Followers

Saturday, 11 February 2012

Sisters: Bidadari Dunia – Jangan Lembik. Binalah Kekuatan!

Satu perkara yang sering saya perolehi apabila membuka peluang kepada para wanita mengutarakan soalan adalah, permasalahan dalam percintaan. Pelbagai situasi, tetapi boleh dikatakan majoritinya mempunyai masalah yang sama.
Terlalu mudah membiarkan hati disentuhi.
Saya amat memahami bahawa perempuan biasanya mempunyai jiwa yang lebih lembut berbanding lelaki. Bukanlah penulisan kali ini adalah untuk kita menafikan itu semua. Tetapi adalah untuk mengajak kita membina sebuah kerangka prinsip, pemikiran untuk menggunakan kelembutan itu pada tempat yang sepatutnya.
Bukanlah semua tempat perlu kita lembutkan hati kita.
Dan semestinya, bukanlah di semua tempat perlu kita keraskan jiwa kita.
Merasa diri itu mahal.
Satu saya suka untuk saudari-saudari saya punyai adalah ‘merasakan diri mereka mahal’. Saya sentiasa percaya bahawa perempuan adalah mahal. Maka kerana mahalnya perempuan ini, saya sentiasa memandang bahawa mereka adalah makhluk yang terhormat. Kerana itulah saya yakin, Islam menjaga perempuan pada tahap yang tertinggi sekali.
Pada zaman perempuan banyak menjadi hamba dan simbol seks, Islam adalah yang menyelamatkan maruah wanita dan menjadikan mereka terhormat di sisi lelaki.
Maka semestinya, perempuan sendiri yang perlu memilih. Apakah mahu mengambil jalan kehormat ini, atau mahu kekal menjadi ‘murah’? Kerana jelas, Islam bukan satu agama paksaan. Islam adalah jalan hidup pilihan. Pilih Islam, begini dan beginilah yang perlu diikuti. Kita akan dapat kesannya, balasannya, ganjarannya. Pilih selain Islam, begitu dan begitulah yang akan terjadinya. Kita akan terkena kesannya, akibatnya, balasannya.
Sekiranya memilih untuk hidup dalam penghormatan, maka perlulah merasakan bahawa diri itu terhormat, mahal.
Jangan mudah-mudah sahaja membuka hati untuk semua orang.
Lebih-lebih lagi untuk yang tidak diketahui asal usulnya. Dari alam maya contohnya. Yang suka-suka sahaja mengorat kita di tengah jalan. Yang tidak pun melamar kita dari pintu hadapan(ibu bapa). Jangan.

Maka binalah prinsip yang jelas dalam berperasaan.
Saya menjumpai di dalam hidup ini dua jenis perempuan.
Satu yang terlalu mudah sangat menerima.
Kedua yang terlalu sukar sangat membuka hati.
Kedua-duanya tidak elok. Saya melihat permasalahan ini berpunca daripada tiadanya prinsip yang jelas dalam urusan perasaan. Di sinilah kita perlu melihat semula prinsip kita. Apakah prinsip kita?
Soalan pertama yang perlu ditanya adalah – Apakah kita punya prinsip?
Selepas itu baru kita melihat, bagaimanakah prinsip kita.
Sepatutnya di dalam diri kita, sudah ada penggarisan – lelaki yang bagaimana ingin kita jadikan suami?
Daripada penggarisan itulah kita hanya membuka jiwa kita kepada yang selayaknya. Untuk menjadikan perkara ini realistik, maka janganlah meletakkan level yang terlalu tinggi. Hendak seperti Nabi layaknya, Malaikat contohynya, nyata itu hanya menyukarkan keadaan. Perlu difahami bahawa perkahwinan, rumah tangga itu adalah mutualisme, yakni perlu lengkap melengkapi. Maka letakkanlah level yang sederhana, pada masa yang sama kita juga mempertingkatkan diri kita, akhlak kita, rohani kita, minda kita.
Ciri lelaki sahaja tidak mencukupi. Perlu letakkan di dalam diri kita penggarisan – Maruah Seorang Aku.
Yang ini, letakkanlah di level yang tinggi sedikit. Maruah, semestinya tidak patut diletak rendah.
Maka apakah anda ini bermaruah sekiranya dengan mudah menerima lamaran ‘lelaki soleh’ yang dikenali semata-mata di dalam ‘Facebook’? Tidak. Jangan letakkan level maruah anda sedemikian. Letakkan tinggi lagi. Yang melamar anda mestilah jelas identitinya, bertemu dengan kedua ibu bapa/penjaga anda. Yang jelas latar belakangnya.
Apakah anda ini bermaruah sekiranya membenarkan diri di’test’ terlebih dahulu? Dilayan sudah seperti isteri, kemudian baru berkira-kira hendak diambil sebagai isteri yang sah? Jangan. Sesekali jangan. Letakkanlah level itu tinggi lagi. Yang ingin menjadikan anda isteri mestilah yang ada maruah juga. Bukannya yang senang-senang sorong anak dara orang ke hulu-hilir. Yang ada peribadi. Walau tidak menghafal 30 juzu’ Al-Quran, tidak hari-hari qiamullail, tetapi punya adab dan kesopanan yang baik.
Dan apa yang paling penting, setkanlah juga di dalam diri itu perkara ini – Segala apa berkenaan urusan percintaan dan perkahwinan diri aku, mesti Ibu Bapa aku tahu.
Ya. Ini semua untuk menjaga diri kita dari membuat keputusan yang silap. Bukanlah saya mahu katakan yang ibu bapa 100% betul. Tetapi bila adanya pandangan daripada yang lebih tua, kita akan dapat satu pandangan lain untuk menimbang pandangan-pandangan kita. Kita tidak pernah tahu bila kita akan terlalu mengikut perasaan sangat.
Begitulah. Saya melihat, saudari-saudari saya perlu mempunyai perkara ini. Untuk menjaga diri anda juga agar tidak terjebak dengan sebarang penipuan, sebarang keburukan, dosa dan maksiat.
Memandangkan hati kita ini lembut, maka semestinya perlukan penjagaan yang rapi, bukan?
Maka inilah dia penjagaannya.
Perlu ada prinsip yang jelas.
Gariskan prinsip anda.
Jangan terlalu mudah menerima!

Tetapi jangan sampai terlalu ekstrem.
Biasa melihat perempuan yang meletakkan bakal suaminya mestilah yang rajin qiamullail, yang hafal 30 juzu’ Al-Quran, dan sebagainya?
Saya tidak mahulah kata ini nasihat saya, tetapi apa yang saya bakal nyatakan ini adalah nasihat daripada bapa saya. Dahulu, saya juga begitu. Mahu isteri yang hafal Al-Quran 30 juzu’, mahu yang mengaji agama dan sebagainya. Tetapi bapa saya menasihati saya:
“Jangan letak level tinggi sangat. Bersederhanalah.”
Ya. Bersederhanalah. Ketahuilah bahawa di dunia ini tiada yang sempurna sebenarnya. Saya sentiasa berfikir akan nasihat bapa saya itu, dan saya dapat menyelami kebenarannya.
Sekiranya kita mampu bersederhana dalam meletakkan level bakal pasangan kita, insyaAllah kita mampu bahagia. Kerana, bila level yang kita letakkan itu sederhana, maka apabila dia ‘lebih’ baik, itu sudah jadi bonus buat kita. Sekiranya dia nanti ‘ada’ kelemahan, maka kita nyata telah bersedia kerana kita letakkan level yang sederhana untuknya sebelum ini.
Tetapi, sekiranya kita letakkan level yang terlalu tinggi, hendak dapat pasangan pun belum tentu. Keduanya, manusia ini nyata akan ada cacatnya. Nanti bila kita nampak kecacatannya, kita akan rasa – ini bukan macam yang aku mahu! Dan seterusnya akan membawa kepada masalah dalam rumah tangga pula.
Maka, prinsip kita, janganlah sampai terlalu ekstrem.
Sederhana.
Biar sesuai dengan realitinya sebuah dunia.

Penutup: Biar keimanan memandu perasaan.
Sebab itu akhirnya, saya menyeru kepada saudari-saudari saya agar perkukuhkan kefahaman berkenaan agama Allah SWT. Sentiasalah bersama-sama dengan wanita solehah yang anda kenali. Duduklah di dalam suasana yang membawa hati dan diri itu lebih mendekati Allah SWT.
Dari situ, anda akan dapat menghayati kehidupan ini dan mempunyai prinsip yang jelas.
Hingga apabila sampai waktunya untuk anda membuat pilihan, sampai masanya ada yang melamar anda, sampai ketikanya ada yang ingin mendekati anda, menyentuh jiwa anda, maka anda punya prinsip itu untuk menjaga anda di atas jalan yang selamat.
Anda akan sentiasa pulang kepada Allah SWT, sebelum membuat keputusan. Cinta anda, perasaan anda, dipandu keimanan. Barulah ketika ini istikharah itu terasa berkesan, doa itu terasa berfungsi, dan rintihan anda kepada Ilahi itu terasa didengari.
Saya sentiasa melihat, perempuan itu mahal.
Tetapi apalah yang saya boleh lakukan?
Solusinya, perempuan sendirilah yang perlu merasa dirinya mahal. Perempuan sendirilah yang perlu menjaga diri mereka.
Saya, seorang lelaki ini, hanya mampu memberikan pandangan dan idea semata-mata.
Janganlah terlalu lembik. Binalah kekuatan.
Janganlah terlalu ekstrem. Binalah kesederhanaan.
Semoga saudari-saudari saya lebih terjaga, lebih bahagia.
InsyaAllah.
Mari Menjadi Hamba, wahai bidadari dunia!
Source: Langit Ilahi

hati 1: pesan murabbi, Allah akan sentiasa menguji kita sesuai kemampuan kita. bila kita sering tewas dalam hal berkaitan hati, Allah akan terus menguji kita hingga kita benar-benar mampu menangkis virus-virus hati yang tidak benar.

hati 2: hati-hati memberi hati, berilah hati kepada si jejaka yang berani. iaitu si dia yang tampil di depan sang wali.

hati 3: pesan seorang ibu, berdoalah. nescaya Allah mendengarkan. "Ya Allah kurniakanlah buatku seorang pasangan yang lebih baik agamanya  daripadaku agar dia mampu membimbing diriku dan bersama-sama menjalani jalan menuju ke syurgamu."

Monday, 6 February 2012

#Dialog 1


A: “kau muslim, dia pun muslim..tapi kenapa dia boleh je pegang dan berpelukan dengan orang lain jantina, tak solat, pergi pub, minum arak, pakai seksi2, pakai seluar pendek? Kenapa dia boleh tapi kau tak boleh? “
B: “kalau macam tu, saya bagi analogi seorang pencuri yang berwarganegara Malaysia, tak kiralah apa bangsa pun dia. Kamu rasa pencuri tu tau tak mencuri tu salah?”
A:"mestilah tau. So? Apa kaitannya?"
B:"Pencuri tu pasti juga tau kesalahan mencuri di Malaysia pasti ada hukumannya. Ye tak?
A:mestilah. Dah nama undang-undang."
B:"dah tu, kalau dah tau ada undang-undang, kenapa dia mencuri jugak?"
A:"hem..entah..mungkin fikiran dia yang menyuruh dia mencuri"
B:"so begitu juga seorang muslim dan agama islam. Dalam agama islam pun ada undang-undang. Hanya saja orang yang boleh berfikiran baik, tidak akan melanggar peraturan dalam islam. Dan apakah adil sekiranya saya katakan, semua orang dalam Malaysia perlu mencuri hanya kerana seorang pencuri tadi?"
A:"eh. Mana boleh."
B:"jadi, begitu juga islam. Bila ada seorang yang beragama islam melakukan kesalahan, bukan bermakna orang islam yang lain perlu mengikuti melakukan kesalahan yang sama."
A:" abestu kalau dia dah buat salah. Takkan dia tak boleh jadi baik?"
B:"boleh. Malah boleh jadi lebih baik dari orang lain. Seperti di Negara kita ada pusat pemulihan untuk memulihkan pelaku-pelaku kesalahan menjadi warganegara yang baik, dalam islam juga ada cara untuk memulihkan seorang muslim menjadi baik."
A:"err.macam mana tu?"
B:"dengan syarat, dia menyesali segala perbuatannya dan berazam untuk tidak melakukan kesalahan yang sama seta memohon keampunan daripada Allah. Allah tu maha pengampun. Dari sebesar-besar hingga sekecil-kecil dosa, sekiranya seorang muslim itu bertaubat dengan bersungguh-sungguh, insyaAllah Allah pasti akan mengampunkannya."

Sunday, 29 January 2012

#clerkship 1

salam n hi

Alhamdulillah siklus clerkship masih berbaki 2 minggu dan insyaAllah isnin depan saya akan melalui department yang ketiga iaitu department obs&gyn. Clerkship atau disebut dalam bahasa Indonesianya, klerek yang mengikut kefahaman saya adalah merupakan waktu penyesuaian seorang pelajar (yang bakal masuk tahun clinical) terhadap persekitaran hospital dan pengenalan tugas-tugas yang bakal dilakukan oleh koas. kerja klerek ni mudah sangat dan seperti perumpaan yang diberikan oleh seorang doctor, "klerek ini ibarat cicak di dinding, menempel dan tidak dihiraukan). *sedih*.kerja klerek ni cuma observing. jalan-jalan ikut doctor visit patient, baca status patient, check vital sign (dengan izin doctor), kenal ruangan, kenal alat, dan match kan segala teori yang dipelajari selama 7 semester dengan real case iaitu pesakit yang berada di depan mata dan banyak gila yang ingat-ingat lupa.heh dan lain-lain. Sewaktu klerek ni, hanya 4 department besar yang terlibat, iaitu surgery dept, pediatric dept, obs&gyn dept dan internal medicine dept. Tiap satu department hanya 1 minggu. Nampak sekejap sangat kan? memang pun..huhu..tapi disebabkan kami pun tak dibenarkan memegang pesakit lagi, jadi, nak lama-lama tunggu clinical nanti je la..ye dak? So far, selama 2 minggu ni, lab yang berjaya diharungi adalah lab surgey dan pediatric. Walaupun cuma seminggu,  banyak yang dapat kami belajar sebenarnya..Alhamdulillah  ^_^ 

LAB BEDAH/ SURGERY DEPARTMENT

salah satu sub bahagian di surgery department. model tiada kaitan dengan pembedahan plastik. 

Lab bedah ni sangat santai. Hari pertama, dengar kuliah pengenalan berkenaan lab bedah. cara tulis status bedah, dan bermacam-macam lagi. lepas dengar kuliah, kitorang pun berjalan-jalan melihat ruangan/ ward. ada ward kelas 1, kelas 2 dan kelas 3 lelaki dan kelas 3 perempuan. ada ruangan burn care dimana pesakit-pesakit yang berkenaan kebakaran atau gas meletup atau mangsa renjatan elektrik ditempatkan di ruangan ini dengan observasi yang ketat. Selain itu ada juga ruangan sepsis, di mana ruangan ini menempatkan pesakit-pesakit yang terinfeksi dan perlukan di isolate dari pesakit-pesakit yang lain. kira macam penjagaan khusus la..kalau macam patient lain yang terutamanya patient post-operation, kalau kita masuk cuma pakai lab coat dengan gloves je. tapi kalau kat ruangan sepsis ni kena pakai masker. takut-takut kita pula ter-infected. 
simple interrupted suture. subjek merupakan kulit lembu bukan kulit manusia.

Semasa di lab bedah, kami juga berpeluang mempelajari cara menjahit manusia. senang je. Disebabkan saya memang menyukai kelas menjahit dan pernah belajar menjahit baju dengan kakak ipar, saya berjaya membuat jahitan yang comel dan dr. ASA telah menggalakkan saya untuk menanam minat dan melanjutkan pengajian menjadi seorang specialist bedah pada masa akan datang. tetapi tatkala mengingatkan hampir kebanyakan surgery mengambil masa berjam-jam, membuatkan saya memikirkan dua tiga kali. heh.

bersama rakan-rakan se-klerek dan ppds, dr ari sardito (dr ASA)

Selain melawat ruangan dan mendengar ceramah kuliah, kami juga diberi tugas "jaga" seperti koas yang sebenar. Jaga ataupun oncall di lab bedah memerlukan kami berada di hospital selama 12 jam. satu hari tu dibahagi kepada 2 shift. shift pagi dari jam 7 pagi sampai 7 malam, manakala shift malam dari 7 malam hingga 7 pagi keesokannya. waktu oncall ni, kitorang tak duduk kat ruangan. tapi tunggu kat UGD/ emergency room. kat sini ramailah patients yang critical sampailah tidak critical. sepanjang 24 jam saya oncall di UGD, ada 3 kematian yang saya lihat. satu bayi, satu perempuan muda, satu lagi pakcik tua. ketiga-tiga mereka meninggal kerana penyakit yang berbeza. bila lihat kematian, doctor selalu pesan. "sewaktu keadaan emosi, kita sebagai doktor nak tak nak perlu bijak kawal emosi kita. empati boleh tapi simpati tidak. kita kena kuat." Jadi nak taknak, kena kuatkan hati untuk membiasakan diri melihat kematian. kata seorang kakak, "risau kalau terbiasa keraskan hati melihat kematian, nanti kita jadi tak alert untuk persiapkan diri kita pula saat akan menemui Allah." nauzubillah. semoga tidak berlaku sedemikian. semoga hati ini tak pernah lalai dan sentiasa mengingati Allah. 
Antara beberapa doctor bedah yang sedang melanjutkan pengajian(masters) untuk menjadi specialist.

LAB ILMU KESEHATAN ANAK (IKA) / PEDIATRIC DEPARTMENT

Ini adalah lab kedua yang merupakan tempat dihimpunkan pesakit-pesakit dari golongan kanak-kanak. Daripada bayi sampailah kanak-kanak berusia 12 tahun. kat lab IKA ni ada 3 ruangan utama. ruangan perinatal (tempat baby yang baru lahir ), HND (high nursing dependent-tempat yang memerlukan pengawasan khusus) dan wards biasa yang dibahagikan kepada beberapa bahagian (nephro, hemato, neuro, isolation, cardio) mengikut penyakit.Sewaktu berada di lab IKA, kami perlu ke poli untuk mencari doctor bagi setiap division (14 divisions)  dan juga ditugaskan 'jaga' ruang perinatal dan HND. Di HND, kami mencuba meng-anamnese pesakit. Bertanyakan riwayat penyakit pesakit dari ibu atau penjaganya dan kadang berpeluang memeriksa vital sign pesakit setiap 1 jam serta memberikan nebulizer selama 15 menit kepada pesakit.
gambaran wajah adik heru. (waktu bersama patient, tak boleh nak bergambar2 bagai. jadi melukis adalah alternatif.)

Di HND, saya telah berkenalan dengan seorang adik lelaki bernama heru, 12 tahun. tak ingat nama penuh dia dan dia bukanlah orang jepun. Heru ni mengalami nephritic syndrome dan asma. wajahnya yang bulat akibat penggunaan steroid dan langsung tiada senyuman di bibir anak ini. Terlakar kesedihan di wajahnya yang membuatkan saya ingin mengenali anak ini lebih dekat. paling tidak, menjadi tempat untuk adik heru berkongsi rasa. Tapi, tiap pertanyaan saya dijawab hanya sepatah oleh Heru. Heru tidak menunjukkan minat untuk berkomunikasi. neneknya di sebelah beberapa kali menyuruh Heru untuk me-respon kepada saya. namun, dia tetap tidak mengendahkan saya sambil menekan-nekan keypad hp nokianya. Saya mengalah dan beredar. 

Sekitar jam 530pm, dr Diah datang dan membawa kami melawat pesakit di HND. tiap satu anak di terangkan diagnosa penyakit sehinggalah perawatan dan prognosis penyakit mereka. Setibanya di katil adik Heru, dia tunduk dan tidak memandang salah seorang dari kami. Neneknya memberi tahu bahawa adik heru tidak mahu makan ubat. Dr Diah kemudian cuba memujuknya. "Heru, kamu harus kuat ya nak, harus cepat sembuh, rajin minum ubat ya..kasian kan sama mbahnya, ayah sama ibu kamu sudah tidak ada, jadi kamu harus kuat ya dik ," Kata Dr. sambil mengusap bahunya. Heru makin tunduk dan kami terdiam. "Ya Allah, betapa beratnya ujian buat anak kecil ini. Semoga kau sembuhkan penyakitnya ya Allah" hati kecil saya berbisik.  Selesai ber'jaga' di ruang HND, kami berpindah ke ruang perinatal dari jam 7 sampai jam 9 malam. Alhamdulillah, malam itu housemates saya, Alia datang menjemput dengan motor. dalam perjalanan pulang, saya berniat untuk memberikan sesuatu buat Heru. paling tidak, saya ingin melihat senyumannya.

bersama team jaga

Dua hari setelah pertemuan pertama saya dengan Heru, saya singgah di HND untuk melawat Heru dan berniat memberikan sesuatu buatnya. Sebenarnya penat  juga memikirkan mahu dibelikan hadiah apa. namun setelah bermusyawwarah dengan rakan-rakan, dan mengambil faktor usia adik heru yang berumur 12 tahun, saya mengambil keputusan membelikannya sebuah buku dan sekeping puzzle dengan imej 'spongebob' pada malam sebelumnya. Pagi itu, saya curi-curi masuk ruang HND. mencari-cari kelibat adik Heru. selepas memastikan tiada doktor yang sedang melakukan 'visite', saya mendekati adik heru. Saya mengeluarkan plastik dari begpack saya dan menyerahkan kepadanya. "ini buat kamu. supaya kamu ga kebosanan di sini". Heru memandang tepat kearah saya. "terima kasih kak", sambil tersenyum. perasaan saya ketika itu, tidak dapat saya gambarkan. Subhanallah. senyumannya sungguh indah. saya gembira. "semoga cepat sembuh ya Heru" sambil memegang bahunya. Alhamdulillah. saya meninggalkan dia dengan hati yang senang. 

Hari terakhir saya di IKA, saya singgah lagi di HND. mencari-cari kelibat adik Heru. Namun, bayangannya tiada. "mbak, adik heru udah discharge ya? ", tanya saya kepada seorang koas perempuan. "oh heru udah pindah ke belakang. ke ruang nephro". berpindah ke ruangan/ward biasa bererti kondisi Heru sudah stabil dan tidak memerlukan pengawasan khusus lagi. Alhamdulillah. 

Jadi, begitulah sedikit sebanyak pengalaman saya di Surgery dan pediatric department. InsyaAllah minggu depan saya akan masuk department obs&gyn dan insyaAllah akan saya kongsikan lagi pengalaman saya di department seterusnya. ok sampai di sini sahaja. assalamualaikum.

Tuesday, 17 January 2012

Eisya Ulfa

salam n hi

Siapa Eisya Ulfah? Eisya Ulfah ni antara permata hati saya. Si puteri ini merupakan anak kepada pasangan En. Ahmad As'ad dan Puan Razuwah. Ahmad As'ad tu abang ketiga saya dan secara automatic, kak wa adalah kakak ipar saya. ^_^

yang hijau tu adik. masih bujang tp not available.eh?

Eisya Ulfah ni lahir pada bulan 19 june 2011. puteri pertama dalam hidup pasangan di atas dan cucu serta anak sedara perempuan ketiga dalam keluarga besar kami. Eisya ni ada kacukan korea kedah dan selangor. tu yang muka cam jepun sket. eh?
eisya waktu baru lahir. excited betul nak jumpa semua orang.
eisya di jitra. melawat tok wan. (waktu ni berat dia turun. 2.8 kg)
erk?
cik ila, jangan buli eisya please,,,
tangan eisya kecik.tangan cik la besar. kenapa?
raya aidiladha di kampung ummi bersama ayah. 
hai. :D
makcik eisya
tudung rosmah sket. eh?
gelak dengan tok umi

eisya nak gi pasar. kot. 
skype bersama cik ila.

tata~

So dengan yang demikian, saya ingin meminta tolong rakan-rakan semua untuk mengundi eisya ulfah dalam pertandingan di bawah ini. tq~ ^_^


tolong like plissss~ ^_^tq!


Sunday, 15 January 2012

masak di hujung minggu. :D

salam n hi

alia&aishah, qish, ihda, nisha. :)

agar-agar orang minyak (ihda bagi nama) tapi lepastu dia ada nama baru, agar-agar hitam manis. *pun boleh*

specially made for our sister from surabaya, ara <3

the chef: alia 

saja lepas gian masak-masak. dua minggu exam, plus ada daurah dan pelbagai lagi aktiviti menyebabkan hujung minggu sepi dari aktiviti memasak. so minggu ni memang all out lah. nasiblah kalau ada yang mengadu berat dah bertambah. huhu.

oh, besok saya dah mula nak masuk hospital. Doakan semuanya berjalan lancar :) 

weekend itu

salam n hi

Asal tiba weekend je mesti semua orang rasa gembira kan? *yeay!* eh..tapi mungkin tak gembira sangat la buat orang yang tak habis exam lagi *hihi* .So sempena weekend yang sangat tenang ni...kami mengambil kesempatan beramah mesra dan menghabiskan masa bersama teman serumah (baca: housemates). Maklumlah, sepanjang peperiksaan, semuanya jadi sepi. Masa tido setiap orang semua jadi berbeza. ada yang hidup selepas jam 12 malam, ada yang jenis jam 12 baru nak tido. jadi, agak sukar nak berbual (bertanya khabar dan sebagainya). erk -_-.

So, kalau dah weekend, post exam syndrome lagi...al hasilnya kebanyakkan manusia ni sangat payah nak bangun awal dan keluar dari rumah. memang kalau boleh sepanjang weekend cuma melingkar di dalam selimut. ditambah lagi dengan cuaca dingin (seperti cameron highland) membuatkan perasaan berhibernasi memuncak dalam diri. huhu. Jadi, disamping menghiburkan diri dan mencuba kemahiran diri, saya dan Alia berencana menyiapkan spaghetti ala utara untuk hujung minggu tersebut.   
minta maaf kerana presentasinya kurang memberangsangkan. lupa snap pic lawa2. erk.

Alhamdulillah sambutannya agak memberangsangkan. huhu. well, ini sebenarnya kelebihan duduk di rumah sewa. Kat sini la kita nak practice skill memasak kita. ditambah lagi dengan housemates yang cool sahaja. sedap tak sedap mereka akan telan juga. huhu.
Selain main dish( spaghetti), kami juga menyediakan appetizer iaitu agar-agar sayur! huhu. dari nama je dah terbayang sedap kan...dengan perasa bawang lagi..huhu. cara nak buat? mudah sangat. pergi hypermart, capai sepeket nutrijell berperisa sayur, bayar, bawak balik rumah, ikut aturan yang tertera, dannnn taraaa~ jadilah agar-agar sayur~ huhu. :p
Bila malam menjelma, nisha pula nak asah skill. nisha ni suka sangat baking. walaupun cuba request kepada beliau untuk membuatkan pavlova untuk saya, hasilnya negatif. rayuan saya tak berhasil. Walaupun agak kempunan di situ, tapi perut tetap terisi dengan muffin vanilla dan chocolate buatan nisha yang comel dan enak. :D






Cukup dulu makan-makan untuk hari ni.. InsyaAllah besok ada projek masakan dari housemates yang lain pula.. huu. makan sokmo.. memang tak keluar rumah langsung. erk.

Ok then, selamat memasak kepada sesiapa yang nak masak. till then. wassalam. :)

Saturday, 14 January 2012

my birthday cake! :)







Friday, 13 January 2012

hello

p/s:sila biasakan penggunaan kata nama saya ^_^


salam n hi

Dah habis present thesis (TA), kepala dah rasa Alhamdulillah ringan sangat. tambahan pula, exam pun dah habis. tapi performance sewaktu exam agak kurang memuaskan. fokus terbahagi dua, antara thesis dan exam. atau dengan kata sarkastiknya, padan muka.siapa suruh sidang TA lambat-lambat..actually bukanlah sengaja melambatkan, tapi paaaaaaanjang kisah disebalik itu. tapi apa-apapun Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya. Saya bersyukur sangat sebab Allah anugerahkan rakan-rakan yang sangat mendukung dan memberi semangat kepada saya. nikmat yang mungkin tak semua orang dapat. :) siap ada yang sanggup tunggu saya habis present TA. *so sweet* terima kasih sangat..tak mampu saya balas kebaikan rakan-rakan semua. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan rakan-rakan semua. :)


So sekarang ni, tinggal buat revisi. dan apa yang menariknya, next week saya dah start clerkship. clerkship? amende tu? Kalau kat Malaysia panggil attachment. sekadar adaptasi, lihat suasana hospital dan belajar sedikit sebanyak kehidupan sewaktu clinical nanti. InsyaAllah clerkship ni hanya sebulan sahaja dan dijangka selesai pada tanggal 12 feb. Sepanjang clerkship nanti, students akan dibahagikan kepada 4 depatment besar, which are surgery, internal medicine, obsgyn and pediatric. Alhamdulillah sebab dapat satu department dengan housemate kat Department surgery (Lab Bedah) nanti. *suka.suka.suka

nametag 

Sebenarnya, pejam celik- pejam celik, dah 4 tahun saya belajar kat tempat bernama Malang. teringat lagi kisah sewaktu tiba di sini. udaranya saaaangat dingin. mendamaikan. macam duduk dekat Cameron Highland. huu *over* Pastu kisah kami melayari kehidupan susah, senang, pahit, manis dan bermacam lagi. tak sangka masing-masing dah dewasa. :') *gaya cerita apahal nak macam orang yang kunun dah habis belajar? heh* Tapi memang betul pun, Alhamdulillah zaman teori dahpun selesai. 7 semester belajar dekat bangunan yang sama, menatap muka yang sama, environment yang sama terasa macam baru semalam je berada kat bumi Indonesia ni. :)

tetiba cam malas pulak nak tulis panjang-panjang lagi. nanti kalau free sambung tulis lagi. tc semua! assalamualaikum, :D

Wednesday, 23 November 2011

BAJU KURUNG

salam n hi
sebab tak ada baju hitam kuning, lantas baju kurung bertanah kuning dengan corak abstrak hitam menjadi pilihan. #mood-meraikan-kemenangan-harimau-malaya-di-SeaGames2011.

Saya terdetik mahu menulis berkenaan 'baju kurung' setelah terbaca status di FB senior saya yang bernama *****. ( hehe) yang tertulis seperti ini;
 "tidak ada org jepun pakai kimono pergi kerja, xde org china pakai cheongsam pergi pasar, xde dokter Indonesia yg pakai kebaya pergi hospital. Tp org malaysia tu, ke pasar, hospital, bank semua pakai bj kurung. Di Malang, di London, kaum Cina, Melayu, India, kami tetap org malaysia :)"
saya super duper setuju sangat dengan statement tersebut. Baju Kurung..siapa yang tak kenal? Semua usia boleh pakai baju kurung. baby? adik? kakak? ibu? nenek? semua akan jadi cantik bila memakai pelbagai jenis baju kurung yang berada di pasaran kini.daripada baju kurung yang berjenama antarabangsa (eh ye ke?) seperti baju kurung cotton jepun, cina, korea, dan sebagainya hinggalah baju kurung yang berjenama lelaki-lelaki yang agak fehmes di Malaysia, seperti baju kurung mawi, sheikh muzaffar, KFCM(eh ade ke?) dan bermacam lagi. walaupun saya agak tak berpuas hati kenapakah baju-baju kurung tersebut mengabadikan nama lelaki-lelaki tersebut? kadang muncul persoalan di benak fikiran, adakah lelaki-lelaki ini pernah mengenakan baju kurung? Tapi mungkin juga lumrah wanita, mereka itu lebih tertarik kepada sesuatu yang berkaitan dengan lawan jenis. cuba bayangkan baju kurung diberi nama "baju kurung kak senah". hem..boleh jamin belum tentu dalam sebulan jualan baju kurung tersebut boleh mencecah lebih 10 helai, melainkan harganya diturunkan bawah RM 30. (gurau)
baju raya 2011-tema:baju kurung batik-
Bukan itu saja, baju kurung juga menjadi pilihan tiap kali hari raya menjelang. Up town shah alam? petaling street? dan pelbagai lagi tempat...semua penuh dengan baju kurung yang berwarna-warni dengan potongan harga yang menarik tiap kali tiba malam raya. seperti pertempuran baju kurung dan kuih raya pula. di sana orang melaung, "baju kurung 50%, 50%" di sebelah sini orang menjerit "kuih raya 3 RM10, 3 RM10". Hasilnya, tiada yang pengalah..kerana di pagi raya semua orang akan mengenakan baju kurung dan memakan kuih raya. 

Bila cerita suasana pelajar Malaysia di tempat saya belajar, hampir 100% pelajar yang beragama muslim mengenakan baju kurung tiap hari ke kelas. saya kurang pasti keadaan di Malaysia sepertimana. Walaupun kami berada jauh dari budaya dan masyarakat sendiri, tapi kami tetap mengekalkan imej wanita melayu terakhir yang berbaju kurung. (ahaks). Walaupun acapkali suasana memprovokasi antara manusia yang mempunyai pemikiran sempit dan tak matang (malang sungguh bagi dua negara itu kerana mempunyai rakyat yang kebudak-budak-an) kecoh sehingga memberi efek di tanah tempat saya belajar, menyebabkan ada arahan menyuruh kami agar menyamar dan tidak mengenakan baju kurung, namun, kami tetap ingkar dengan mengenakan baju kurung juga. apa salah baju kurung sehingga diharamkan pemakaiannya? baju kurung tak bersalah. yang bersalah adalah mereka yang memprovokasi. bising saja di internet. takat buang masa pom pang caci maki di internet, pastu kata orang lain tak patriotik sebab cuba menjernihkan keadaan, adalah sikap mereka yang suka berlebih-lebihan. berlebih-lebihan buang masa dan juga berlebih-lebihan menambah dosa. (eh, dah terkeluar topik)

Kelebihan baju kurung ini adalah bentuknya yang 'loose' atau longgar, sangat menyamankan para pemakainya.Pengudaraan keluar masuk pun sangat baik. Bagi mereka yang sering menyalahkan baju kurung kerana punca badan mereka panas, hanyalah kata-kata kosong yang tidak mahu menerima qada' dan qadar.malaysia dah memang panas kotttt. (haha). Baju kurung juga menjaga imej seseorang wanita itu kerana potongannya yang tidak mengikut ukuran tubuh menyelamatkan para wanita dari disantap oleh pandangan mata para lelaki ajnabi. Jangan pula lipat lengan baju kurung sampai ke siku hingga menampakkan lengan gebu anda, itu menyalahi kode pemakaian baju kurung. AMARAN KERAS.

Namun, akhir-akhir ini, kesucian baju kurung semakin tercalar, bilamana pelbagai kain yang sangat tipis diperkenalkan sebagai fesyen baju kurung terkini. sedih. kehormatan baju kurung tidak lagi dihormati. Ibarat makanan yang enak diletakkan di atas meja tanpa diberi penutup dan dikerumuni lalat. begitulah jua situasi yang berlaku kini. tubuh-tubuh anak gadis dan mak gadis yang indah dan sepatutnya dilindungi telah hilang hak perlindungan mereka. betapa mereka-mereka ini ditindas oleh pemikiran-pemikiran yang jahat dan berteraskan nafsu. (sambung sedih)

Tapi, sedih kita, jangan cuma sedih di sini. perjuangan menuntut hak bagi baju kurung mesti kita pertahankan. Mungkin pemudi-pemudi zaman kini kurang pemahaman terhadap kecantikan, keindahan serta kelebihan memakai baju kurung. Jadi, menjadi tugas kita untuk sebarkan fahaman baju kurung kepada ummah. (cewah!)

Sebelum saya mengakhiri entry saya pada hari ini, terimalah lagu baju kurung pahang,