Followers

Friday, 1 November 2019

entry pertama 2019

salam n hi

terasa lama sungguh tak singgah mencoret di sini. terlalu cepat masa berlalu dan terlalu banyak perkara yang berlaku, termasuklah usia yang dah melanjut 3 series ni. kof kof.

semenjak menyahut cabaran encik abang untuk uninstall FB dan IG selama seminggu ni, benar-benar buat diri kebosanan. Bila menghadap HP, eh. lupa tak ada 2 apps ni. sampai ada terniat nak usha FB atau IG dari account rakan-rakan. haih, addicted rupanya. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk sedar dan semoga ada pengajaran atau hikmah yang dapat kami ambil selama berhibernasi selama seminggu ini. Tapi kena tahan saja lah withdrawal symptoms ni. kih kih.

So, nak jadi cerita teringat kembali laman blogspot. Laman yang banyak kenangan pahit dan manis. Laman di mana aku mengenali ramai rakan- rakan. Which Alhamdulillah, bila kenang balik, main berkawan je aku ni, tapi Allah kenalkan dengan rakan-rakan yang berbeza latar belakang untuk aku lebih terbuka mengenali kehidupan orang lain.  Zaman social media sekarang, banyak bahayanya. Bila kenangkan sikap aku dulu yang terlalu berani berkawan, takut juga. Tapi , Alhamdulillah, Allah lindung dari bahaya. Rakan- rakan yang pernah aku jumpa dulu, walaupun katanya geng setan. tapi tak lah setan betul. huhu. Kalau lihat zaman sekarang, beza nya, subhanallah. Siapa sangka kuasa Allah. Gembira bila tengok rakan-rakan ada yang dah berkeluarga, dikurniakan cahaya mata yang menceriakan suasana. Walaupun ada juga yang masih bersendiri, tapi berjaya dalam kerjaya dan dikelilingi keluarga tercinta. Bila lihat tentang jodoh, ada juga yang dari utara dan selatan berjodoh dengan mulanya perkenalan di blogspot. Aturan Allah. siapa sangka kan?  Alhamdulillah. Semoga mereka semua sentiasa dalam perlindungan Allah InsyaAllah.

thats all for now. insyaAllah akan ku cuba ambil kesempatan untuk menulis mencoret sedikit pandangan dan kenangan pada lain hari. nanti beberapa tahun ke depan, boleh la baca balik. macammana lah cara fikir aku sekarang. hi for future me. Semoga Allah lindungi kamu dan keluarga kamu selalu. Semoga sentiasa memberi manfaat untuk orang sekitar kamu. saya sayang kamu. jaga diri kamu.

wassalam..

Monday, 23 October 2017

short note

salam n hi

post pendek kali ini ditulis khas buat para wanita di luar sana yang sangat up-to-date dengan teknologi semasa.


mohon sangat-sangat tidak menge-post masalah rumah tangga dalam media sosial. hal ini tak akan memperbaiki hubungan rumah tangga anda, malah boleh jadi memperparah lagi keadaan.

jadi wanita yang bijak untuk bersemuka dengan sang suami. tidak akan selesai kiranya api bertemu api. ego masing-masing, kena usaha untuk turunkan. pasangan anda saya yakin kebanyakannya adalah pilihan anda. meskipun anda dijodohkan, saya yakin ianya atas kerelaan anda jugak. maka, bersikap matanglah dalam menghadapi permasalahan.

hubungan rumah suami-isteri, tak semestinya 24 jam indah belaka. ada pasang surutnya. tapi berhikmahlah dalam menanganinya.


KOMUNIKASI.

ramai para wanita memilih untuk memendam rasa, dan berharap sang suami memahami apa yang anda rasa. tidak. janganlah begitu wahai bidadariku... bersuaralah dengan matang. insyaAllah, masalah dalam rumah tangga anda boleh selesai. dan selebihnya, berdoalah pada Allah supaya kurniakan anda kekuatan untuk bersikap lebih matang dan supaya Allah lembutkan juga hati sang suami supaya mudah dibawa berbincang.

Dan para lelaki, tak usahlah egois dalam menghadapi isteri kamu. hidup tak lama, jangan terlalu hadap sangat perasaan ego kamu, kerana kamu takkan jumpa bahagia jika hidup hanya berpaksikan ego kamu. kembalilah kepada Allah, berhikmahlah terhadap isterimu.

wassalam

Friday, 4 August 2017

P.J.J

salam n hi

alhamdulillah teringat tiba-tiba nak singgah blog. rasa bosan sampai rasa marilah kita menulis sepatah dua kata.

well. hari ini aku just nak luahkan perasaan. bukan merungut tapi hanya meluahkan..semoga satu hari nanti bila aku baca semula aku merasai apa hikmah disebalik semua ini.

Alhamdulillah, syukur kerana Allah kurniakan seorang cahaya mata untuk kami. Alhamdulillah sihat dan semoga sentiasa sihat sampai dewasa. Si kecil sekarang berusia 1 tahun 5 bulan. Baaaaanyak sangat kerenahnya dan sikap manjanya sentiasa buat diri ini merinduinya sentiasa.

yep. si kecil dan papanya duduk jauh dari aku. hampir 85km jarak kami dan sudah 6 bulan kami ber-PJJ.

Kebiasaannya setiap kali hari jumaat pasti aku yang akan pulang ke sana. tak sabar dan rindu untuk melihat mereka berdua. sikecil dan papanya lah. tapi kadang kala, jika terpaksa bertugas di hari minggu, mereka akan ke sini menemaniku. kadang tak juga jika aku perlu standby dan menginap di tempat kerjaku (baca:oncall)

hubungan jarak jauh awalnya buat sikecil terasa asing denganku. aku fikir setelah setahun bersamanya, dia akan tetap manja denganku. tapi ternyata memori sikecil masih belum kuat. Dia akan manja dengan siapapun yang sentiasa disampingnya. Dan pastinya orang itu adalah PAPA sikecil.
pernah malamku dingin dengan hujan air mata, bila sikecil menolak dan mengamuk bila lihat aku yang cuba tidurkannya. sebagai seorang ibu, mestilah mama touching. papa pulak acah-acah nak kejut sikecil minta maaf dengan mama sebab mama sedih...(-_-")

atas alasan itu, aku kerapkan pertemuan dengan sikecil. seminggu dua kali aku akan muncul didepan pintu. Alhamdulillah, semenjak itu, sikecil tidak lagi menolak aku seperti awal-awal PJJ dahulu.

sering juga aku dihujani kata-kata dan ucapan ikhlas dari orang yang mengetahui keadaan kami,

"ini anak Papa ni"

"mama dia duduk jauh, bukan nak jaga dia"

"kesian 'anak yatim' ni. mak bapak kerja, jumpa dia asyik ber'orangtua'kan orang lain"

"kau senangla nak pergi mana-mana. kau kan 'bujang'!"

"ala..cerita pasal anak pun bukan kau faham pun, sebab anak kau laki kau jaga"

takpe. aku tak pernah simpan dalam hati. aku percaya ni ujian untuk aku. setiap saat aku bekerja, aku cuma berharap Allah tolong jagakan keselamatan anak aku. Allah tolong lindungi anak aku.

aku percaya setiap manusia ada ujian mereka sendiri.

bukan aku tak berusaha untuk kembali bersatu dengan keluarga kecilku. tapi atas urusan kerja, ada syarat yang perlu aku penuhi. insyaAllah tahun depan aku cuba untuk kembali. semoga Allah izinkan. Amin





Wednesday, 8 March 2017

peluang kedua

salam n hi

apa khabar bagi anda yang sedang membaca di sini? Harap anda sihat dan lebih baik dari hari semalam.

hari ni..marilah kita berazam untuk berubah menjadi yang lebih baik. mistake is always happen. maka rugilah kalau kita tak belajar dari kesilapan yang telah kita buat dan berterusan melakukan kesilapan yang sama.

second chance.

hargailah dan gunakanlah peluang yang Allah berikan, yang orang sekitar kita berikan, yang orang atasan kita berikan dengan perubahan kearah yang lebih baik. kalau rasa kerja hari ini tak bagus, balik, kau muhasabah..kat mana kurang. kalau kau rasa kurang dari segi ilmu...kau pergi belajar. kalau kau rasa dari segi semangat yang hilang..kau doalah..hanya Allah yang mampu berikan diri kau kekuatan dari segi fizikal dan mental. insyaAllah. selagi mana kau yakin Allah sentiasa ada di sisi kau, insyaAllah kau akan lebih positive. dan pastinya, jangan pernah tinggal solat...rasa-rasa macammana Allah nak tolong kalau kau sombong sangat tak mahu meminta tolong. Allah sayang kau. sebab tu Allah panjangkan umur kau sampai hari ini. Allah bagi peluang untuk kau berubah dan lakukan perubahan.

InsyaAllah. kau boleh!

Tuesday, 2 June 2015

misterinya cinta

salam n hi

cubaan untuk menulis walaupun mata sedang berlawan dengan rasa mengantuk.



cinta itu sesuatu yang misteri.kau perlu beri cinta supaya kau dapat rasakan manisnya cinta.tapi cinta itu bukan untuk mudahnya kau berikan pada tiap manusia.tapi, pada insan yang istimewa dan penting dalam hidup kita. pastinya bukan sang boyfriend/ girlfriend. bertahanlah. berikan pada mereka yang bergelar suami/ isterimu kelak. insyaAllah tiada penyesalan.


cinta itu mengasyikkan. sepertinya kau akan larut seperti orang yang dibius cinta. melihatnya buat kau rasa bahagia dan tenang. dan bila dia mendekatimu buat kau rasa mendamaikan dan keterujaan.

cinta itu anugerah. dari Pencipta kita dan dia. maka, janganlah sampai cinta itu menjauhkan kita dari Allah. Alangkah indahnya bila kita saling mencintai dan saling mengingati akan sang Pencipta?

cinta itu sementara. ibarat kapal dilautan sering dipukul ombak. adakalanya kecil, adakala besar menggila. maka, saat perasaan cinta itu hadir, kau ciptakan kenangan indah supaya nanti dapat kau kenang saat krisis ombak datang melanda.

semua orang mengimpikan cerita cinta yang indah. namun, itu semua hanyalah khayalan sahaja. kita ini manusia , tentunya ada masa indah dan ada masa kelam. gunakan akalmu yang matang saat berhadapan naik turunnya plot cerita cintamu. 

well..maybe that's for now.

cintailah apa yang kau punya. bukan kepunyaan orang lain. lol. bye. wassalam.


Tuesday, 7 April 2015

first poster?

salam n hi

first poster?

itu  la gelaran untuk budak-budak fresh graduate yang baru nak start kerja. ilmu mungkin masing-masing fresh lagi...tapi pengalaman zero. nak buat keputusan pun tak berani. nak buat procedure pun takut. huhu, ok maybe bukan semua lah.. ye lah..ada orang dilahirkan dengan environment yang menjadikan dia super confident. ada yang tak bernasib baik, takut-takut macam tikus gitu.. sekali dapat staff nurse kiri kanan duk panggil..."doc! tolong insert branula!" "doc! tolong off IJC" "doc! jangan lupa ye patient ni GDM in labour. RBS and BUSE!" dan macam-macam lagi..mau pening kepala nak serap semua arahan ni bagi yang tak biasa. tolong lah jangan mimpi kerja houseman ni macam cerita HOUSE. lulz. nanti akhirnya ramailah yang EL dan MIA. the end.

saya takde la nak mengkeji mahupun menghina. once upon a time, saya pernah jadi first poster jugak. frustrated kot. satu benda hape tak menjadi. pasang branula. bunk. and kau ada berderet patient lain yang nak kena settle. nak kena request imaging lagi. nak kena itu dan ini. lebih sadis bila first posting adalah medical dimana ratio satu houseman bersamaan 60-70 patients. dan kau first poster. no seniors around. datang kerja pagi pukul 6 dan end up balik pukul 11 malam. ada ketikanya balik pukul 3 pagi. tiap malam, air mata je la peneman setia. stressnya ya ampun... kadang bila jejakkan kaki ke ward, dalam hati berdoa semoga pengsan di tengah laluan . malangnya kau bertahan sampai tengah malam menjengah.  pernah juga bekerja dengan senior. senior siap bahagi tugas. dia ikut round, saya kena settle blood. tapi once senior habis round, ada satu makhluk ni terkial-kial ambik darah. satu patient smpai 20 minit. mana tak berasap kepala senior korang tu kan. aheraheraher. sekarang boleh la gelak. dulu nangis je manjang. apehal kerja ni sangat menyeksa jiwa.huhu.

sekarang dah jadi senior sikit. telinga pun makin tebal. bila mo marah, kita terima..kadang kalau mo tu baik, boleh la sengih sambil cakap sorry bos sorry...kalau yang macam hantu? dalam hati rasa nak hempuk kat dinding. haha. in ur dreams.

sampai satu saat, saya pun kena bekerja dengan first poster. memang geram jugak bila tengok. tapi terkenang diri sendiri dulu pun macam tu, i wonder kesian jugak lah kat senior-senior.huhu..sampailah satu saat, encik suami pesan pada saya,

"orang yang selalu marah sebab partner dia tak dapat bekerja dengan cepat itu adalah orang yang suka bergantung pada orang lain. kalau orang yang boleh bekerja, dia tak peduli pun. ya. mungkin penat tapi dia tak kisah bebanan kerja tu sebab dia yakin dia mampu laksanakan. cuma bila dapat partner yang boleh cooperate. tu bonus point"

zappp..

kena tepat dihatiku. ingatkan cintamu saja berpanah rupa-rupanya nasihatmu pun berpanah. lol.

i know, mr hubby is a good houseman. banyak junior houseman yang suka tagging dengan dia. students pun sama. siap suh saya kirim salam. kalau laki ok. kalau perempuan..ehem. hal kerja, hal kerja. lol.

alhamdulillah..selepas dari perbincangan dengan encik suami, saya cuba mengubah diri saya. melayan junior saya ibarat saya mahu dibimbing saat saya di tempat dia suatu ketika dahulu. *merenung jauh ke luar tingkap*

*dont worry. we can do it!*
"all is well. dont scared. believe in urself"
"take ABG? come. i'll show u."
"u must take this opportunity. our current MO is angelic one. learn!"
"we need to prepare ourself. we will never be junior forever. we'll be senior later. what u expect to be a senior if we dont want to improve ourself?"
"its ok. shit happened. take it as lesson"
ok cam drama sangat. hahaha.

how bout ur story? semoga kita semua dapat salurkan lebih banyak positive aura..
i luv u mr doctor @ encik hubby! thanks for ur positive aura..

wassalam

Thursday, 5 March 2015

new post

salam n hi

tajuk memang dah tak tau idea nak tulis tajuk apa..kehkehkeh..

Alhamdulillah..tsummalhamdulillah..banyak perkara yang berlaku semenjak post terakhir (which is in september) hingga kini dalam hidup saya.

LIFE AS HOSMENG (konon slang orang ganu...sukahati je.kehkehkeh)

seriously, hidup sangattlah berbeza. your life turns 360 degree. sangatlah berbeza sewaktu belajar jika mahu dibanding dengan waktu bekerja.

My first month kerja dekat hospital ittew, sangatlah menyebabkan tekanan pada diri ini. my adaptation process pun terrsangatlah lambat. Hari-hari balik kerja nangis. Perasaan nak quit selalu bermain-main diminda. Alhamdulillah banyak orang yang sentiasa berada disisi saya. Kakak ipar saya yang sangat memahami keep on bagi semangat. kadang-kadang dia saje jahitkan baju cantik-cantik untuk saya pakai dengan semangat ke tempat kerja. Dan juga mak yang selalu belikan baju yang cantik-cantik supaya saya kembali ceria. Bila teringat, pernah mak terlalu risau, bila saya pulang ke rumah tapi tak langsung masuk ke dalam. berjam jugaklah menangis dalam kereta. kononnya taknak nangis dalam rumah. tapi dah pi parking sebelah rumah. mestilah orang notice tu kereta kita. haha. hampeh betul. tapi bila teringat berjaya melepasi fasa-fasa adaptation tu...alhamdulillah sangat.. terima kasih Allah sebab perkenankan doa orang-orang yang menyayangi saya dan berikan kekuatan pada diri ini..ALhamdulillah.
atas: gambar hari terakhir saya di jabatan pembedahan.
bawah: saya bersama dr subha. orang yang sentiasa bagi semangat kat saya. my partner, my best friend, my sister. banyak bagi tunjuk ajar dan tips yang berguna buat diri ini. :D

Life as a wife
Alhamdulillah, segala puji bagi allah kerana mengizinkan diri ini untuk mengikuti salah satu sunnah rasul..such a bless. Alhamdulillah..bahagia? Alhamdulillah. ada hikmah disebalik semua yang terjadi sebelum ini.

Perkenalan singkat awal tahun lepas akhirnya diizinkan Allah berakhir dengan indah pada akhir tahun lepas. (walaupun sebenarnya mengetahui kewujudan encik suami 4 tahun yang lepas ketika program kesihatan yang dijalankan di Malaysia. tapi kami terputus hubungan sebaik tamat program tersebut. takde nak berhubung pun sebenarnya. sebab kami lain kampung. terserempak pun time pendaftaran dan penutup) tergelak jugak bila terfikir macammana boleh jadi. Kuasa Allah..Semoga ikatan ini kekal selamanya dan berakhir di syurga....amin..

  LIFE AS A MOM TO BE
ececece...perasan aih..hahah,,doakan yang terbaik untuk kami..^_^

Friday, 12 September 2014

3 bulan

salam n hi

3 bulan. boleh terasa pendek. boleh terasa panjang.

dannn...siapa sangka..dah 3 bulan aku bekerja.

Semoga Allah redha dengan kerjaku selama ni..

suka aku kongsikan kata-kata semangat yang dikongsikan oleh teman usrah tempoh hari..

"Allah takkan beri kita kekuatan macam tu saja.. tapi Allah bagi kita peluang untuk kita jadi kuat.

Allah takkan beri kita kesabaran dengan mudah, tapi Allah beri kita peluang untuk menjadi sabar.

selagi kita lihat segala yang berlaku disekeliling kita adalah peluang, insyaAllah, kita takkan pernah

rasa yang Allah tak mendengar doa kita. " wallahua'lam


3 bulan. :)

Thursday, 11 September 2014

sketsa kehidupan 1

"kau orang dah kenapa nak menangis kat sini?" tegas si ayah pada si bongsu yang teresak di sisi bonda yang mengalami penurunan tahap kesedaran. Aku berdiri di hujung lif, menemani pesakit yang mahu dijalankan pemeriksaan ct scan dari ward kami di tingkat 7. jam menunjukkan sekitar 2 pagi. diam. staff nurse ku juga berdiam.

"kalau nak nangis kau orang balik lah. "

"dulu, waktu mak kau sihat, kau tak hiraukan." sambung si bapa.

si bongsu semakin kuat bunyi tangisan. si abang di sisi, mengusap lembut bahu adiknya.

 sketsa kehidupan. yang turut menampar jiwa-jiwa lain yang berada di dalam lif di dinihari tersebut.

lumrah manusia.

bila ada, kadang sukar mahu hargai. bila tiada, merayu pada sang pencipta supaya diberikan peluang sekali lagi.

kerana itu, Allah mahukan kita sentiasa bersyukur.

walaupun berdepan dengan kesulitan, kena bersyukur.

kerana disitu Allah berikan kita pengalaman untuk berdepan dengan cabaran. Jalannya sentiasa ada selagi kita tak putus harapan pada Allah. tuhan yang maha esa.

nite. wassalam.

Friday, 2 May 2014

peristiwa aneh

salam n hi

alhamdulillah tsummalhamdulillah baru-baru ni diri ini diberi peluang menjadi tetamu di Baitullah. seriously, satu perasaan yang sangat berbeza. gembira, terharu dan sebagainya. alhamdulillah, praise to Allah for giving me this opportunity untuk berada di dua bandar suci, madinah dan mekkah.

Pengalaman selama 9 hari di sana, Alhamdulillah benar-benr pengalaman baru, tapi bukanlah itu yang mahu saya ceritakan di sini, tapi peristiwa setelah saya pulang ke malaysia.

"qilah, selama di sana, ada tak peristiwa aneh berlaku? yang pelik-pelik?"

saya terdiam. menghadam soalan tersebut.

"hem..takde pulak benda yang pelik..kalau kita tak cari benda pelik. kalau kita niat ke sana nak tengok benda aneh,mungkin adalah kot benda yang berlaku."

senyum.

kalau nak cerita pengalaman sendiri, saya cuma niatkan semoga Allah bantu saya untuk bersabar dengan kesabaran yang baik yang cantik. pernah dengar fasobrun jamil? sebabnya, saya admit diri saya ni banyak sangat kekurangan. Dan sungguh sabar tu tak semudah dan seringan diucap di mulut. ia perlukan ilmu untuk diamalkan..

dalam flight ke sana, saya menghabiskan waktu saya membaca buku "bila beduk diketuk". walaupun ditegur, "eh nak ke mekah ape la baca buku ni.." saya senyum..bagi saya takde masalahpun. since buku ni banyak manfaat sebenarnya. suka saya dengan penulisan ustaz pahrol mohd juoi. ni kira buku kedua. tapi, saya ok je. lain orang, lain cara berfikir. mungkin bagi orang tersebut, adalah lebih baik membaca buku panduan umrah. but for me. it's ok. anything can. no harm. as long as, apa yang kita baca akan mengingatkan kita pada Allah. orang tu tak salah, dan insyaAllah cara saya pun tak salah. win-win situation. ^_^

peristiwa mistik.
dulu zaman sekolah, saya pernah je layan sebuah majalah mistik. hehe. macam-macam peristiwa pelik diceritakan. bagi si pendosa yang nak ke mekah, sampai tak lihat kaabah. kes hilang tak jumpa jalan pulang ke hotel, diperlihatkan amal kejahatan depan kaabah dan sebagainya. sebagai seorang pelajar yang rebel, tentulah ianya sangat menggerunkan hati saya tatkala diajak menunaikan umrah pada satu ketika dahulu. sebabnya mindset saya berfikiran akan terjadi sesuatu benda buruk sebab dosa saya menggunung tinggi. huhu. Kemungkinan apa yang saya rasakan boleh jadi orang lain juga berfikiran yang sama. hem..at the end, para pendosa ini, tak mahu ke sana kerana takutkan perkara mistik berlaku ke atas diri mereka. wallahua'lam.

tapi ada kisah yang menceritakan seorang pengamal riba, pergi ke menunaikan umrah, dan tiada benda aneh berlaku dan dia menganggap ini bermakna Allah redha dengan perbuatannya.. hem.. acaner tu?

salah persepsi
masyarakat kita (termasuk diri saya suatu ketika dahulu) dah terlalu banyak salah persepsi tentang islam tu sendiri. sampaikan kaabah difitnah sebegitu rupa. hem..di mana silapnya? islam itu agama yang sangat lengkap, jadi kemungkinan kesilapan tu berasal dari penganutnya sendiri.ye tak? sebab tu kita perlukan ilmu untuk mengenali islam ni. belum tentu kita yang lahir dah beragama islam benar-benar memahami tentang islam. kita pun kena belajar untuk memahami agama islam tu dengan baik.kalau tidak, dan semoga tidak, boleh jadi kita akan jadi fitnah untuk agama kita sendiri. sedih kan? T_T

tarbiyah
bagi saya, apa jua benda yang terjadi, samada di tanah suci mahupun di tanah air, ataupun di tanah orang, anggaplah semuanya adalah tarbiyah dari Allah. Allah sedang mengajar kita sesuatu. bagi seseorang yang kurang sabar, mungkin perkara yang berlaku adalah cara untuk Allah tarbiyah kita untuk menjadi lebih sabar. Bagi yang takut, mungkin hal yang terjadi adalah cara Allah mendidik kita untuk jadi pemberani. pernah dengar semua yang terjadi ada hikmahnya? hikmah tu bukan sesuatu yang boleh kita lihat dengan mata kasar. kena lihat melalui mata hati berpandukan quran dan assunnah. InsyaAllah.

ok la..sampai di sini sahaja coretan saya. semoga coretan saya ini, dapat saya sendiri amalkan sampai bila2.. insyaAllah. :)

Sunday, 9 March 2014

ATUK

" Ayah, boleh ayah cerita asal usul atuk?"

Ayah mengalih mata yang dari tadi khusyuk merenung ipad ke arah suara yang bertanya. tangan yang sedang asyik menari di layar ipad juga terhenti seketika. senyum.

"owh, aisha tak tau pasal atuk ke selama ni?"

Aisha menggeleng. Matanya penuh tanda tanya. teruja mahu mengetahui susur galur keturunannya yang selama ini dia tak pernah ambil peduli. Entah kenapa, baru-baru ini, dia terasa terlalu jauh, asing. Dia merasakan betapa dia belum mengenali keluarganya dengan lebih dalam. 23 tahun yang lalu, hidupnya hanya terfokus terhadap dirinya.

"Atuk aisha keturunannya asli dari indonesia. lebih spesifik jogjakarta."

Aisha mengangguk dan fokus mendengarkan kata-kata ayahnya.

"Atuk aisha pergi ke malaysia nak jumpa pakcik dia. Sebab beberapa waktu sebelum tu pakcik kepada atuk Aisha pernah ajak atuk datang ke malaysia."

"Atuk sebelum tu kerja apa yah? Atuk ke malaysia naik apa?"

"Wallahua'lam..ayah pun tak tahu kerja atuk sebelum ke malaysia apa. mungkin kerja kampung lah kot. Atuk ke malaysia naik kapal."

"kemudian, panjang cerita atuk di malaysia. tapi, at last, atuk jumpa jugak pakcik dia kat malaysia. tak lama lepas tu, atuk aisha bantu hantar budak-budak ke pondok kat selangor (tapi sekarang dah takde). tapi, budak tu tak tahan duduk kat pondok. jadi, last-last atuk yang sambung mengaji kat pondok.", ayah tersenyum.

"ok, habistu, macammana atuk boleh jumpa nenek? nenek dulu sekolah pondok jugak ke?", Aisha cuba menduga.

"hem..dah nak dekat, tapi salah. haha. atuk aisha kenal dengan abang kepada nenek aisha kat pondok. Jadi dipendekkan cerita, nenek aisha dijodohkan dengan atuk melalui abang kepada nenek aisha."

Aisha tersenyum. whoa.. kisah yang pertama kali didengarinya. kisah tentang seseorang yang dia kenal namun tak sempat dia mengenali secara dekat kerana atuk meninggal dunia saat dia kecil. Aisha puas. Dia mengetahui sesuatu tentang atuk. Alfatihah. semoga Allah luaskan dan terangkan kubur atuk.

Nak menyayangi seseorang, kenalah mengenalinya terlebih dahulu. Begitu juga jika kita mahu kasihkan junjungan mulia rasul (s.a.w), kenalah rajinkan diri mengenali sirah dan peribadi baginda yang saaaaangat terpuji.  jom selawat ke atas baginda, nabi muhammad s.a.w dan semoga Allah ampunkan dosa-dosa seluruh muslimin dan muslimat serta mukminin dan mukminat yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. amin. :)

Wednesday, 5 March 2014

love and responsibility


love and responsibility.

dua kalimat yang memberi definisi yang pelbagai bagi setiap manusia. Ada yang mengatakan dengan cinta akan muncul tanggungjawab. Dan ada pula yang mendakwa dengan tanggungjawab, akan muncul cinta.

but..

macammana kalau, kita claim yang kita cintakan Allah dan Rasulnya?

Apakah tanggungjawab kita sekadar beribadah dan berselawat sahaja?

of course. No.

Tanggungjawab kita juga adalah menyebarkan rasa bestnya cinta kepada Allah dan rasulnya kepada orang lain juga.

analoginya macam kita makan zinger burger kfc (or u can choose something else), then kita rasa macam awesome gila rasa dia, dan kita bersemangat waja bercerita kepada orang lain, betapa asyiknya saat gigi geligi mula menghancurkan daging burger tersebut dan betapa lazatnya saat reseptor-reseptor di pangkal lidah mula mendeteksi rasa dari burger tersebut. phew. kita rasa gembira bila orang lain teruja dan dengan pantas membeli burger tersebut dan berkongsi keterujaan mereka bersama orang lain. happiness. rasa puas yang indescribable. aite?

Dan yang sangat penting, kitalah yang perlu feel dulu rasa cinta kepada Allah dan rasulnya. Barulah perasaan tu boleh flow to others macam air sungai yang dingin meresap ke liang roma kulit.

how?

kalau musim orientasi dulu, mesti ada sesi ice breaking. taaruf kata orang arab. samalah. Taaruf. kena topup lagi pengetahuan kita tentang Allah dan Nabi Muhammad. apa kesukaan dan hal yang tidak disukai. dan yang tersangat penting adalah bab amalan. sejauh mana kita mengamalkan sesuatu ilmu yang kita punya?
It's ok. take it slowly. mulakan dengan sedikit tapi istiqomah/berterusan, insyaAllah.

semoga tiap langkah dan perbuatan kita, ada redha Allah mengiringi. InsyaAllah.

peace be upon u. assalamualaikum.

Monday, 24 February 2014

kehidupan baru

salam n hi

alhamdulillah masih diberikan peluang untuk menulis lagi di blog ni. Rindu nak mencurahkan kata-kata. Tapi seringkali akal mengingatkan supaya diri ini jangan sampai merintih dan mengadu masalah di blog ini, kerana apa? kerana diri ini punya kekasih abadi yang setia mendengar doa para pencintanya. yup. not only me but all of us have Allah. Kalau sebelum ni ada terlepas di dalam blog, harap kita ambil pengajaran untuk tidak mengulanginya lagi. insyaAllah.

tahun 2014, tahun yang serba baru buat diri saya. baru tamat belajar, baru selesai angkat sumpah, baru nak grad (mei ini, insyaAllah), baru nak interview, dan bermacam lagi. Serba baru. Semoga dalam mode "baru" ni, saya tidak alpa dalam memperbaharui niat saya saban hari dan menjadi insan baru yang lebih baik dan lebih mencari keredhaan Allah. insyaAllah.

p/s: Harini juga saya baru nak minta pengesahan untuk sijil dan baru nak tempah baju buat pernikahan rakan karib saya. sabtu ni insyaAllah saya akan jadi pengapit untuk pengantin baru ni. hoho. barakallah azera& akmal. may Allah bless both of u. ^_^

Monday, 30 December 2013

satu bulan dua minggu

apa tu?

jangka hayat kau di dunia tinggal cuman sekitar waktu itu?

tak. (nangis)

habis tu?

jangka hayat aku di bumi bernama malang cuma tinggal sekitar itu. (air mata deras)

kau sedih?

(diam)

semua orang gembira kot nak balik. at last we settled our study weh! happy dowh!

kau, waktu pertama kali jejak kaki kat sini, kau sedih tak berpisah dengan keluarga kau?

sedih la. apa punya soalan seh.

itu perasaan aku sekarang.

hekeleh. kau dah kenapa? keluarga kau kat malaysia kot.

iya benar. tapi aku punya keluarga di malang jugak.

(diam)

(diam)







Monday, 4 November 2013

nikah

salam n hi

hah. tajuk tu memang buat kontroversi kan? lagi-lagi pada usia suku abad ni. peh.. memang sokmo tiap minggu dapat jemputan kenduri kawen rakan-rakan seangkatan waktu sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi termasuklah ada yang dah book diri ini untuk jadi pengapit pengantin. hamboi. musim orang nak menikah ni memang boleh diibaratkan seperti cendawan muncul setelah hujan. btw, tahniah la buat yang telah berjaya melangkah ke stage yang seterusnya. semoga bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar dan semoga rumahtangga yang dibina bakal membawa kita dekat kepada Allah, insyaAllah ke syurgaNya. afwan, sebab banyak undangan yang tidak dapat saya penuhi lantaran lokasi saya yang berada di perantauan. haha. perantauan la sangat kan. puii. 

cinta

ada sahabat yang pernah menghubungi saya mengadu tentang hal cinta. saya sebenarnya senang mengelak kalau orang mintak nasihat pasal cinta ni. Dulu saya percaya la jugak pasal cinta. sekarang, entah. no feeling. saya cuma boleh nasihatkan, kalau betul siap nak korbankan waktu, korbankan perasaan, nikahlah segera. korban waktu dan perasaan sekarang, bagi saya sia-sia. no offence! bagi yang punya pendapat lain, silakan berkongsi.  bagi saya itulah. 

cinta, insyaAllah boleh menjamin kita sampai ke jinjang pelamin. tapi untuk bertahan dalam sebuah perkahwinan, cinta bukanlah aset yang boleh bertahan. kita perlukan aset lain, which is tanggungjawab. Boleh jadi sampai satu saat, cinta itu akan pudar, lihat muka yang dulu dirindui siang dan malam jadi benci tak bertempat, perangai buruknya yang dulu tak pernah terlihat, makin jelas di depan mata. dan bermacam lagi. Jadi? untuk apa pertahankan lagi rumahtangga tersebut? dah takde chemistry lah. Naaahh..sebelumnya, cuba tanya diri kita, untuk apa sebenarnya berumahtangga? apa tujuan kita sebenarnya? sekadar melempiaskan nafsu yang tak terbendung atau kerana dipengaruhi cerita drama di tv yang endingnya happily ever after? pffft sudah-sudahlah berfantasi wahai anak bangsaku.

"ewah kau. cakap cam bagus. padahal diri sendiri baru putus"

senyum. positive. itu namanya bukan jodoh. Boleh jadi masih banyak urusan yang kau tak settle lagi, jadi belum tiba waktu untuk kau lagi. Allah knows better rite? 

topeng

"akak tak tau la kenapa, tapi perangai dia sangat laaaain dengan waktu sebelum nikah. Eh sumpah lain gila awak. akak stress betul la kadang-kadang" keluh seorang rakan yang lebih tua beberapa tahun dari saya. Menurutnya, sebelum menikah suaminya sangat care, kalau dia merajuk confirm dipujuk. pernah sekali dia sakit, sang lelaki langsung datang ke rumah keluarga sang perempuan dan memberikan bantuan. Sekarang? berbeza. indah khabar dari rupa. 
"sabar ye kak. akak slowly lah berbincang dengan dia. Akak pendam macam ni, masalah takkan settle. mungkin kalau akak takut akak teremosi bila bercakap, akak cuba sms ke? misalkan emosi akak terganggu waktu tu, akak jangan reply terus msg tu. nanti jadi perang dunia kedua. huhu"

aneh. tapi itu reality. orang yang kita kenal selama ini, bukanlah dirinya yang sebenar. penuh dengan kepura-puraan. yeah. and we also tend to be someone else rite? bagi saya, sangat penting mengenali seseorang melalui keluarganya, melalui rakan-rakannya. Kalau dia seorang yang pemalas, mak mintak tolong buang sampah pun berkira, kau rasa satgi dia menikah dengan kau dia boleh berubah 360 darjah? yeah. hidayah itu milik Allah. semoga dia berubah.

Nak cari pasangan yang baik or soleh or whatever-lah-criteria-yang-kamu-mahu, bermula dari diri kita sendiri. kita seorang berpura-pura?get ready to hv someone just like us. termasuklah kamu nak orang yang menjaga agamanya, lihatlah bagaimana kamu menjaga agamamu.

Learn. jangan malas. Ubah. bukan untuk kebaikan orang lain. tapi untuk diri kita sendiri. Bahagiakanlah orang sekeliling kita sebelum kita mengambil keputusan membahagiakan orang lain. paling simple. Mak Ayah kita? dah bahagiakah mereka punya anak seperti kita? Mak ayah bukan individu yang dihubungi bila kita memerlukan wang sahaja. tapi mereka memerlukan teman.

orang tua

"mak, happy birthday. semoga Allah kurniakan mak kesehatan tubuh badan. semoga Allah berkati mak usia yang panjang. semoga mak sentiasa awet muda!" kedengaran bunyi tawa di hujung talian.

"hem..takut mak doa umur panjang tu. doakanlah mak umur panjang tapi tak menyusahkan anak-anak. boleh berdikari sendiri"

"eh..mak ni..fikir camtu pulak..oklah..semoga Allah kurniakan mak umur panjang dan sehat tubuh badan dan mampu berdikari sendiri. semoga anak-anak mak sentiasa di samping mak jugak. ok tak mak?" diam. air mata mengalir. 

"aminnn" air mata tambah deras.

"sayang mak. kita jumpa jumaat nanti ye insyaAllah"

lelaki melayu

"aku benci gila lelaki melayu. pemalas. pinggan sendiri malas nak basuh. macam kurang ajar la kan cakap kat perempuan, kau belajar tinggi-tinggi akhirnya tempat kau kat dapur", emosi. kami terdiam. dalam hati, saya menafikan. lelaki melayu yang saya kenal, which is ayah, abang dan adik saya sangat penyayang. sangat mendukung saya. dan tak pernah putus asa di saat saya pernah sesat mencari jalan hidup. tapi saya tak boleh menafikan pengalaman trauma hidup yang dia lalui bersama lelaki-lelaki melayu yang (sila isi tempat kosong) menyebabkan fikirannya seperti itu. diam. suasana sepi. kami hanya mampu mengucapkan kata-kata supaya dia bersabar.

bagi saya, fungsi perempuan sangat besar. even nak suruh jadi surirumah tanggapun, seharusnya perempuan tersebut mempunyai degree. ya. quality for our children. you dont have to hire a teacher to teach ur children. she'll be the counsellor for your children n etc. fungsi perempuan bukan terbatas untuk cuci pinggan, jahit baju, kemas rumah, cuci baju. itu hanya bonus. bukan tanggungjawab dia. tanggungjawab isteri hanyalah melayani suami. jadi, para suamipun tak salah kalau nak tolong membantu mengemas rumah dan etc. Rasulullah sendiri membantu para isterinya melakukan tugas rumah. then, y u feel u r so special than Rasulullah?.saya nak puji la kat abang saya kan, kak ipaq saya pernah cerita, waktu pregnant dulu, abg saya ni rajin beno vaccum rumah,  cuci baju.. aiwah..semoga abg dan kak sekeluarga sentiasa dirahmati Allah. dan saya pernah dengar juga ramai isteri yang pernah menceritakan kebaikan suami mereka. Alhamdulillah. antunna sangat beruntung. semoga Allah rahmati keluarga antunna :)

konklusi

buat anda yang telah berniat untuk berumah tangga, teruskan niat murni anda. Jangan takut dengan sketsa hidup yang saya ceritakan. Jalan hidup kita tak semestinya sama. berfikiran positive lah. anda positive, sekeliling anda insyaAllah positive. tetapkan tujuan sebelum menikah. apa yang anda harapkan dengan sebuah pernikahan. sudahkah anda pertimbangkan seandainya anda mempunyai anak, bagaimana cara anda mendidik mereka? mahu mencorakkan mereka menjadi apa? sebaiknya coraklah anak anda menjadi orang yang bermanfaat, yang insyaAllah manfaatnya akan anda dapat di kemudian hari. InsyaAllah biiznillah.

Barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a bainakuma filkhair.

semoga dikurniakan keluarga yang sakinah, mawaddah warahmah. 

Sunday, 6 October 2013

The Ups and Down of life

salam n hi

Pernah tak dalam life kita, kita berhadapan dengan sesuatu yang membuatkan kita perlu memilih and at the end, pilihan satunya lagi, telah dipermudahkan oleh Allah yang mana dipenghujung hari tersebut membuatkan kita rasa nak menangis sebab Allah bagi surprise kat hambanya yang sorang ni. :')

I have my own story.

Jumaat, 4 october 2013

Lampu Blackberry(BB) berkelip tanda ada pesanan yang diterima. Tanganku lantas mencapai BB di poket jaket putihku dan kelihatan di layar BB tertulis pesanan daripada Hartadi. Teman indonesia saya yang pernah menjadi rakan sekerja saya sewaktu outstation di luar daerah.

"Bro, how about tomorrow? kamu jadi ikut ga?" . Bro. panggilan yang tak pernah mengenal jantina sebenar seseorang. main gasak je dia panggil semua orang bro. aduyai.

"I can't decide yet. ntar aku konfirmasi lagi ke kamu".

galau (baca: kusut). bingung sangat nak pilih yang mana satu patut aku pergi. Either ke tadika dr specialist psychiatry (di mana kami perlu mengobservasi sistem dan kelainan pada kanak-kanak di situ) OR ke seminar neurology yang menampilkan barisan neurologists unggul dari jakarta, bandung, surabaya dan malang sendiri yang dimaksudkan hartadi tadi.  yang pertama masuk for free. yang kedua yuran pendaftaran 400 ribu rupiah. Tapi dah lama dah daftar. dalam 2 bulan sebelum ini. 

Entah kenapa hati duk galau sangat. Tak pergi tadika tu, rasa sayang pulak. sebab sekarang kan tengah lab psychiatry. so nak tengok for real kelainan psychology pada kanak-kanak. Tak hadir seminar neuro, lagi rasa rugi. burn rp 400k. arghh, galau! 

Fikir punya fikir, aku kena cari pengganti. at least tak lah rasa rugi. at least ada orang lain yang dapat benefit dari seminar neuro tu. tapi siapa? rakan-rakan malaysia tak ramai berminat dengan acara seperti ini. entahlah. alasan kenapa saya pun tak tahu. tapi takdelah semua tak berminat. ada jugak tapi just a few. 
misi mencari pengganti sepertinya menghampiri jalan buntu. Broadcast pun no reply. so sad.

Nak taknak, sepertinya harus menerima hakikat duit akan burn rp400k. takpelah. redha je lah.

Sabtu, 5 oktober 2013

Pukul 6 pagi dah berkumpul di area hospital untuk berangkat ke tadika dr specialist tersebut. dan sekitar 630 dah kena ada kat sana. Kami berangkat ke sana dengan menumpang kenderaan pak ketua kami. Sampai je kat sana. observe environment sekolah dia, observe kanak-kanak riang tanpa ada sebarang communication dengan mereka. just observe. agak-agak dah jam 8 pagi tu, dah settle observe. masing-masing dah duduk-duduk. dalam hati terdetik la jugak. ni sempat lagi ni pergi seminar neurology. event start jam 7. paling lambat pun 730. Tengah duk galau sensorang, datang seorang teman indonesia saya, wanda. 
ini wanda. agnes wanda

Wanda berdiri di samping dan merangkul lengan kananku.

W: "ga ngapa-ngapain kita di sini. mending pulang aja"
Q: iya wan..aku juga mikir mau kabur aja nih. mending aku ke seminar neurologi daripada duduk-duduk aja ga ngapa-ngapain
W: oh. kamu ikut ta qish?
Q: iya.
W: ayo.tak hantar kamu ke sana.
Q: *muka pelik* eh?beneren ta?
W: Iyaa.. ayo. dari di sini mending kamu di sana aja qish. 
Q: *muka bercahaya* T_T 

Dalam hati serius speechless. Manusia apakah ini. nape baik sangat ni? tak macam yang diperlihatkan di tv pun. tipu ah tv ni. kenapa tv tipuuu? haha.saiko.

Aku tau Allah sengaja je suruh wanda berdiri sebelah aku, pastu borak-borak kat aku n offer hantarkan aku ke tempat program. Alhamdulillah summalhamdulillah. dengan izin Allah kami merempit ke sana dan sampai di tempat program sekitar jam 830. Walaupun sedih dah terlewat dua slot dari dr machlusil husna SpS (spesialis saraf) dan dr shahdevi SpS, tapi takpelah. Allah still bagi peluang untuk ikut 3 sesi which each session ada 2 slot. Alhamdulillah. Dan seeeeeepaaaaaaanjang program aritu, Alhamdulillah puas hati sangat. walaupun ramai yang menegur kenapa saya datang sendirian. dan ada juga yang berkata, "loh tumben koq anak malaysia ikut.". aku senyum. aku datang bukan dengan identiti anak malaysia. aku datang dengan identiti Noor Aqilah MT. kerana aku aqilah yang mahu mencedok ilmu dari guru-guru yang hebat. dan kerana Allah-lah yang telah menyebabkan aku di sini.

Dan sebenarnya tak sangka satu hal lagi yang terjadi waktu program tu. semenjak si tompok hilang aritu, rasa sedih. padahal baru first time hantar beg gi laundry. ngade-ngade sangat taknak basuh sendiri. padan muka. 
si tompok (bagpack)

Sedih dia takyah cakap la kan. Dah la tu hadiah birthday waktu umur 2* tahun. (maaf.di censored). Tak pepasal gi kelas tiap hari kena pakai beg sandang. senget bahu sebelah. Tapi ternyata Allah gantikan dengan beg lain waktu daftar nama kat program neuro tu.. *suke suke*
beg program pun..beg program lah..janji beg. ada duit lebih nanti baru beli beg baru. :D

At the end of the day, bila duk muhasabah balik, betapa banyak bantuan/surprise yang telah Allah berikan. Punya beriya aku broadcast mesej tanya siapa yang lapang dan mahu ke seminar, Allah tak gerakkan tangan mereka untuk balas ya/mahu. sebabnya Allah nak aku jugak yang pergi. walaupun event habis dah nak dekat maghrib, rasa gembira sangat. Semoga pada masa akan datang, masih ada peluang lagi untuk aku ikut. :) amin.

Thursday, 19 September 2013

hati dan perasaan

salam n hi

update ringkas sebab esok nak exam.

Lately, disekitar saya banyak hal yang terkait dengan perasaan kedengaran di telinga saya. antara rakan, antara senior-junior, antara pasangan, antara family dan bermacam lagi. Kadang buat tak endah je, tapi kali ni bila melibatkan rakan terdekat saya, saya simpati dan dalam pada masa yang sama saya tak tahu nak buat apa. menyedihkan betul. 

Disaat umur hampir mecapai suku abad, dan masing-masing 'akhirnya' dah nak habis belajar, kebanyakan rakan-rakan berfikiran untuk menamatkan status bujang secepatnya. Ada yang berencana bertunang hujung tahun ini, ada yang berencana menikah awal tahun depan dan ada juga yang baru bertemu pasangan di saat sisa waktu kami (student malaysian) di sini berbaki 3 bulan lagi.

tak kurang juga ada yang dikecewakan, ada yang diam kemudian melamar sahabat baik seseorang, ada yang diganggu dengan seseorang, dan ada yang ditekan oleh keluarga untuk mencari pasangan yang sama-sama kerjaya seorang doktor dan seorang malaysian. kasihan. sudahlah jumlah lelaki malaysia di sini beberapa kerat saje. kalau indonesian ramailah. tapi orang tua awal-awal dah kasi warning. haih. macam-macam.

Cinta. itu fitrah. dan tak dapat dinafikan ianya adalah anugerah dari Allah. tapi sejauh mana kita mengawal cinta demi redha Allah?

Saya terfikir. kenapa, bila bercinta, perlu membonceng motor berdua? bila bercinta, kenapa perlu berpegangan tangan? bila bercinta, kenapa perlu bersentuhan dan perlu berdua-duaan? hanya dengan itukah dapat membuktikan tulusnya cinta kita terhadap seseorang? 

Ada seorang teman saya. Betapa dia cuba melindungi sahabatnya supaya tidak terjebak cinta yang "typical".
"ini haram." "tak boleh keluar berdua" "u have to tell your parents if you really like him. introduce him to them"
dan jawapan yang diterima tidak seperti yang si sahabat harapkan. "give me some more time to get to know him. i do want to take him as my future husband and i will tell my parents about him after they get back from haji. just pray for me." dan berlalu menuju ke sang jejaka yang sedang menanti.

saya faham perasaan si sahabat. niatnya baik. dan saya rasa bersalah. sebab agak blur tak tau nak cakap camna. rasa tak dapat membantu si sahabat tadi. kasihan melihat si sahabat tak henti-henti berfikir berkenaan sahabatnya tadi. tampak raut wajah yang begitu kecewa. Allah, berikanlah kekuatan buat sahabatku dan kau lindungilah sahabatnya dimanapun jua dia berada. amin.

saya kurang baca buku soal cinta. buku adik bagi aritu pun tak sempat nak bawak balik malang. insyaAllah nanti saya lebih banyakkan membaca.

Doakan saya dan rakan-rakan dapat menjawab exam forensik besok. :) wassalam

Monday, 26 August 2013

si merah saya

salam n hi

Alkisahnya, jumaat lepas setelah habis outstation selama sebulan setengah di luar daerah, saya dan teman-teman, berencana untuk melakukan aktiviti lasak bagi melepaskan gian yang telah lama tersimpan dek terlalu lama terkurung di balik bangunan batu bernama rumah sakit (baca:hospital). Awalnya plan nak naik ranu pane, danau yang ditemukan on the way ke gunung semeru.

Jadi, Jumaat lepas, sekitar jam 9 malam, seramai 24 orang, kami menaiki 4 buah kereta menuju ke pantai sendang biru. Pantai sendang biru tu tak lah cantik mana pun. pantai dia tercemar. memang takdak sapa yang nak mandi manda situ aih..tempat perahu-perahu parking. Waktu kami sampai, bulan purnama terang baik punya. Makanya, takda seorang pun nelayan yang turun cari ikan malam tu. kata mereka kalau bulan purnama, susah dapat ikan. Jadi kami semua kempunan makan ikan bakar malam tu. Malam tu diisi dengan aktiviti masing-masing. Ada yang menyanyi, ada yang main buaian yang tergantung di pokok (macam dalam cerita conjuring), ada yg menikmati angin pantai dan bermacam lagi. so kami yang perasan bijak ni cepat2 cari port untuk tidur, which is front seat. mihihi. best gila. takdak sapa kacau. ^_^ . i chose the driver seat. heh. tidur aman damai tanpa gangguan melainkan si makhluk halus. which is encik nyamuk. tapi dengan izin Allah lepas pakai repellent, the dont even dare to get close to me. meh. (sleep like a bos)

Lepas Subuh, kawan-kawan pi cari ikan. Alhamdulillah, jam 1 pagi ada nelayan yang turun laut dan kembali ke pantai dengan membawa ikan-ikan yang sihat tubuh badan. Jadi barbecue kami dibuat pagi lepas subuh ja. layan. Sementara kaum adam menyiapkan barbecue, kami yang perempuan ada yang siapkan breakfast roti telur, ada yang layan angin pantai, ada yang sambung tidur, ada yang macam-macamlah aktivitinya. i didn't observe everyone. so i dont really know. hehe.

Jam 830, perahu-perahu yang akan membawa kami ke destinasi yang dituju telahpun bersiap sedia. masing-masing bersiap dan berkumpul untuk pengarahan selanjutnya. Setelah membacakan doa, tiga buah perahu yang kami naiki meluncur ke pulau sempu. perjalanan menaiki perahu hanya mengambil masa selama 15 menit. Setibanya kami di pinggir pulau sempu, kami harus mempersiapkan diri mengharungi perjalanan 2 jam setengah mendaki 3 buah bukit untuk sampai ke teluk pulau sempu yang saaaaaaaangat indah. subhanallah. macam swimming pool pun ada. ombak takde, pasir cantik, air crystal clear. subhanallah..maha suci Allah yang menciptakan sebaik-baik kejadian.
gambar waktu jungle trekking

pantai sempu

then siapa si merah?
ini si merah saya.

sepanjang jungle trekking tu memang saya duk remind diri yang satgi dah sampai laut, tolong la cabut. ternyata dek keasyikkan pemandangan laut buat saya terlupa yang si merah masih di telinga saya dan tanpa disedari saya terus terjun ke laut. tup tup, saya terasa, "eh tadi dengar suara hamza namira nyanyi. la ni awat dah hilang?" terus berdiri lari ke pantai. TIDAKKKKKKKKKKKK! si merah dah tak bernyawa. saya try la jemur kan. kut la nanti kering si merah boleh berfungsi balik. ternyata, si merah dah mati kelemasan kerana kecuaian saya. sedih. 

Jadi dikesempatan ini, saya ingin berkongsi lagu yang buat saya bersemangat sekali yang dimainkan si merah sepanjang jungle trekking.


lyrics dia serius OSEM! (awesome) Jangan lupa turn-on captions ok? :)


dua lagu ni la antara peneman sepanjang 2 jam setengah perjalan. ada la lagu lain. tapi 2 ni paling ngetop la. adore gila dengan lyrics dia. ok la. rest in peace si merah. terima kasih kerana telah banyak berjasa kepada saya. Mohon maaf atas kecuaian saya. :( 

okbai. take care all. wassalam.







Wednesday, 24 July 2013

tarbiyah

Salam n hi!

pernah tak dalam seharian menjalani hidup, kita terasa berat sangat nak habiskan hari-hari kita. Kita berasa seperti...
"oh kenapa malang sangat hidup aku?" 
atau
"aku tak faham kenapa hidup aku ni sial sangat.". 
atau mungkin version yang lebih better,
"dalam quran Allah kata uji kita ikut kemampuan, tapi kenapa aku rasa lemah tak mampu??????" sambil hantok kepala kat dinding.
mahupun,
"kau senang cakap redha..aku dah berkurun asyik satu group dengan dia. kau tau tak aku stress gila? aku rasa nak berhenti belajar sebab dia (over sket)" but end up ada orang lain group dengan orang yang kita stress sangat tu, dan dia dapat menjalani hidup dia tanpa ter-efek sama sekali dengan orang yang kita rasakan burden gila tu. 
atau jugak,

 "I ingat dia jodoh yang Allah tulis dekat luh mahfudz, tapi ternyata kami putus juga di pertengahan jalan. I rasa hidup i dah tak bermakna bila dia tinggalkan i" kata minah(bukan nama sebenar) sambil duduk berteleku memikirkan nasib diri yang sudah meningkat usia tetapi belum menikah sedangkan teman-temannya banyak yang sudah ber-anak tiga.eh?
 tepuk dahi. geleng kepala.

Kadang, kita selalu berfikir negatif tentang diri kita. Kita selalu meletakkan atau menghukum diri kita sebagai orang yang bernasib tidak baik atau malang atau senang cerita bajet kita ni paling menyedihkan atau pathetic. heh? kemon man. (baca:come on) u are not such a loser. u are created because u are special. cuma mungkin kita yang tak nampak potensi hidup kita tang mana yang nak dipositivekan. kadang kita terlalu terbawa-bawa cerita drama melayu/ sinetron yang baru kita tengok dengan mak/kakak/kawan kita semalam dalam hidup kita. mula lah terfikir yang kita ni adalah watak heroin atau hero yang kena dump and then jumpa prince/pricess charming n then blablabla (merapu). Kalau nak islamik sket, perasan diri jadi watak macam cerita-cerita cinta islamik. dalam cinta bertasbih ka, n the list goes on.kemon. bosan. (eh haritu, bunda saya suruh tengok omar series. share sket)

Cuba bayangkan. orang yang kita stress sangat, pernah dia stress pasal kita? Orang yang kita bajet dok peqati (ni kak ipaq aku orang utara dia ,dia kalau mesej huruf R tu dia tukaq pi huruf q. bunyi cam keqas sket. ) kita, kunun cakap pasal kita tiap hari macam dia stalker kita, entah-entah dia tak pernah terlintas pun nak ngumpat kita. kita duk peqasan jadi diva. pengsan.

Kadang bila aku analyze, aku rasa semuanya balik ke hati kita. rasanyalah. ni dari pemerhatian aku la. kita yang suka duk pikiaq macam-macam ni, hati  kita kosong. paling terisi la kejap dengan benda-benda yang kita rasa boleh happykan kita. tapi biasanya jap je lah. tak lama mana. pastu mula down balik. 

Pernah tak kita fikir, setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah tarbiyah dari Allah. huh? tarbiyah? amende lak tu? tarbiyah tu adalah didikan. So setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita, itu adalah direct tarbiyah dari Allah. percaya?

I'll give you 1 example. 

sori noh contohnya sekitar hidup cheq, which is in hospital.

adalah rutinitas bagi koas(clinical student) di tempat cheq blajaq, tiap kali oncall, esok pagi mesti kena present salah satu case yang kita dapat malam tu . tapi disebabkan kita oncall hari sabtu dan ahad bukanlah waktu bekerja, jadi present case hari isnin. Kita punyalah bertungkus lumus siapkan power point pasal case yang kita dapat dan bersengkang mata study pasal case tu, tup tup, ada kawan kita kata, "weh, tak pakai case hang, pakai case yang aku dapat. nanti kau buat slide".

persoalannya. apa agaknya reaksi kita?

a)maki-maki sampai habis semua word makian .tapi dibelakang.
b)seperti a.tapi depan-depan.
c)istighfar. cuba bertenang dengan tidur & protest taknak buat. siapa yang tukar,dia kena buat.period.
d)istighfar. dan bertenang dan berfikir, ini peluang untuk kita belajar case yang lain. belajar kan tak merugikan. (tu dia positive bak hang)

misalkan ye..kita TERpilih A. maki maki maki. puas hati betul maki. maki sampai berasap kepala. maki sampai tertidur pun maki maki lagi. (LOL berapa banyak maki ni? -_-") then, esoknya, hari yang berdebar-debar pun muncul. sang suria mengetuk jendela dengan sinar paginya. kita bergegas menuju ke hospital dengan hati yang berkecamuk menaiki tangga hingga ke tingkat 4 dan tangan dengan longlai memulas tombol pintu masuk ruang pertemuan. Baru duduk situ 10 minit. Doc specialist baru ucap selamat pagi, tiba-tiba.... kita rasa pening. kerusi yang kita duduk bergoyang-goyang kiri kanan. Doc yang tadi di depan kita dah lari macam pelesit keluar dari ruangan. Case report pagi tu dibatalkan. semua bersurai secara automatic. and this is based on true story. (cuma ada la tambah efek cerita sket. yang mana rasa hiperbola sangat tu..kekeke.tapi pasal gempa tu betul la. minggu lepas gempa kat tanah jawa ni.)

back to al-baqarah 286. u got problem brother/sister?

Nak tak nak kena force diri kita belajar positive kan diri kita. kalau benda tu berlaku jugak means Allah tau kita siap nak menghadapi. kalau tak, nanti ada la caranya Allah halang benda tu dari berlaku. Kalau benda tu jadi jugak, means ada benda lain Allah nak tarbiyah kita. 

Contoh la..mungkin selama ni kita malas gila nak belajar, then tuptup esok kita kena present case yang kita tak familiar sangat. kita pun tetap tido dengan gembira tanpa usaha dan percaya semua berlaku mengikut kemampuan kita. dan esoknya, kita kena marah, dipermalukan, diruntuhkan ego dan di denda. kita rasa sedih. down. Namun, setelah pulang, kita berdiri depan cermin sambil menangis dan berjanji akan menjadi lebih rajin. dan akhirnya kita menjadi rajin dan taknak perkara yang memalukan dulu terulang kembali. see. ada sesuatu yang Allah nak didik kita.

Cheq pun banyak je masalah. plus outstation lak dapat kat tempat yang masyaAllah sibuknya boleh tahan. kalau masuk bilik memang boleh terus pengsan. tapi kadang bila fikir, Alhamdulillah Allah letak cheq kat tempat super sibuk.. Alhamdulillah cheq takde masa kosong buat pikiaq merapu lebih pasal masalah (sebab biasanya kalau ada masa kosong cheq akan recharge energy. hoho). insyaAllah takde la niat nak lari dari masalah tu..tapi insyaAllah time tengah uruskan patient tu Allah bagi je idea camna nak settle kan masalah tu. alhamdulillah.

Kalau selama ni kita rasa Allah jauh dari kita mungkin kerana kita yang menjauhkan diri dari Allah. why not kalau kita berangan kita ni adalah hamba Allah yang special. we have good connection with Allah. dan tiap hari ada je surprise yang Allah nak bagi kat kita. (peringatan khas buat diri sendiri)

kalau kita yakin memang ada orang duk ngutuk kita,  kita jumpa ja, tanya apa yang kita salah, suruh depa habaq, paling kita boleh baiki diri jadi lebih baik.  takpun kalau yang tak puas hati dengan kita hal-hal yang tak berfaedah (contoh: kenapa kita comey sangat), tu depa jeles lettew. buat donno (baca: don't know) je. nanti lama-lama penat dia diam la..kita toksei sibuk pusing kepala. yang penting kita yakin apa yang kita buat tak melanggar larangan Allah. ok?

papepun.keep calm and read qur'an.
habis program, ajak nenek ni ambik gambar. tetiba dia cium pipi.
siapa tak terharu kan. nenek ni umur 90 tahun. MasyaAllah, sihat lagi tau. 
^_^

wassalam.

Wednesday, 5 June 2013

Happy anniversary!

salam n hi


4 JUN 2012

Perasaan nak masuk bekerja di rumah sakit tu, serius menggerunkan. Am i ready enough to face the situation in hospital? Cukup bertanggungjawab tak? Cukup ilmu di kepala ke? Cukup berani ke nak melakukan tindakan medis yang selama ni dilakukan pada mannequin dan sekarang dilakukan pada manusia?ketaq ketaq lutut kaki...peluh besar..

Sarung baju putih, بسم الله توكلت على الله . Dengan yakinnya melangkah ke hospital. Ecee..takdelah penuh keyakinan manapun. First day tu kalut gila bak hang. Cuakness level 100. 

Tapi papepun, Alhamdulillah. Banyak pengajaran hidup yang tak dipelajari di kampus dulu dan ternyata saya dapatkan hospital. ;')

Alhamdulillah summalhamdulillah , sepanjang setahun ni, so far dahpun melewati department neurology, surgery, internal medicine, dermatology, obstetric n gynecology, radiology, pediatric, opthalmology dan terkini saya berada di anesthesiology. Weeho! Alhamdulillah. praise to Allah. Tak dapat nak digambarkan betapa saya sangat terhutang budi dengan guru-guru saya yaitu pesakit-pesakit saya. Yup, di hospital, kami diajarkan guru kami yang pertama adalah pesakit kami. Dan kami wajib menghormati mereka dengan melayani mereka dengan baik. Meskipun mereka adalah golongan yang susah, kami tak berhak melayan mereka seolah mereka kebal dari sakit dan berbuat sesuka hati kami. Jazakumullahu khair kathira.

Papepun, congatulation to koas batch 08! Tup tap dah setahun kita bersengkang mata kat hospital. Tau tau dah jadi koas geriatric. Koas tua. Sobs!
seusai majlis angkat sumpah sebelum menjadi koas. :)

Kenangan bersama resident di neurology

kenangan sewaktu di surgery.
kenangan bersama specialist orthopedic yang sangat sempoi habis and friends. (yang tak pakai white coat tu doc specialist.)


Kenangan di internal medicine with the residents and my team at ward 28


Kenangan di internal medicine with colleagues 

 

(2 gambar di atas)Kenangan di Rumah Sakit (Hospital) Dr Iskak, Tulungagung. sebulan saya duduk sana. waktu ni saya di department dermatology.

outstation di hospital daerah. RS Ngudi Waluyo, Wlingi. Seminggu kat sini beri saya ilmu yang saaaangat berharga. :')

department yang saya paling senang dengan pesakitnya. pediatric. gambar di atas sewaktu saya di perinatology.

perkenalkan. anak angkat saya. adam haiqal. haha. sukahati taruk nama kat anak orang

ini gambar di department opthalmology. ni kononnya nak pura-pura tengah check visual acuity. tapi terlupa pasang occluder. hahah. agak kantoi di situ. :p

tiap tahun sekitar bulan mei akan ada karnival yang menghimpunkan seluruh mahasiswa di medical faculty. karnival dekan cup/ dean cup. dan di atas, foto terakhir saya mengikuti karnival di FKUB. tahun depan kita tak bertemu lagi. :')

ward round malam-malam, baca ECG. yang tudung gelap tu ada gaya consultant. :p


sekian dari saya dr (insyaAllah) Noor Aqilah yang bertugas pada hari ini. di kesempatan ini ingin saya mengucapkan happy anniversary kepada semua koas batch 2008 atas kejayaan kita semua bekerja dengan penuh dedikasi di RSSA satu tahun ini dan berbaki sekitar 6 bulan lagi. Segala penat lelah, tidur malam yang tidak pernah cukup, masuk pagi dan pulang malam akan menjadikan kita seorang bakal doktor yang mantap di sisi Allah, berguna di tengah masyarakat dan menjadi kebanggan buat ayah ibu dan keluarga kita. insyaAllah. amin.