Followers

Friday, 1 November 2019

entry pertama 2019

salam n hi

terasa lama sungguh tak singgah mencoret di sini. terlalu cepat masa berlalu dan terlalu banyak perkara yang berlaku, termasuklah usia yang dah melanjut 3 series ni. kof kof.

semenjak menyahut cabaran encik abang untuk uninstall FB dan IG selama seminggu ni, benar-benar buat diri kebosanan. Bila menghadap HP, eh. lupa tak ada 2 apps ni. sampai ada terniat nak usha FB atau IG dari account rakan-rakan. haih, addicted rupanya. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk sedar dan semoga ada pengajaran atau hikmah yang dapat kami ambil selama berhibernasi selama seminggu ini. Tapi kena tahan saja lah withdrawal symptoms ni. kih kih.

So, nak jadi cerita teringat kembali laman blogspot. Laman yang banyak kenangan pahit dan manis. Laman di mana aku mengenali ramai rakan- rakan. Which Alhamdulillah, bila kenang balik, main berkawan je aku ni, tapi Allah kenalkan dengan rakan-rakan yang berbeza latar belakang untuk aku lebih terbuka mengenali kehidupan orang lain.  Zaman social media sekarang, banyak bahayanya. Bila kenangkan sikap aku dulu yang terlalu berani berkawan, takut juga. Tapi , Alhamdulillah, Allah lindung dari bahaya. Rakan- rakan yang pernah aku jumpa dulu, walaupun katanya geng setan. tapi tak lah setan betul. huhu. Kalau lihat zaman sekarang, beza nya, subhanallah. Siapa sangka kuasa Allah. Gembira bila tengok rakan-rakan ada yang dah berkeluarga, dikurniakan cahaya mata yang menceriakan suasana. Walaupun ada juga yang masih bersendiri, tapi berjaya dalam kerjaya dan dikelilingi keluarga tercinta. Bila lihat tentang jodoh, ada juga yang dari utara dan selatan berjodoh dengan mulanya perkenalan di blogspot. Aturan Allah. siapa sangka kan?  Alhamdulillah. Semoga mereka semua sentiasa dalam perlindungan Allah InsyaAllah.

thats all for now. insyaAllah akan ku cuba ambil kesempatan untuk menulis mencoret sedikit pandangan dan kenangan pada lain hari. nanti beberapa tahun ke depan, boleh la baca balik. macammana lah cara fikir aku sekarang. hi for future me. Semoga Allah lindungi kamu dan keluarga kamu selalu. Semoga sentiasa memberi manfaat untuk orang sekitar kamu. saya sayang kamu. jaga diri kamu.

wassalam..

Monday, 23 October 2017

short note

salam n hi

post pendek kali ini ditulis khas buat para wanita di luar sana yang sangat up-to-date dengan teknologi semasa.


mohon sangat-sangat tidak menge-post masalah rumah tangga dalam media sosial. hal ini tak akan memperbaiki hubungan rumah tangga anda, malah boleh jadi memperparah lagi keadaan.

jadi wanita yang bijak untuk bersemuka dengan sang suami. tidak akan selesai kiranya api bertemu api. ego masing-masing, kena usaha untuk turunkan. pasangan anda saya yakin kebanyakannya adalah pilihan anda. meskipun anda dijodohkan, saya yakin ianya atas kerelaan anda jugak. maka, bersikap matanglah dalam menghadapi permasalahan.

hubungan rumah suami-isteri, tak semestinya 24 jam indah belaka. ada pasang surutnya. tapi berhikmahlah dalam menanganinya.


KOMUNIKASI.

ramai para wanita memilih untuk memendam rasa, dan berharap sang suami memahami apa yang anda rasa. tidak. janganlah begitu wahai bidadariku... bersuaralah dengan matang. insyaAllah, masalah dalam rumah tangga anda boleh selesai. dan selebihnya, berdoalah pada Allah supaya kurniakan anda kekuatan untuk bersikap lebih matang dan supaya Allah lembutkan juga hati sang suami supaya mudah dibawa berbincang.

Dan para lelaki, tak usahlah egois dalam menghadapi isteri kamu. hidup tak lama, jangan terlalu hadap sangat perasaan ego kamu, kerana kamu takkan jumpa bahagia jika hidup hanya berpaksikan ego kamu. kembalilah kepada Allah, berhikmahlah terhadap isterimu.

wassalam

Friday, 4 August 2017

P.J.J

salam n hi

alhamdulillah teringat tiba-tiba nak singgah blog. rasa bosan sampai rasa marilah kita menulis sepatah dua kata.

well. hari ini aku just nak luahkan perasaan. bukan merungut tapi hanya meluahkan..semoga satu hari nanti bila aku baca semula aku merasai apa hikmah disebalik semua ini.

Alhamdulillah, syukur kerana Allah kurniakan seorang cahaya mata untuk kami. Alhamdulillah sihat dan semoga sentiasa sihat sampai dewasa. Si kecil sekarang berusia 1 tahun 5 bulan. Baaaaanyak sangat kerenahnya dan sikap manjanya sentiasa buat diri ini merinduinya sentiasa.

yep. si kecil dan papanya duduk jauh dari aku. hampir 85km jarak kami dan sudah 6 bulan kami ber-PJJ.

Kebiasaannya setiap kali hari jumaat pasti aku yang akan pulang ke sana. tak sabar dan rindu untuk melihat mereka berdua. sikecil dan papanya lah. tapi kadang kala, jika terpaksa bertugas di hari minggu, mereka akan ke sini menemaniku. kadang tak juga jika aku perlu standby dan menginap di tempat kerjaku (baca:oncall)

hubungan jarak jauh awalnya buat sikecil terasa asing denganku. aku fikir setelah setahun bersamanya, dia akan tetap manja denganku. tapi ternyata memori sikecil masih belum kuat. Dia akan manja dengan siapapun yang sentiasa disampingnya. Dan pastinya orang itu adalah PAPA sikecil.
pernah malamku dingin dengan hujan air mata, bila sikecil menolak dan mengamuk bila lihat aku yang cuba tidurkannya. sebagai seorang ibu, mestilah mama touching. papa pulak acah-acah nak kejut sikecil minta maaf dengan mama sebab mama sedih...(-_-")

atas alasan itu, aku kerapkan pertemuan dengan sikecil. seminggu dua kali aku akan muncul didepan pintu. Alhamdulillah, semenjak itu, sikecil tidak lagi menolak aku seperti awal-awal PJJ dahulu.

sering juga aku dihujani kata-kata dan ucapan ikhlas dari orang yang mengetahui keadaan kami,

"ini anak Papa ni"

"mama dia duduk jauh, bukan nak jaga dia"

"kesian 'anak yatim' ni. mak bapak kerja, jumpa dia asyik ber'orangtua'kan orang lain"

"kau senangla nak pergi mana-mana. kau kan 'bujang'!"

"ala..cerita pasal anak pun bukan kau faham pun, sebab anak kau laki kau jaga"

takpe. aku tak pernah simpan dalam hati. aku percaya ni ujian untuk aku. setiap saat aku bekerja, aku cuma berharap Allah tolong jagakan keselamatan anak aku. Allah tolong lindungi anak aku.

aku percaya setiap manusia ada ujian mereka sendiri.

bukan aku tak berusaha untuk kembali bersatu dengan keluarga kecilku. tapi atas urusan kerja, ada syarat yang perlu aku penuhi. insyaAllah tahun depan aku cuba untuk kembali. semoga Allah izinkan. Amin





Wednesday, 8 March 2017

peluang kedua

salam n hi

apa khabar bagi anda yang sedang membaca di sini? Harap anda sihat dan lebih baik dari hari semalam.

hari ni..marilah kita berazam untuk berubah menjadi yang lebih baik. mistake is always happen. maka rugilah kalau kita tak belajar dari kesilapan yang telah kita buat dan berterusan melakukan kesilapan yang sama.

second chance.

hargailah dan gunakanlah peluang yang Allah berikan, yang orang sekitar kita berikan, yang orang atasan kita berikan dengan perubahan kearah yang lebih baik. kalau rasa kerja hari ini tak bagus, balik, kau muhasabah..kat mana kurang. kalau kau rasa kurang dari segi ilmu...kau pergi belajar. kalau kau rasa dari segi semangat yang hilang..kau doalah..hanya Allah yang mampu berikan diri kau kekuatan dari segi fizikal dan mental. insyaAllah. selagi mana kau yakin Allah sentiasa ada di sisi kau, insyaAllah kau akan lebih positive. dan pastinya, jangan pernah tinggal solat...rasa-rasa macammana Allah nak tolong kalau kau sombong sangat tak mahu meminta tolong. Allah sayang kau. sebab tu Allah panjangkan umur kau sampai hari ini. Allah bagi peluang untuk kau berubah dan lakukan perubahan.

InsyaAllah. kau boleh!

Tuesday, 2 June 2015

misterinya cinta

salam n hi

cubaan untuk menulis walaupun mata sedang berlawan dengan rasa mengantuk.



cinta itu sesuatu yang misteri.kau perlu beri cinta supaya kau dapat rasakan manisnya cinta.tapi cinta itu bukan untuk mudahnya kau berikan pada tiap manusia.tapi, pada insan yang istimewa dan penting dalam hidup kita. pastinya bukan sang boyfriend/ girlfriend. bertahanlah. berikan pada mereka yang bergelar suami/ isterimu kelak. insyaAllah tiada penyesalan.


cinta itu mengasyikkan. sepertinya kau akan larut seperti orang yang dibius cinta. melihatnya buat kau rasa bahagia dan tenang. dan bila dia mendekatimu buat kau rasa mendamaikan dan keterujaan.

cinta itu anugerah. dari Pencipta kita dan dia. maka, janganlah sampai cinta itu menjauhkan kita dari Allah. Alangkah indahnya bila kita saling mencintai dan saling mengingati akan sang Pencipta?

cinta itu sementara. ibarat kapal dilautan sering dipukul ombak. adakalanya kecil, adakala besar menggila. maka, saat perasaan cinta itu hadir, kau ciptakan kenangan indah supaya nanti dapat kau kenang saat krisis ombak datang melanda.

semua orang mengimpikan cerita cinta yang indah. namun, itu semua hanyalah khayalan sahaja. kita ini manusia , tentunya ada masa indah dan ada masa kelam. gunakan akalmu yang matang saat berhadapan naik turunnya plot cerita cintamu. 

well..maybe that's for now.

cintailah apa yang kau punya. bukan kepunyaan orang lain. lol. bye. wassalam.


Tuesday, 7 April 2015

first poster?

salam n hi

first poster?

itu  la gelaran untuk budak-budak fresh graduate yang baru nak start kerja. ilmu mungkin masing-masing fresh lagi...tapi pengalaman zero. nak buat keputusan pun tak berani. nak buat procedure pun takut. huhu, ok maybe bukan semua lah.. ye lah..ada orang dilahirkan dengan environment yang menjadikan dia super confident. ada yang tak bernasib baik, takut-takut macam tikus gitu.. sekali dapat staff nurse kiri kanan duk panggil..."doc! tolong insert branula!" "doc! tolong off IJC" "doc! jangan lupa ye patient ni GDM in labour. RBS and BUSE!" dan macam-macam lagi..mau pening kepala nak serap semua arahan ni bagi yang tak biasa. tolong lah jangan mimpi kerja houseman ni macam cerita HOUSE. lulz. nanti akhirnya ramailah yang EL dan MIA. the end.

saya takde la nak mengkeji mahupun menghina. once upon a time, saya pernah jadi first poster jugak. frustrated kot. satu benda hape tak menjadi. pasang branula. bunk. and kau ada berderet patient lain yang nak kena settle. nak kena request imaging lagi. nak kena itu dan ini. lebih sadis bila first posting adalah medical dimana ratio satu houseman bersamaan 60-70 patients. dan kau first poster. no seniors around. datang kerja pagi pukul 6 dan end up balik pukul 11 malam. ada ketikanya balik pukul 3 pagi. tiap malam, air mata je la peneman setia. stressnya ya ampun... kadang bila jejakkan kaki ke ward, dalam hati berdoa semoga pengsan di tengah laluan . malangnya kau bertahan sampai tengah malam menjengah.  pernah juga bekerja dengan senior. senior siap bahagi tugas. dia ikut round, saya kena settle blood. tapi once senior habis round, ada satu makhluk ni terkial-kial ambik darah. satu patient smpai 20 minit. mana tak berasap kepala senior korang tu kan. aheraheraher. sekarang boleh la gelak. dulu nangis je manjang. apehal kerja ni sangat menyeksa jiwa.huhu.

sekarang dah jadi senior sikit. telinga pun makin tebal. bila mo marah, kita terima..kadang kalau mo tu baik, boleh la sengih sambil cakap sorry bos sorry...kalau yang macam hantu? dalam hati rasa nak hempuk kat dinding. haha. in ur dreams.

sampai satu saat, saya pun kena bekerja dengan first poster. memang geram jugak bila tengok. tapi terkenang diri sendiri dulu pun macam tu, i wonder kesian jugak lah kat senior-senior.huhu..sampailah satu saat, encik suami pesan pada saya,

"orang yang selalu marah sebab partner dia tak dapat bekerja dengan cepat itu adalah orang yang suka bergantung pada orang lain. kalau orang yang boleh bekerja, dia tak peduli pun. ya. mungkin penat tapi dia tak kisah bebanan kerja tu sebab dia yakin dia mampu laksanakan. cuma bila dapat partner yang boleh cooperate. tu bonus point"

zappp..

kena tepat dihatiku. ingatkan cintamu saja berpanah rupa-rupanya nasihatmu pun berpanah. lol.

i know, mr hubby is a good houseman. banyak junior houseman yang suka tagging dengan dia. students pun sama. siap suh saya kirim salam. kalau laki ok. kalau perempuan..ehem. hal kerja, hal kerja. lol.

alhamdulillah..selepas dari perbincangan dengan encik suami, saya cuba mengubah diri saya. melayan junior saya ibarat saya mahu dibimbing saat saya di tempat dia suatu ketika dahulu. *merenung jauh ke luar tingkap*

*dont worry. we can do it!*
"all is well. dont scared. believe in urself"
"take ABG? come. i'll show u."
"u must take this opportunity. our current MO is angelic one. learn!"
"we need to prepare ourself. we will never be junior forever. we'll be senior later. what u expect to be a senior if we dont want to improve ourself?"
"its ok. shit happened. take it as lesson"
ok cam drama sangat. hahaha.

how bout ur story? semoga kita semua dapat salurkan lebih banyak positive aura..
i luv u mr doctor @ encik hubby! thanks for ur positive aura..

wassalam

Thursday, 5 March 2015

new post

salam n hi

tajuk memang dah tak tau idea nak tulis tajuk apa..kehkehkeh..

Alhamdulillah..tsummalhamdulillah..banyak perkara yang berlaku semenjak post terakhir (which is in september) hingga kini dalam hidup saya.

LIFE AS HOSMENG (konon slang orang ganu...sukahati je.kehkehkeh)

seriously, hidup sangattlah berbeza. your life turns 360 degree. sangatlah berbeza sewaktu belajar jika mahu dibanding dengan waktu bekerja.

My first month kerja dekat hospital ittew, sangatlah menyebabkan tekanan pada diri ini. my adaptation process pun terrsangatlah lambat. Hari-hari balik kerja nangis. Perasaan nak quit selalu bermain-main diminda. Alhamdulillah banyak orang yang sentiasa berada disisi saya. Kakak ipar saya yang sangat memahami keep on bagi semangat. kadang-kadang dia saje jahitkan baju cantik-cantik untuk saya pakai dengan semangat ke tempat kerja. Dan juga mak yang selalu belikan baju yang cantik-cantik supaya saya kembali ceria. Bila teringat, pernah mak terlalu risau, bila saya pulang ke rumah tapi tak langsung masuk ke dalam. berjam jugaklah menangis dalam kereta. kononnya taknak nangis dalam rumah. tapi dah pi parking sebelah rumah. mestilah orang notice tu kereta kita. haha. hampeh betul. tapi bila teringat berjaya melepasi fasa-fasa adaptation tu...alhamdulillah sangat.. terima kasih Allah sebab perkenankan doa orang-orang yang menyayangi saya dan berikan kekuatan pada diri ini..ALhamdulillah.
atas: gambar hari terakhir saya di jabatan pembedahan.
bawah: saya bersama dr subha. orang yang sentiasa bagi semangat kat saya. my partner, my best friend, my sister. banyak bagi tunjuk ajar dan tips yang berguna buat diri ini. :D

Life as a wife
Alhamdulillah, segala puji bagi allah kerana mengizinkan diri ini untuk mengikuti salah satu sunnah rasul..such a bless. Alhamdulillah..bahagia? Alhamdulillah. ada hikmah disebalik semua yang terjadi sebelum ini.

Perkenalan singkat awal tahun lepas akhirnya diizinkan Allah berakhir dengan indah pada akhir tahun lepas. (walaupun sebenarnya mengetahui kewujudan encik suami 4 tahun yang lepas ketika program kesihatan yang dijalankan di Malaysia. tapi kami terputus hubungan sebaik tamat program tersebut. takde nak berhubung pun sebenarnya. sebab kami lain kampung. terserempak pun time pendaftaran dan penutup) tergelak jugak bila terfikir macammana boleh jadi. Kuasa Allah..Semoga ikatan ini kekal selamanya dan berakhir di syurga....amin..

  LIFE AS A MOM TO BE
ececece...perasan aih..hahah,,doakan yang terbaik untuk kami..^_^

Friday, 12 September 2014

3 bulan

salam n hi

3 bulan. boleh terasa pendek. boleh terasa panjang.

dannn...siapa sangka..dah 3 bulan aku bekerja.

Semoga Allah redha dengan kerjaku selama ni..

suka aku kongsikan kata-kata semangat yang dikongsikan oleh teman usrah tempoh hari..

"Allah takkan beri kita kekuatan macam tu saja.. tapi Allah bagi kita peluang untuk kita jadi kuat.

Allah takkan beri kita kesabaran dengan mudah, tapi Allah beri kita peluang untuk menjadi sabar.

selagi kita lihat segala yang berlaku disekeliling kita adalah peluang, insyaAllah, kita takkan pernah

rasa yang Allah tak mendengar doa kita. " wallahua'lam


3 bulan. :)

Thursday, 11 September 2014

sketsa kehidupan 1

"kau orang dah kenapa nak menangis kat sini?" tegas si ayah pada si bongsu yang teresak di sisi bonda yang mengalami penurunan tahap kesedaran. Aku berdiri di hujung lif, menemani pesakit yang mahu dijalankan pemeriksaan ct scan dari ward kami di tingkat 7. jam menunjukkan sekitar 2 pagi. diam. staff nurse ku juga berdiam.

"kalau nak nangis kau orang balik lah. "

"dulu, waktu mak kau sihat, kau tak hiraukan." sambung si bapa.

si bongsu semakin kuat bunyi tangisan. si abang di sisi, mengusap lembut bahu adiknya.

 sketsa kehidupan. yang turut menampar jiwa-jiwa lain yang berada di dalam lif di dinihari tersebut.

lumrah manusia.

bila ada, kadang sukar mahu hargai. bila tiada, merayu pada sang pencipta supaya diberikan peluang sekali lagi.

kerana itu, Allah mahukan kita sentiasa bersyukur.

walaupun berdepan dengan kesulitan, kena bersyukur.

kerana disitu Allah berikan kita pengalaman untuk berdepan dengan cabaran. Jalannya sentiasa ada selagi kita tak putus harapan pada Allah. tuhan yang maha esa.

nite. wassalam.