuk memberi kefahaman akidah kepada kami,” katanya.
Selain suapan rohani dan jasmani, mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap hari.
Hasil pemeriksaan mendapati tiga pelatih mempunyai gejala hepatitis dan seorang disahkan positif penyakit itu.
“Jika ada pelatih yang tidak sihat, dia akan dikecualikan daripada mengikuti aktiviti fizikal,” kata Fauzi lagi.
Syariah
Seorang pelatih perempuan, dikenali sebagai Sarah, 18, memberitahu, sepanjang berada di kem tersebut, dia menjadi lebih berdisiplin dan mendapat banyak pengetahuan agama.
Dia yang dibesarkan dalam keluarga yang berpecah berkata, pengaruh kawan telah mengheretnya kepada budaya punk.
“Saya sedar saya silap. Selepas keluar dari sini, saya mahu ke sekolah dan berazam menjadi anak yang baik,” ujarnya.
Walaupun SPN bertujuan mendidik kumpulan yang telah rosak akhlak, masih ada pihak di Indonesia yang menganggap penahanan itu sebagai satu pencabulan hak asasi manusia.
Bagaimanapun, Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf mempertahankan tindakan tersebut.
“Mereka terbabit dalam gaya hidup yang bertentangan dengan undang-undang syariah yang dilaksanakan di Aceh.
“Didikan disiplin, akidah dan moral ini merupakan keprihatinan kerajaan tempatan dan bukannya pencabulan hak asasi manusia,” jelas Irwandi.
Menurut beliau, lebih 700 pengikut punk tinggal di Aceh. Mereka biasanya makan dan tidur di tepi jalan atau di tempat letak kenderaan.
RIAK sedih remaja punk apabila rambutnya dipotong pendek oleh pihak berkuasa.


Mereka tidak mempunyai pekerjaan bahkan tidak mendapat pendidikan di sekolah agama mahupun sekolah biasa.
“Walaupun itu hak mereka, kerajaan perlu memikirkan masa depan mereka.
“Bolehkah mereka sekadar menjadi punk ketika muda? Bagaimana jika mereka gagal mendapat pekerjaan? Apa akan jadi pada mereka pada masa akan datang?” tanya Irwandi.
Selepas tempoh latihan di SPN tamat, pihak berkuasa akan membantu pelatih terbabit mencari pekerjaan yang sesuai. Mereka juga diberi biasiswa bagi meneruskan persekolahan.
Wajar
“Kami menahan mereka bukan disebabkan cara mereka berpakaian. Islam tidak melarang umatnya berpakaian seperti kumpulan punk.
“Ramai juga yang mengaitkan penahanan ini dengan undang-undang syariah di Aceh tetapi ia sebenarnya tiada kaitan langsung,” kata Irwandi.
Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah. Malah, mahkamah syariah Aceh mempunyai bidang kuasa yang berbeza berbanding mahkamah syariah yang terdapat di wilayah lain.
“Perundangan syariah memang wajar dilaksanakan bukan sahaja di Aceh tetapi di seluruh Indonesia kerana 95 peratus penduduknya beragama Islam.
“Bahkan, Indonesia adalah negara yang mempunyai umat Islam terbesar di dunia,” kata Ketua Komuniti Masyarakat Aceh Malaysia, Mansur Usman.
Mansur yang sudah 28 tahun berhijrah ke Malaysia menyifatkan penahanan komuniti punk baru-baru ini sebagai wajar.
“Punk adalah budaya liar yang mengancam sosiobudaya masyarakat Aceh. Sebelum pengaruhnya terus menular, ia perlu disekat.
“Sekurang-kurangnya kehidupan mereka masih boleh dibetulkan dan menjadi pengajaran kepada orang lain,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

PEMUDA bertatu dididik supaya mendirikan solat secara teratur.

Bukan untuk menzalimi, katanya lagi, undang-undang syariah dianggap pelengkap ke arah kesempurnaan Islam.
Menurut peniaga makanan, Fida, 38, masyarakat Aceh menerima baik pelaksanaan undang-undang tersebut.
“Sebelum ini, gadis bebas memakai pakaian ketat dan tidak bertudung, begitu juga pergaulan lelaki dan perempuan. Namun, sekarang keadaan berubah.
“Mereka patuh kepada undang-undang kerana enggan dimalukan di khalayak umum,” katanya yang pulang ke Aceh setahun sekali.



sumber: muharikah


p/s: tak mustahil untuk Malaysia melaksanakan sistem yang sama. satu hari nanti. InsyaAllah! ^_^

Nasi sudah menjadi bubur

Motivasi Perjuangan .
Kita berjuang adalah untuk mendidik, membimbing, membina dan menyelamatkan ummah. Justeru itu, sebagai pejuang kita jangan sekali - kali kasar lidah dalam pidato dan kasar tindakan dalam tingkah laku. Hulurkan hikmah dan kasih sayang. Jangan pandang rendah pada orang lain sebagaimana tidak boleh merasakan hanya kita sahaja yang benar dan betul.


Kata-kata dari seorang ibu membangkitkan semula semangat diri. Ya. biarpun nasi sudah menjadi bubur, jangan pernah menyimpan ego tinggi dari meminta kemaafan dari orang yang mungkin terluka dari teguran kita. 

keras. 

sedang berusaha untuk lebih berhikmah dan lebih ayu. er.

kata cik bi, 

kita belajar dari kesilapan. dakwah itu kasih sayang. enti tegur sebab enti sayang dia dan anggap dia sebagai saudari ukhti. Yang penting, enti minta maaf. Nasi dah jadi bubur. tapi bubur tetap sedap! ;)


Saya sayang dia kerana Allah.
Atas nama sayang kerana Allah itu, saya perlu belajar seni-seni dalam berdakwah.
Semoga Allah kekalkan persahabatan kami di jalan ini hingga ke syurga.
amin.


p/s:garang macam warden? 

sembunyi

"kerja kita harus bersembunyi."
kenapa? salahkah apa yang kita lakukan?
"bukan", jawab cik bi. "ada alasan kenapa hal ini kita lakukan secara bersembunyi. tapi bakal secara terang-terangan satu hari nanti. bersabarlah"

to be continued...

Friday, 4 May 2012

bangun pagi

Setiap kali bangun pagi, rasa bersyukur kerana masih ada peluang untuk bernafas dan menjalani hari baru sebagai hamba Allah.
Setiap kali bangun dari tidur, terasa betapa diri masih belum bersedia untuk mati. sudah cukupkah amal? sudah terampunkah segala dosa?
Setiap tersedar dari lena, ada sesalan tatkala dosa-dosa silam menerjah ruang fikiran. Ya Allah, ampunkanlah dosa hambamu yang hina ini.
Dan setiap kali mata terbuka, melihat sketsa dunia yang dilakonkan oleh pelbagai watak manusia, terasa sesak, sayu dan pilu. Ya Allah, hanya kau pemegang hati-hati kami semua.
Dan pastinya, setiap pagi, tanggungjawab ini terasa semakin berat.berat. sangat berat. siapa bilang jalan ini mudah? jalan ini dibentang dengan karpet merah? tidak sama sekali.
jalan ini penuh ujian dari Allah. mahu mengeluh dan menyerah kah?
tepuk dada, tanya iman.

Tuesday, 17 April 2012

Short Update

salam n hi

Alhamdulillah setelah setahun lebih saya berkecimpung dalam persatuan, akhirnya kami bersama-sama meletakkan jawatan secara rasmi. Bebanan dan tanggungjawab yang berat terasa menjadi ringan terutamanya pada bahu yang memikul selama ini, sebaik sahaja ungkapan "dengan ini, organisasi P**** CM sesi 2010/2011 dibubarkan" disebut oleh cik pengerusi majlis, hanya kesyukuran saya panjatkan kepada Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allahu Akbar!

Saya akui, sepanjang keterlibatan saya dalam organisasi, tekanan buat diri saya teramatlah tinggi. mungkin kerana saya terlalu kurang pengalaman, dan saya sangat naif dalam hal-hal berkenaan pentadbiran. Dan belum campur lagi politik-politik yang dimainkan dalam persatuan serta dugaan hidup yang timbul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Pernah sekali, saya cadangkan kepada salah seorang pimpinan tertinggi, "saya mahu meletakkan jawatan. saya tak boleh bekerja dengan persekitaran dan orang sebegini. ". Namun, rakan saya puas memujuk, "kita dah mula, kita kena habiskan.bertahan..tinggal sikit je lagi. " Sampai satu saat, saya menangis kerana tidak tahan dengan tekanan yang menimpa. Apa yang boleh saya buat untuk memujuk cik hati yang kesedihan ini dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Pernah juga, saya mengaji dengan air mata laju turun di pipi. Saya kena kuat. saya kuat. Tiap masa, saya bisikkan ayat-ayat cinta dari Allah kepada cik hati supaya lebih tabah. 

"Allah tak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" QS 2:286
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya mampu bertahan sehingga akhir. Dia beri kekuatan kepada saya untuk menghadapi pelbagai ujian yang diberikan kepada saya. Alhamdulillah, Allah is so sweet. :')

Kalau nak kata pengalaman, mungkin tidaklah sebanyak yang orang lain dapatkan. tapi Alhamdulillah pengalaman tersebut cukup banyak terselindung hikmah buat diri saya. Dan pengalaman tersebut bukan hanya perkara yang saya lalui ketika dalam persatuan, tetapi juga sepanjang cuti yang lalu dan senang kata, sepanjang hari. Banyak sangat perkara yang Allah cuba tunjukkan kepada saya. yep. Dan saya sangat percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmah yang terselindung disebaliknya. Selagi kita meletakkan keyakinan yang tinggi dan harapan kepada Allah, kita tak mudah kecewa. apetah lagi merapu-rapu melayan tekanan sampai bunuh diri. nauzubillah.


p/s:sekadar update ringkas. lama tak menulis, rasa kaku. semoga rakan-rakan semua sentiasa berada dalam perlindungan Allah. amin.

bersama barisan MT organisasi lama.


Bersama teman-teman yang sangat mendukung saya selama ini. I'm touched. :')

bersama teman rapat saya, SU kumnoma n LA. :)

Thursday, 15 March 2012

Assalamualaikum! Anda selamat daripada saya. ;)

salam n hi

Sabtu tanggal 14mac 2012, saya telah berpeluang mengikuti sebuah program motivasi sempena cuti sekolah untuk adik-adik saya yang kebanyakannya terdiri di antara usia 8 tahun sehingga 18 tahun. terasa tua.adui. Program yang dijalankan di sebuah dewan di bekas perumahan exco di seksyen 7 shah alam bermula pada jam 9 pagi sehingga 9 malam.

Bagaimana saya boleh terlibat dengan program ini, sebenarnya dengan hanya memberi sebuah salam kepada seorang wanita yang saya temui di KL sentral ketika menunggu komuter menuju ke Shah Alam. siapa sangka. sapaan yang pada mulanya sekadar mahu menegur, ditakdirkan Allah, saya berpeluang menyertai program yang sangat bermanfaat. see. Allah maha perancang!hiks hiks.

Beri Salam.
gambar ni saya pow dari google. trimas. hee

"Assalamualaikum! " kalimah salam yang sering digunakan oleh setiap muslim setiapkali bertemu dengan muslim yang lain. agak-agak betul ke?atau, kalimat ini hanya kita gunakan kepada mereka yang hanya kita kenali sahaja? tapi........kadang-kadang, dengan orang yang kita kenal pun, suuuusah sangat kita nak ucapkan salam. kenapa ye? malu dan segan? atau takut? hem...agak-agak, tau tak apa sebenarnya maksud bila kita memberi salam kepada seseorang? 

"selamat sejahtera ke atas kamu", jawab seorang adik di kem motivasi tersebut.

"selamat pagi!", jawab seorang lagi adik.jadi kalau kita ucap salam pada waktu malam, automatically bermaksud selamat malam.

Alhamdulillah. bijak-bijak adik-adik akak semua ni. dah betul dah..cuma ada satu lagi maksud yang kita mungkin belum tahu lagi.

Anda Selamat

BIla kita memberi salam kepada seorang muslim yang lain, ini bermakna, kita cuba mengatakan kepadanya, "anda selamat dari fikiran jahat, pandangan jahat dan perbuatan jahat saya. atau dalam english, you are safe from me." haa..gembira kan kalau ada orang yang datang kepada kita dan ucapkan salam. kita pun rasa gembira sangat bertemu dengan dia. dan tak salah kalau kita yang memulakan memberi salam dahulu.

Bila kita menerima ucapan salam, jangan pula kita berdiam tidak mahu membalas ucapan salamnya. atau mungkin hanya menjawabnya dalam hati. Kalau boleh, jawab dengan suara yang kuat, maksudnya yang boleh didengari oleh si pemberi salam tersebut. Bila orang doakan kebaikan buat kita, maka, kita pun kenalah mendoakan kebaikan buatnya juga.Macam firman Allah s.w.t, “Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah yang lebih baik atau balaslah dengan yang serupa. Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu” (QS. An Nisaa’[4]: 86).

Budayakan salam

Pernah terbaca kisah seorang sahabat nabi yang bernama  at-Thufail bin Ubay bin Ka’ab? Dia ini pernah mengajak temannya Abdullah bin Umar ke pasar hanya untuk memberi salam kepada orang-orang muslim yang berada di sana. Punyalah sahabat ini teruja mengikuti sunnah nabi s.a.w. hem...agak-agaknye lah..kita ini macammana ye? muhasabah buat diri sendiri. kamu macammana qish?aqilah? hemm....

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Jika seseorang di antara kalian berjumpa dengan saudaranya, maka hendaklah memberi salam kepadanya. Jika antara dia dan saudaranya terhalang pepohonan, dinding atau bebatuan; kemudian mereka berjumpa kembali, maka ucapkan salam kepadanya” (HR. Abu Daud).
p/s:jom kita mulakan dari sekarang. bak kata omputih, its better late than never. Assalamualaikum! :)